mejabiru Publish time 14-9-2022 11:15 PM

Takut nak tambah komitmen..pls help me

Hi..Mohon pendapat semua. Kereta saya dah start bermasalah. Asyik rosak je kebelakangan ni. Kadang-kadang rm400-rm500 skali repair. Kereta tu dibeli pada tahun 2008. Kereta myvi suami masih ok (beli pada tahun 2014) tapi kurang selesa nak drive jauh walaupun anak sorang je (dah tak boleh beranak due to risk).Agaknya dah tiba masa saya kena tukar kereta baru. Bila dah ada kereta baru, barulah selesa nak drive jauh dan balik kampung di Pahang sana. Kami pjj dan suami pergi kerja dengan motor. Tapi risau tersilap percaturan. Nanti menanggung komitmen bebanan hutang tak berkesudahan. Just nak minta share pandangan, idea dan pendapat semua forumer perlu ke saya tukar kereta baru dan agak-agak kereta apa yg sesuai mengambilkira keadaan ekonomi kami, ekonomi semasa dan apa sahaja pertimbangan. Dlm kepala ni teringin nak beli proton X70, perodua alza, honda crv, hrv, toyota cross..adakah ini angan-angan dan kehendak semata???atau berlagak???heeehee. mohon jangan kecam ye.. Saya listkan gaji dan perbelanjaan saya dan suami. Gaji bersih saya RM5000. 1. Loan rumah RM1500 (berbaki 8 tahun). Rumah atas nama saya dan dibeli sebelum berkahwin.2. Taska anak RM3503. Duit minyak transport RM100 (tempat kerja dekat)4. Kad kredit RM400 (hujung tahun ni setel bayar dan nk terminate)5. PTPTN RM250 (setel lagi 5 tahun)6. Tabung haji RM10007. Tabung haji anak/SSPN RM300Balance +-RM1100 Gaji bersih suami RM30001. Rumah sewa RM4002. Minyak motor RM503. Duit makan RM4004. Bil api, air, wifi rumah RM1505. Susu dan pampers anak RM200 (alhamdulilah anak minum susah murah je)6. Tabung haji RM6007. Nafkah RM4008. Family insurance RM100Balance +-RM700
Terima kasih pd yg sudi share pandangan..Maaf mod kalau tersalah bod..boleh pindah iyeer

petpom Publish time 14-9-2022 11:33 PM

Beli kereta baru. Tp axia. Cukup dah. X yah beli kereta mahal2. Np nak jerat diri kalau duit balance utk berjimba2 tinggal sikit.

petpom Publish time 14-9-2022 11:35 PM

Duit balance tu la utk beli baju, mkn sedap2 hujung minggu, sedekah, bagi duit kat parents. Axia dalam rm500 sebulan masuk insurans n roadtax. Beli kereta mur mur je okay. Atau beli bezza. Cukup dah tu. Walaupun duit ada simpan kat tabong aji. Tp duit utk berjimba tu x banyak.

petpom Publish time 14-9-2022 11:36 PM

Honda crv sebulan bayar rm2k. Mostly kereta yg di idamkan semua rm1k sebulan

_kelly Publish time 15-9-2022 12:15 AM

dalam banyak2 list yang awak letak tu macam alza yg paling sesuai..yang lain 100k+ nak dekat 2k jugak monhtly payment..

nak guna kereta yg paling sakit ialah maintainance..mungkin sis boleh duduk laki bini diskaskereta mana lebih sesuai untuk financial korang

nor876 Publish time 15-9-2022 08:28 AM

klau kereta sedan yg ok tu bezza or persona..tu pon dh ok..ni monthly pon xmahal mn...

yayasbs Publish time 15-9-2022 09:04 AM

Edited by yayasbs at 15-9-2022 09:07 AM

kat sini gaji sebenar2 bersih awak hanyalah rm1100 saja..kereta yang sesuai 12 bulan gaji..kalau plus dgn suami baru dapat 1800..amat bahaya kalau nak pakai lambang H atau T ni..better kereta buatan malaysia tapi jgn la X50 tu mahal..ambil sama ada axia, saga @ bezza..mmg semua idamkan kereta lambang T atau H tapi sakit bila komitmen tu yang tak tahan..kereta ni bulan2 lagi, minyak, tol, roax tax, insuran, nk kena tukar minyak hitam dll..sakit tuu..better ambik kereta yang boleh bagi banyak lagi balance kat awak.

Rockafella Publish time 15-9-2022 09:14 AM

Senarai dari puan:

1. Kereta asyik rosak, beban kos repair RM400 - RM500.
2. Kereta suami tak selesa untuk drive long distance.
3. Anak seorang.
4. Perhubungan Jarak Jauh (PJJ).
5. Suami pergi kerja naik motosikal.
6. Bimbang komitmen bertambah atau tak tertanggung hutang.

Berdasarkan senarai perbelanjaan, kos tanggungan bulanan yang perlu dibayar adalah RM6,200 setiap bulan. Baki gaji isi rumah, RM1,800.



Jika itu bakinya, adalah dinasihatkan untuk membeli kereta baru seperti Perodua Axia yang terbukti jimat dari segi penggunaan minyak. Kalau menurut iklan, average liter/kilometer lebih kurang 22 berbanding kenderaan lain yang rata-ratanya di bawah 18 l/km. Lebih-lebih lagi kalau SUV, 14 l/km, ternyata boleh mendatangkan bebanan jangka masa panjang.

Jumlah ahli keluarga termasuk diri puan adalah tiga orang sahaja. Jadi, memadailah hanya menggunakan kereta Perodua Axia. Jika sebelum ini puan membelanjakan RM300 untuk pembelian minyak (bulanan). Mungkin selepas menggunakan Axia, hanya RM200 atau RM150 sahaja yang diperlukan.

Selain Axia, kenderaan lain seperti Honda City RS (HEV) berharga RM100K+ juga jimat minyak. Kalau Axia 22 l/km, Honda City RS pula boleh capai lebih tinggi iaitu 27 l/km. Tetapi harganya agak mahal dan bayaran bulanan tanpa deposit yang tinggi, sudah tentu pembayaran bulanannya lebih dari RM1,000.



Dengan baki gaji yang kecil serta perbelanjaan yang terhad, sebaik-baiknya puan berjimat dengan membuat pembelian berdasarkan keperluan dan keutamaan. Tolak ketepi kehendak membeli kereta mahal, bertahanlah sehingga ekonomi kembali stabil.

Baki gaji RM1,800 dengan keadaan semasa yang tidak mengizinkan, sangat tidak sesuai untuk membeli kereta seperti SUV, MPV, Sedan Premium. Apatah lagi dalam keadaan negara sedang mengalami krisis seperti mana yang dialami negara-negara lain.

Dari segi perbelanjaan bulanan, cuba kurangkan apa yang boleh dikurangkan. Elak penambahan hutang yang tidak perlu. Rancang perbelanjaan dengan berhemah dan mungkin baki RM1,800 boleh bertukar menjadi RM2,300. Tetapi itu tidak bermakna puan boleh membeli kereta idaman seperti Honda. Bertahanlah dulu.


kucingitam Publish time 15-9-2022 09:58 AM

nasib kau tanya kat sini kak..kalau kat fb sinun mmg dapat maki je dgn balance gaji bnyk tu nak pakai kereta baru.. mcm forumer yg lain tu cakap, kereta yang bersesuaian dgn gaji bnyk tu ialah axia, unless ko beli 2nd hand, which is not bad at all pun. pandai cari, nasib kau baik, bolehla pakai H 2nd. Aku beli H 2nd masa thn 2006, sampai sekarang mantap lagi, wear and tear tu biasa..

Nak selesa jalan, jauh, aku rasa myvi tu lagi selesa utk jalan jauh banding axia, or maybe boleh ambil saga? since skrg pun opr dah naik dan akan naik lagi, kau congaklah baik2..

kenyangperut Publish time 15-9-2022 10:03 AM

blh stick pakai myvi suami dulu?
keta lama xyah pakai/jual?
so tggu habis cc hujung thn, awal thn baru tgk keta baru.
memandangkan dah ada myvi, blh la try bezza sedan yg paling affordable.

adila39 Publish time 15-9-2022 11:40 AM

Rockafella replied at 15-9-2022 09:14 AM
Senarai dari puan:

1. Kereta asyik rosak, beban kos repair RM400 - RM500.


anda telah memberikan semangat org lain utk menukar kepada kereta yang anda tepek diatas ;P

but good advice fella

adila39 Publish time 15-9-2022 11:44 AM

At least TT is rasional to solve issues sis....i hope all goes well. Slowly but steady.

Dont think too much, lepas you dah calculate and yakin dgn planning u, go ahead je la. also tgkla mana mana yg boleh dikurangkan. Mybe it is also time to earn extra money dgn buat benda selain keje hakiki

I bagi kredit lebih sikit sbb ni la masalah dunia skrg ni esp couples nowadays. Best of luck

Rockafella Publish time 15-9-2022 11:49 AM

Betul kata @kucingitam. secondhand Axia or Honda pun not bad. Cuma masa beli tu kena periksa betul-betul. Wear and tear kalau Honda mmg berharga sikit. Tapi kalau pandai cari, memang ada yang murah. Join group Axia/Honda di Facebook/WhatsApp/Telegram dll, memang akan ada yang offer harga murah dan barang masih berkualiti.

Myvi for long distance agak goyang kalau bagi saya. Pernah drive jauh guna Myvi centre gravity dia tak berapa cun berbanding sedan. Tak pasti kalau Axia macam mana. Yang pasti, banyak tengok Axia berdesup di lorong kanan lebuhraya. Dalam fikiran, berani betul driver Axia ni.

Proton Saga terbaru ni pun not bad harga dia, kualiti pun okay. Ramai yang puji prestasi saga dikatakan sesuai untuk pengguna yang selalu driver long distance berbanding Perodua Bezza, kuat makan minyak dan hanya sesuai untuk pemanduan di bandar.

mejabiru Publish time 15-9-2022 11:49 AM

petpom replied at 14-9-2022 11:33 PM
Beli kereta baru. Tp axia. Cukup dah. X yah beli kereta mahal2. Np nak jerat diri kalau duit balance ...

Cara saya berjimba dengan berkebun belakang rumah. Sangat jarang spend time di luar.

lebih byk beriadah di laman rumah dan sesekali bwk anak ke playground, fair etc


Tq sis atas nasihat u...


Rockafella Publish time 15-9-2022 11:52 AM

Seperkara lagi. Perlu tahu juga apa jenis kerosakkan yang dialami. Kalau kerosakkan yang sama dibaiki berulang kali, puan mungkin diperdaya oleh pihak bengkel yang tidak bertanggungjawab.

Sebaik-baiknya kereta yang dibeli itu diselenggara oleh pihak pengeluarnya sendiri. Walaupun mahal, sekurang-kurangnya tidak ditipu dan kadar harga juga mengikut tetapan semasa. Begitu juga dengan caj pekerja. Mereka tak boleh tukar harga sesuka hati dan paling utama, mereka akan tanya pelanggan dulu sama ada setuju atau tidak sebelum proceed apa jua jenis servis yang dilakukan.

mejabiru Publish time 15-9-2022 11:53 AM

Rockafella replied at 15-9-2022 09:14 AM
Senarai dari puan:

1. Kereta asyik rosak, beban kos repair RM400 - RM500.


Sgt berinformative!!.. tak tahu nak komen apa. sebab perempuan jarang yang tahu bab2 kereta ni..heeehe..memang sgt membantu saya dan mungkin juga forumer lain yang merancang nak tukar kereta. Thankssss @Rockafella.

Rockafella Publish time 15-9-2022 11:54 AM

adila39 replied at 15-9-2022 11:40 AM
anda telah memberikan semangat org lain utk menukar kepada kereta yang anda tepek diatas

but g ...

Sekadar pandangan. Tetapi saya rasa buat masa ini tak sesuai untuk beli kereta baru. Kecuali kalau TT sanggup bertukar kepada kereta kecil seperti Axia dengan bayaran bulanan murah.

Rockafella Publish time 15-9-2022 11:59 AM

mejabiru replied at 15-9-2022 11:53 AM
Sgt berinformative!!.. tak tahu nak komen apa. sebab perempuan jarang yang tahu bab2 kereta ni..he ...

Kalau puan mampu beli kereta EV, ambil peluang tu. Malaysia pun akan mula jual motosikal EV tak lama lagi. Kenderaan berkonsepkan elektrik ini memang menjimatkan. Bayangkan puan isi petrol full tank, dengan gaya pemanduan berhemah dan tidak terburu-buru pasti, jarak perjalanan pasti dapat mencapai 900KM+.

Bayangkanlah, dengan 900KM+ itu, jarak dari Johor ke Perlis, masih ada baki minyak. Itu kalau long distance. Kalau short distance contoh seperti ulang alik pergi kerja, hantar/ambil anak, jalan-jalan di hujung minggu = 2 minggu sekali isi minyak.

Sangat menguntungkan. Saya dah rasa penjimatannya.:lol:

airmineral Publish time 8-10-2022 04:28 PM

Rockafella replied at 15-9-2022 11:59 AM
Kalau puan mampu beli kereta EV, ambil peluang tu. Malaysia pun akan mula jual motosikal EV tak la ...

pakai kete apa ni?

airmineral Publish time 8-10-2022 04:29 PM

saya awal tahun aritu baru tmbh komitmen kete hihi
mmg niat di hati nak H atau T dan sewaktu dgnnya
lepas dikira² congak² dan fikir long term
iols angkat bezza je :lol:
Pages: [1]
View full version: Takut nak tambah komitmen..pls help me


ADVERTISEMENT