CARI-MAL Publish time 8-9-2022 10:26 AM

Anak Melalak Tak Terima Wajah Mirip Bapa

Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di China dirakam menangis teresak-esak kerana tidak mahu digelar mirip wajah bapanya, lapor portal Mothership.


Menerusi rakaman video dimuat naik di media sosial, kanak-kanak dari wilayah Jiangsu itu tidak menyukai pujian yang diberi rakan ibunya mengatakan dia lebih mirip muka bapa berbanding ibu.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202209/08/102613gvugfnvu6u49d0f1.jpgKanak-kanak itu mahu mirip wajah ibu kerana dia dilahirkan oleh ibu. - Mothership





“Beberapa rakan saya datang ke rumah dan memberitahu anak saya bahawa wajahnya saling tidak tumpah seperti suami saya.


“Anak saya mula menangis dan mengamuk sambil berkata dia tidak mahu mirip bapanya tetapi mahu iras wajah saya,” kata wanita itu.


Alasan yang diberikan oleh kanak-kanak itu adalah dia mahu mirip wajah ibu kerana ibu yang melahirkan dia dan ada satu lirik lagu kegemarannya berkata ‘ibu insan terbaik di dunia’, bukan bapa.


“Dia jugamemberitahu dirinya tidak cantik jika wajah mirip bapanya.


“Namun, dia mempunyai hubungan sangat baik dengan suami saya,” jelas wanita itu lagi.




Sumber: Kosmo

noorhairiahma Publish time 8-9-2022 10:35 AM

hahahahhaha. nasiblah muka bapak. kalau bukan muka emak, or bukan bapak, lagi haru!

Lavender85 Publish time 8-9-2022 12:55 PM

hehehehehhehehehhehehhehe comel sgt

missyL Publish time 8-9-2022 03:22 PM

Hahahahaha
Ank iols pg mane2 org ckp ikut ayah ye

Tp bgs lah sbb ayah die lg helokdr mak hahahahahaha

encikWawad Publish time 9-9-2022 10:30 AM

tunggulah apak kau menang uwang besar buat pestik sejeri

ally9970 Publish time 9-9-2022 04:55 PM

Cerita budak menangis pasal sebab bodoh mcm tu boleh masuk news jugak?

Artemesiaa Publish time 12-9-2022 01:17 PM

Tak payah drama sangat dek dah besar elok mintak bapak sponser kasi up wajah

Scheherazade Publish time 12-9-2022 04:37 PM

mana gambar mak nya?

marlow Publish time 14-9-2022 12:11 PM

Bila boring i selalu lepak2 kt 9gags. Bila ada je gifs atau video2 dr tanah besar nie dorg selalu perli2 atau downvote. Siap ckp staged lg. So i percaya je video nie macam dibuat2:lol:

ayukpingu Publish time 19-10-2022 04:20 PM

hahahaha comel

ally9970 Publish time 20-10-2022 11:07 AM

Menangis teresak2 ke melalak? Ada beza tu..

tikusmontok Publish time 21-10-2022 01:40 PM

Nasib muka bapak kau sendiri, bukanbapak org lain

tenggilingpink Publish time 23-10-2022 04:17 AM

haha comel lah kau ni dikk

Travelo Publish time 3-11-2022 10:40 AM

dia akan faham pabila dewasa nanti :lol:

ReginaGeorge Publish time 6-11-2022 10:02 AM

Kecik lagi dah pandai fikir mcm ni ya dek :$

puanbintang Publish time 14-12-2022 04:43 PM

lorr..hahahaha..comel ko dek

nononcrux Publish time 15-2-2023 09:54 AM

budak sekarang kalau bijak, bijak sgt.. hahha tapi aku perasan budak era 2k ni ramai yg kena autism.. ade sesapa boleh bukak tak thread punca autism ni daripada pemasalah apa? byk sgt version aku baca konfuse

Burong_Hantuk Publish time 15-2-2023 11:44 AM


{:8_638:}

Burong_Hantuk Publish time 15-2-2023 11:44 AM


{:8_638:}
:lol:

Burong_Hantuk Publish time 15-2-2023 11:44 AM

lawak
{:8_638:}
:lol:
Pages: [1] 2
View full version: Anak Melalak Tak Terima Wajah Mirip Bapa


ADVERTISEMENT