dexa Publish time 8-9-2022 12:24 AM

Pingat Hang Tuah - Pingat Keberanian untuk kanak-kanak -



PingatHang Tuah dianugerahkan khas bagi mengenang jasa dan keberaniankanak-kanak.
Anugerah pertama pingat ini telah diberikan kepada Mohd Norbin Osman yang berasal dari
Terengganu pada 22 Oktober 1960. Beliautelah menerima Pingat Hang Tuah daripada
D.Y.M. Yang DiPertuan Agongpertama dan mendapat gelaran Pahlawan Negara kerana keberaniannya
menyelamatkan dua orang kanak-kanak daripada mati lemas. Dalam kejadianpertama,
Mohd Nor telah menyelamatkan seorang budak lelaki berusia duatahun yang hampir lemas
di Sungai Losong Feri, Kuala Terengganu. Dalamkejadian kedua, beliau telah menyelamatkan
seorang budak perempuan.

Pingat Hang Tuah ketiga telah dianugerahkan kepada Rusnah bt. Aksahyang berasal dari Pahang
kerana keberaniannya menyelamatkan seorangkanak-kanak cina berusia tiga tahun yang hampir
lemas di SungaiSemenyih, Selangor pada 24 Februari 1961. Beliau merupakan penerima
tunggal kanak-kanak perempuan untuk Pingat Hang Tuah ini. PenganugerahanPingat Hang Tuah
yang dimulakan pada tahun 1960 atas daya usaha MajlisKebajikan Kanak-kanak Malaysia (MKKM)
telah diberhentikan pada tahun1978. Kini anugerah kanak-kanak yang disediakan adalah Tokoh Kanak-Kanak
Kebangsaan yang di khaskan untuk kanak-kanak bawah umur 12 tahun yangcemerlang dalam bidang akademik.



Gambar di atas adalah Musa bin Zainuddin,
penerima anugerah 1976


**********************************************************************************************

sepatutnya --- anugerah ini patut diteruskan semula --barulah ada motivasi dan
semangat padadiri kanak-kanak ni -- tak pentingkan diri sendiri dan banyak
nilai murni dan positif dapat diterapkan dengan adanya anugerah ni -

Tokoh kanak-kanak tu dalam bidang akademik sahaja --bagaimana pula dengan
sahsiah mereka? sebab itu la patut diteruskan penganugerahan ini --
tambahan dengan zaman budak2 sekarang dok bergajet sana sini -- tak adanya
fikir tentang nak menolong orang lain -- sebok game ke hulu ke hilir
ada yang bagusyup -- tapimmg ramai pangai budak2 ni yang masih kena ditarbiahkan -

who knows? ada penganugerahan mcm nidi masa akan datang -- insyaallah -



Pages: [1]
View full version: Pingat Hang Tuah - Pingat Keberanian untuk kanak-kanak -


ADVERTISEMENT