Racurve Publish time 14-9-2022 07:34 PM

Serabuk betul bak kata Jah! - Pemasangan ekon cara aneh sskjp, boleh pilih nak berada di kawasan panas atau sejuk!

Teknik ‘Pelik’ Pasang Penghawa Dingin, Pian K-Pop Bengang Lihat Hasilnya Yang Menyusahkan

Sudah menjadi kebiasaan di mana orang ramai memasang penghawa dingin pada rumah dalam menyejukkan kediaman masing-masing. Cuaca Malaysia yang panas antara yang menjadi faktor.

Di sebalik kisah pemasangan penghawa dingin, tular sebuah video daripada TikTok @piankpoppp_ yang memperlihatkan cara pemasangan penghawa dingin yang sangat aneh pada sebuah rumah di Rantau Panjang, Kelantan.

Menerusi perkongsian, dapat dilihat penghawa dingin dihadapkan pada bahagian bilik seperti pemasangan biasa. Apa yang menarik perhatian netizen serta tampil aneh dalam lokasi pemasangan outdoor compressor penghawa dingin ini yang diletakkan pada bilik bersebelahan.

Lebih membuat pengongsi video iaitu Pian K-Pop bengang, pemasangan ini dibuat sewaktu ibu saudaranya selaku pemilik kediaman tidak berada di rumah. Situasi yang berlaku nyata membuatkan bilik bersebelahan menjadi lebih panas berikutan keluarnya angin panas pada outdoor compressor tersebut.

Video yang meraih 1.4 juta tontonan kurang dari 24 jam ini telah mendapat perhatian netizen yang hadir dengan pelbagai pendapat. Terdapat netizen terhibur serta berseloroh pemasangan tersebut membolehkan pengguna memilih untuk berada di kawasan panas atau sejuk.

Tidak kurang juga yang berpendapat situasi seperti ini mungkin berlaku apabila penambahan bilik baru sahaja dilakukan di mana outdoor compressor belum dialihkan.

Situasi yang berlaku jelas memberi masalah kepada pemilik rumah. Selain itu, mereka yang ditugaskan untuk memasang penghawa dingin haruslah mempunyai ilmu pemasangan agar situasi yang sama tidak lagi berulang.

Racurve Publish time 14-9-2022 07:34 PM

https://www.thevocket.com/app/uploads/2022/09/pasang-aircond-dalam-bilik.jpeg

Racurve Publish time 14-9-2022 07:35 PM

7142068851520408858

Racurve Publish time 14-9-2022 07:35 PM

https://www.thevocket.com/app/uploads/2022/09/Screenshot-2022-09-12-at-12.33.36-PM.jpg

Racurve Publish time 14-9-2022 07:36 PM

https://www.thevocket.com/app/uploads/2022/09/Screenshot-2022-09-12-at-12.33.46-PM.jpg

ultra78 Publish time 14-9-2022 08:16 PM

Hahahahaha...boddow sungguh...:lol:

apalancut Publish time 15-9-2022 01:44 AM

boddow parok macam nih... kalau aku jumpa pon aku nak lekuk kepala tu.. bebal nak mampos

mijot Publish time 15-9-2022 04:12 PM

mesti tak amik kursus aircond ni...

UMMI_MAI Publish time 15-9-2022 05:25 PM

paksa org pasang bukak balik laa... sebelum tu luku2 dulu kepala dia ... apo laa cerdik
Pages: [1]
View full version: Serabuk betul bak kata Jah! - Pemasangan ekon cara aneh sskjp, boleh pilih nak berada di kawasan panas atau sejuk!


ADVERTISEMENT