Raline Publish time 9-9-2022 06:51 PM

Iri Hati Tengok Hidup Senang, Adik Beradik Tergamak Berpakat Bayar Bomoh Siam RM800 Hantar Sihir

Iri Hati Tengok Hidup Senang, Adik Beradik Tergamak Berpakat Bayar Bomoh Siam RM800 Hantar Sihir

https://media.ohbulan.com/2022/09/6ef67cdb-2fb8-444e-8cb8-6ed1008efe93.jpg

Tidak semua kebahagiaan yang dimiliki perlu dikongsi kepada umum. Takut ada yang iri hati dengan kebahagiaan tersebut sehingga sanggup menggunakan sihir untuk menjatuhkan orang lain.

Aku dengki kat depa

https://media.ohbulan.com/2022/09/7c4dc675-4695-4877-99cd-4843d9c14bba.jpg
Menerusi satu video yang telah dimuat naik oleh pengamal perubatan yang dikenali dengan nama tiktok Paksu_wan_terapi, seorang wanita yang dipercayai dalam keadaan tidak sedar atau dirasuk memberitahu segala sihir yang dialami oleh dirinya sebenarnya telah dilakukan oleh seorang bomoh dari Siam yang telah dibayar sebanyak RM800.

Lebih menyedihkan, sihir tersebut sebenarnya angkara ahli keluarga sendiri yang dengki dengan kehidupan mewah adik beradik lain.

Aku tak boleh tengok bini dia tu hidup senang hang tahu dok, bini dia tu lebih daripada aku. Aku tak boleh tengok. Adik aku ni, aku yang hasut. Semua, semua ini aku yang hasut, pok dia lah ni halau dia.

Kami tak puas hati

https://media.ohbulan.com/2022/09/21ddf17f-2172-4abe-998b-acfbbd631850.jpg
Difahamkan perbuatan sihir tersebut juga didalangi oleh beberapa orang yang iri hari berpakat dan berkongsi duit bagi membayar bomoh Siam tersebut.

Ditanya bagaimana pelaku menghantar sihir, wanita yang dirasuk itu memberitahu sering menghantar makanan kepada keluarga adik beradiknya itu. Bukan itu sahaja, pelaku juga menggunakan patung yang dicucuk paku untuk menyakiti mangsa.

Kami nak suruh dia keluar daripada rumah pusaka tu, kami nak tapak rumah tu. Ayah aku depa yang bela, bini dia tu bela bagus, bela pak mertua dia bagus macam ayah dia sendiri. Kami tak boleh tengok dia bagi makan mewah, dia layan pak tu lebih.

Sumber: @paksu_wan_terapi


Supersirap Publish time 10-9-2022 10:35 AM

Silalah buang perasaan hasad dengki tu dalam jiwa sendiri, kelak akan membinasa diri sendiri

esbok Publish time 10-9-2022 03:58 PM

Kalau ada rasa tak puas hati dengan orang dalam hati, selagi kita sendiri tak ajar diri kita untuk cari jalan bahagia sendiri, selagi itu lah, otak tu penat dok sibuk memikirkan bahagia orang lain. Rugi. Orang tu bahagia dapat dah, penat pikir hal kita pun tak. Kita je penat dok mikir hal dia. Hidup ni pendek, mari lah nikmati bahagia sendiri.

winstonpepel Publish time 10-9-2022 10:02 PM

allahuuu                     

kuzaime Publish time 10-9-2022 10:46 PM

Kadang aku pelik dgn orang2 yg suka main bomoh ni. Apa dorang fikir, dorang boleh hidup menongkat langit ke agaknya. X mati2??

batu kikir Publish time 11-9-2022 12:48 PM

Adik beradik yang bodoh.
Bila ada adik yg senang..... sekurang kurang dia tak ganggu kita.... minta itu ini dengan kita
Bolih tumpang senang atau minta bantuan bila keadaan kita mendesak
Yg kaya berada tu......jenguk2 lah adik beradik yg susah..... jangan tunjuk lagak senang sokmo. Datang ziarah rumah adik beradik yg susah,belanja makan2 keluarga dia orang
Melabur untuk dapat kasih sayang

dua_chzy Publish time 11-9-2022 06:01 PM

Membongak aje la kerja korang di zaman socmed ini.
Pages: [1]
View full version: Iri Hati Tengok Hidup Senang, Adik Beradik Tergamak Berpakat Bayar Bomoh Siam RM800 Hantar Sihir


ADVERTISEMENT