tatod Publish time 8-9-2022 11:45 AM

Gadis Dakwa Ada Kembar Ular Emas, Netizen Syak Mungkin Sihir

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202209/08/110559g5uk62uw8yf6fijl.pngSumber mStar


Menerui laporan mStar, seorang gadis dikenali sebagai Puteri Syza mendakwa kembarnya adalah seekor ular berwarnaa emas. Walaupun perkongsian menerusi TikTok kedengaran seperti tidak masuk akal dan dianggap aneh namun ia bukanlah kali pertama berlaku dalam keturunannya.


Katanya, moyang dari sebelah ayahnya dilahirkan dengan kembar ular. Bagaimanapun, hanya manusia itu sahaja yang membesar di dunia realiti sedangkan kembar ular tersebut hidup di alam lain.


"Daripada apa yang diceritakan, ular itu akan datang kat ibu hanya untuk menyusu sahaja. Tapi, itu cerita moyang Puteri la.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202209/08/111800xhaas60heppvho0s.jpgSumber mStar


"Masa kecil dulu, ayah Puteri ada cerita. Umur dalam 2 atau tiga tahun. Maca kecil family bawa Puteri naik Gunung Jerai. Kami saja-saja naik atas. Masa perjalanan naik ke atas, ayah beritahu Umi bahawa Puteri nampak sesuatu.


"Nampak ular besar ikut kami tapi orang lain tak nampak. Cuma Puteri yang nampak. Bermula dari situ, Puteri selalu sangat mimpi ular emas. Lepas tu, Puteri minat sangat dengan ular tak tahu kenapa.


"Yang paling best, setiap kali mimpi, kadang-kadang tengah melawak dengan ular. Dia melawak, dia gigit Puteri. Bangun tu mesti ada kesan. Masa tengah bergurau dalam mimpi, dia gigit kat lengan tapi Puteri tak anggap apa-apa la, mainan tidur saja.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202209/08/112426patkva71tajvvav9.jpgGambar hiasan.


"Tapi terkejut masa mandi sebab baru perasan dekat tempat dia gigit memang ada kesan. Ular kan ada dua taring. Memang ada kesan kat lengan. Tapi tak sakit pun," katanya.


Menerusi ruangan komen, ramai yang bertanya sekiranya Puteri ada menjalani perubatajn Islam kerana bimbang sekiranya kejadian yang dialaminya mungkin ada kaitan dengan sihir.


Menjelaskan perkara itu, kata Puteri, dia ada berjumpa dengan pakar perubatan Islam namun diberitahu tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan selain menyifatkan ia sebagai kelebihan yang diberikan Allah.


"Sebab, selalunya kalau ada nak jadi something, mesti Puteri akan dapat mimpi dulu. Contohnya ada benda buruk nak jadi dekat family. Memang akan dapat dalam mimpi dulu. Dia bagi tanda-tanda dulu.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202209/08/112910ddtwhxtkkdvk887j.jpgSumber mStar


"Tapi, Puteri cerita tak suruh pun percaya. Kalau nak percaya, percaya... Tak nak percaya pun tak apa. Memang dah lama, dah 18 tahun. Puteri pergi berubat dekat family sendiri belah ayah.


"Mereka kata benda tu ada wujud cumanya Puteri tak nampak sebab dia duduk alam lain. Kecuali hijab mata terbuka baru nampak semua termasuk dia.


"Dia tak berdamping dengan Puteri cuma dia kembar dan kawan Puteri saja. Tapi, dalam masa sama, kadang tu adalah dia protect Puteri. Ular memang wujud tapi belum sampai masa untuk Puteri jumpa dia.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202209/08/113258krnjjibpzp3n3j3r.jpgGambar hiasan.


"Seriously kalau dia wujud dia cantik sangat. Warna emas, mata hijau, dia besar dan panjang. Cuma ustaz cakap kat Puteri, kalau kita nak sesuatu, kita kena jaga sembahyang, jaga hubungan dengan Allah, baik dengan orang," katanya. - CARI









mizruncing Publish time 8-9-2022 11:53 AM

scary plak dgr. tp klu baca mastika dulu2 mmg byk je kes mcm ni kann. kembar dengan ular sawa laa, dgn buaya laa. siap tido sekatil :bye:

noorhairiahma Publish time 8-9-2022 12:09 PM

Dah macam berita dari indon pulak berkembar dengan binatang. Dulu ada yang kembarnya buaya. Ke anaknya yang bertukar jadi buaya? Sampai ditatang buaya tu bagai minyak yang penuh.

Adrif Publish time 8-9-2022 12:12 PM

mstar ni mastika ke

KBW2 Publish time 8-9-2022 12:24 PM

Iyolah tu dek

reen8601 Publish time 8-9-2022 12:46 PM

scary plak dengar,macam cerita indonesia lak

apalancut Publish time 8-9-2022 01:01 PM

geng kaki gunung jeraii..

skippy Publish time 8-9-2022 01:06 PM

{:1_550:} such a primitive thinking

nurshima Publish time 8-9-2022 01:21 PM

Ianya mungkin saka yg diwariskan kepada dia.

swimswim Publish time 8-9-2022 01:28 PM

Sampai percaya benda tu protect dia. Jahanammm

Mina2215 Publish time 8-9-2022 02:03 PM

Tu saka dikk

prince_marhaen Publish time 8-9-2022 04:49 PM

KAU NAAGIN KE DEKKKK??? alahai....tak padan kelubung...nak jugak content mistik bagai... tetap nak perhatian macam jahlop kelubong laki tayang kotey tu kan..

bakingsoda Publish time 8-9-2022 11:49 PM

kalau nak mencapub tak payah pakai niqob dekk, tujuan asal berniqob sbb taknak dipandang. ni duk tayang dua bijik mata buntang sambil berangan ada kelebihan kat taiktok

CardiGans85 Publish time 9-9-2022 02:55 AM

Berubat la betul2

rogayahtop Publish time 9-9-2022 07:17 AM

Boleh buat film animasi, puteri ular emas ala2 turning red tu. mula2 org tak percaya, kesian puteri kena gelak sampai tahun 2080 pun org tak percaya.

encikWawad Publish time 9-9-2022 10:29 AM

saka tu dekkk
sila g jumpa sutat g buang

eyansss Publish time 10-9-2022 12:03 AM

dek, ko cabut je la purdah tudung ko dek kalau cenggitu pemikiran ko dekā€¦

minahmanja Publish time 10-9-2022 11:58 AM

dah 2022 pun ade lg citer mcm ni.. so bdk ni pandai bahasa ular mcm potter ke..?

anony-mous Publish time 11-9-2022 03:35 AM

Cerita kelakar ke ni? :lol: baru jumpa mastika mak ko dlu ke dik? ;P baik pegi cek mental. Bkn xmau percaya tp mmg x logik woi. Ada ke parent yg sane, bawak ank 2-3thn naik gunung jerai? Then umur tu tau ada ular ikut?

makita Publish time 11-9-2022 09:48 AM

Kalau ada saka turun temurun maksydnya moyang2 dulu ada perjanjian dgn syaiton la kan? Patu anak cucu bangga cerita sana sini. Lebih baik diam2 berubat utk buang semua2 benda yg x patut ada.
Pages: [1] 2
View full version: Gadis Dakwa Ada Kembar Ular Emas, Netizen Syak Mungkin Sihir


ADVERTISEMENT