sfhzuraz Publish time 16-9-2022 01:34 PM

Agong zahir ucapan Selamat Ulang Tahun ATM ke-89

Agong zahir ucapan Selamat Ulang Tahun ATM ke-89

16 September 2022 12:01pm





https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2022/09/16/1912150.jpg
Seri Paduka mendoakan semoga ATM terus menjadi sebuah angkatan yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa. - Foto Facebook Istana Negara



KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-89 kepada warga angkatan tentera, veteran serta mereka yang pernah berkhidmat bersama ATM.
Selaku pemerintah tertinggi ATM, Seri Paduka amat menyanjung tinggi dan merakamkan setinggi penghargaan atas jasa, khidmat bakti dan pengorbanan dicurahkan seluruh warga dan bekas anggota ATM dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan negara.
"Seri Paduka turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada seluruh keluarga para perwira ATM yang telah terkorban semasa bertugas bagi melindungi kedaulatan serta keselamatan negara.
"Seri Paduka mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama solihin,” menurut Istana Negara menerusi laman Facebook, pada Jumaat.
Seri Paduka turut mendoakan semoga ATM terus menjadi sebuah angkatan yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa.
"Syabas dan tahniah,” titah Seri Paduka. - Bernama

ATM

Pages: [1]
View full version: Agong zahir ucapan Selamat Ulang Tahun ATM ke-89


ADVERTISEMENT