CARI-MAL Publish time 8-9-2022 10:59 AM

54 Kali Meghan Markle Angkat Bakul Puji Diri Sendiri Ketika Berucap Tentang Kesetaraan Wanita

The Duchess of Sussex, Meghan Markle buat pertama kalinya melakukan sesi perkongsian pada sidang kemuncak One Young World yang berlangsung di Bridgewater Halldi Manchester baru baru ini.


Markle, 41, bercakap di hadapan lebih dua ributetamu yang hadir untuk membincangkan isu hak atau kesetaraan wanita dalam semua bidang di dunia.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202209/08/105600li03m9qr6f4x4xm7.jpgFoto: Page Six




Sayangnya, berbanding menekankan bagaimana kuasa atau kesetaraan wanita boleh memberi lebih impak dan berdaya saing, beliau dikatakan lebih banyak ‘mengangkat’ atau memuji diri sendiri.


Dalam tempoh ucapan selama tujuh minit, Markle didakwa telah memuji dirinya sendiri sebanyak 54 kali!


Beliau antaranya bercerita mengenai perubahan diri selepas menjadi ibu dan melahirkan puteranya bersama Putera Harry, Archie.


Mantan pelakon itu juga dilihat cuba meletakkan dirinya sebagai contoh kepada wanita muda pada masa kini.


“Saya mungkin sama seperti anda semua, pernah muda dan sangat bercita cita tinggi,” katanya.


Markle juga bercerita mengenai transisi dirinya sebagai pelakon dari naskhah The Suits sehingga hidupnya berubah secara dramatik pada tahun 2019 dan kini menjadi The Duchess of Sussex. Beliau cuba mengaitkan tentang perjalanan dirinya dengan kesetaraan wanita.


Semua ucapan dan pengalaman tersebut dikongsikan bukan sahaja dalam kalangan deligasi muda dari 190 negara, tetapi turut diikuti oleh ramai pesohor dan figura terkenal dunia termasuk pemimpin negara dan aktivis.


Meski perkongsiannya bersifat jujur dan terdapat anekdot yang memberi inspirasi, namun pengkritik mengatakan semua yang diperkatakan oleh Markle sebagai tidak langsung berkaitan dengan isu kesetaraan wanita.


Malah penganalisis Diraja menyifatkan ucapan wanita itu sebagai banyak kekurangan dan tidak sama sekali memberi perkongsian bermanfaat yang boleh dipraktikkan atau menggali potensi diri seorang wanita untuk menjadi setara kaum lelaki.




Sumber: Gempak

blakerainer Publish time 8-9-2022 11:14 AM

Kuat berangan jenglot ni ;P

Harley_Quinn Publish time 8-9-2022 12:24 PM

Bkn dah x blh guna title Duchess of Sussex ke since dah kluar dr royal family?

nurul_akmar Publish time 8-9-2022 12:24 PM

xde sape ke tlg dia buat teks?
ke contoh teks kena slash ngan dia..

gangerina Publish time 8-9-2022 04:23 PM

stick to acting je la mek meghan...baca script je kan senang...

Farnor Publish time 8-9-2022 05:23 PM

Stupidess on your shoe jenglot..perasan jer lebih.

TabletSusu Publish time 9-9-2022 11:34 PM

aku tgk dia ni.. cara dia mcmkan dia pulak dr keturunan di raja :lol:

delia3003 Publish time 9-9-2022 11:46 PM

Edited by delia3003 at 9-9-2022 11:53 PM

Ramai je yang trolling minah ni bagi gelaran me...me...meagain sebab suka twist jadi 'it's all about me' setiap kali sesi membazir liur:lol:

Apa je kelayakan/pencapaian dia yang boleh jadi inspirasi kepada orang lain terutama generasi muda? Kerjaya sebagai pelakon sebelum ni pun sendurina je, ramai yang tak tau pasal kewujudan dia. Famous pun lepas kawen dengan hery.

Timortimur Publish time 10-9-2022 06:29 AM

Harley_Quinn replied at 8-9-2022 12:24 PM
Bkn dah x blh guna title Duchess of Sussex ke since dah kluar dr royal family?

Duchess boleh rsnya cuma HRH tak boleh
Seronok lah tu bila anak2 dia dpt titles prince dan princess

epal_putih Publish time 10-9-2022 01:50 PM

dia ni time belakon cantik jerrr

234126 Publish time 11-9-2022 09:18 PM

Tak dapat title. Queen dah maktub dlm her warta hanya yang direct line heir je dapat. And dah announce perutusan baru update gelaran will and kate dan anak-anak, nama archie tetap master dan lily masih miss

fizamn Publish time 12-9-2022 09:40 AM

ini betul betul istilah kaduk naik junjung...hehehe..

Harley_Quinn Publish time 14-9-2022 01:26 PM

Timortimur replied at 10-9-2022 06:29 AM
Duchess boleh rsnya cuma HRH tak boleh
Seronok lah tu bila anak2 dia dpt titles prince dan princes ...

Ohoo sbb hr tu bria kata nk cut ties apa smua.
Tp masih merempan psl kisah istana.

oreocheesekek Publish time 14-9-2022 02:00 PM

cehhh jd duch*ss pun sbb kawen dgn lelaki yg dilahirkan as royal, mende yg power sgt :I

sapela yg bengap jemput die ni bg speech

Zaien Publish time 14-9-2022 03:17 PM

jenglotttttttttttttttttttttttttt

greantea Publish time 17-9-2022 10:17 PM

Mesti y dgr meluat gila, rolling eyes je kan.
Perasan sgt dia ni

sharlenetexas Publish time 20-9-2022 11:33 PM

Mantan pelakon itu juga dilihat cuba meletakkan dirinya sebagai contoh kepada wanita muda pada masa kini.

;P;P;P

BillieEilish Publish time 24-9-2022 11:54 PM

blakerainer replied at 8-9-2022 11:14 AM
Kuat berangan jenglot ni

Sangat ????

BillieEilish Publish time 24-9-2022 11:55 PM

Zaien replied at 14-9-2022 03:17 PM
jenglotttttttttttttttttttttttttt

Berangan lebih
Pages: [1]
View full version: 54 Kali Meghan Markle Angkat Bakul Puji Diri Sendiri Ketika Berucap Tentang Kesetaraan Wanita


ADVERTISEMENT