Raline Publish time 7-9-2022 11:31 PM

Wanita ‘menangis tak berlagu’ anak isi air ke dalam tangki petrol

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/09/isi-petrol-air-1536x1307.jpeg
TANGKAP layar memaparkan senario wanita itu menunjukkan tangki minyak motosikalnya yang dipenuhi air. - TikTok

Wanita ‘menangis tak berlagu’ anak isi air ke dalam tangki petrol

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi seorang wanita yang menangis apabila anaknya memasukkan air ke dalam tangki petrol motosikalnya, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @internonaa.

Berdasarkan rakaman tersebut, wanita itu membuka penutup tangki minyak motosikalnya dan mendapati ia dipenuhi air.

Dia memaklumkan bahawa perbuatan itu dilakukan anak kecilnya walaupun baru sahaja mengisi penuh minyak di kedai.

Dia juga mengetahui perbuatan itu apabila mendapati lantai di kawasan tersebut basah dan berbau minyak.

Wanita itu turut dilihat mencelupkan jari ke dalam lubang tangki minyak untuk memastikan bahawa ia dipenuhi air.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Anak pintar bantu ibu mencuci tangki minyak,” kata seorang netizen.

“Sakit tidak berdarah,” komen netizen lain. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/09/07/wanita-menangis-tak-berlagu-anak-isi-air-ke-dalam-tangki-petrol/

ezacbee Publish time 9-9-2022 11:21 AM

Anak kecik boleh bukak penutup tangki ke? Atau mak dia sesaje bukak penutup tu? :o

Artemesiaa Publish time 12-9-2022 01:19 PM

Benda biasa jadi ditempat lain juga bukan sekadar air batu ada dimasukannya

renko Publish time 19-9-2022 03:09 PM

indon jongos nak viral

ctaz Publish time 3-10-2022 04:37 PM

ate mana gambo anak masukkan ayo nyer
Pages: [1]
View full version: Wanita ‘menangis tak berlagu’ anak isi air ke dalam tangki petrol


ADVERTISEMENT