theflash Publish time 5-9-2022 04:25 PM

Misteri kucing aku bernama Robert ????

Hai semua. Lama tak bersiaran di sini. Cerita aku kali ini tak lah seseram mana tapi agak misterius. Berkenaan kucing aku , nama dia Robert, kucing kaler oren, nakal la macam biasa.

Utk info, rumah aku dikelilingi sawit. Aku memang bela kucing banyak sebelum ni, pernah sampai 10 ekor dan bila malam aku kurung, siang aku lepas bagi deme main main kat laman rumah. Kucing aku pernah je la hilang. Ada 3 sebab je kalau hilang.

1. Dimakan sawa
2. Dimakan anjing
3. Ada orang ambil

Jarang kene langgar kereta sebab bukan jalan utama
Oklah berbalik pada Robert , dia ni banyak kali hilang, 4 5 kali dah hilang. Aku syak 3 sebab tu tapi dia akan balik.
Robert dah sunat so takda istilah cari betina. Pernah dia hilang 2 minggu.

Ok, masa dia hilang 2 minggu tu, dia balik tengahari macam tu. Balik je kurus satu hal, then nampak macam takut.
Aku syak dia kena ambil orang, sebab Robert ni marble. Sebab balik je bau dia wangi gila, cam bau bunga tanjung
Tapi pelik sebab kurus kalau dibela orang. Aku pi timbang, 2kg jugak hilangnya.

Kemudian dia hilang lagi 3 hari.
Balik kurus, dan badan bau wangi. Aku syak dia lari dari kurungan.

Kemudian semalam dia baru balik selepas 3 hari hilang.

As usual, bau wangi gila. Bila aku cium, baunya sebijik cam bau bunga tanjung !

Then apa yang aku perasan dia akan muncul lepas waktu ZOHOR. And akan duk tercongok dekat bangsal baja la, tepi semak depan rumah, dan tempat2 cam tak logik dek akal sebab aku baru je lalu situ.

And dia macam biasa, kepenatan dan tidur 2 hari tido tak makan tapi minum banyak.

Kemudian, ada indo kait buah sawit ni ada kabo, dia ada nampak Robert ni kene dukung dengan makcik berbaju putih dekat kebun belah lain which is kira kira 2km gak dari rumah. Aku cakap maybe kucing lain kot,

" Tak, memang kalung merah dan badan macam kek ini saya nampak, situ memang mainan bunian bang"

Until now aku risau keselamatan kucing aku si Robert ni? Apa perlu aku buat? Mandikan dia limau ke? ( gurau je)

Jadi, itu lah cerita tak berapa seram aku.

Tamat.

theflash Publish time 5-9-2022 04:28 PM

ini robert

nyoyoyenye Publish time 6-9-2022 12:06 AM

try la letak kamera kt loceng tengkuk dia. spy mana dia pegi. tak pun yg tag apatah yg apple punya tu detect location

nyoyoyenye Publish time 6-9-2022 12:08 AM

btw aku yoyen. hi geng oren :lol:

Themilo Publish time 6-9-2022 07:31 AM

theflash replied at 5-9-2022 08:28 AM
ini robert

iols pun ada marble oren mcm ni dulu.. dah mati sebab sakit..

greantea Publish time 6-9-2022 09:46 AM

ish comeynya. patut ada y geram. nasib dah sunat. kalo x nak kawenkan ngan oriyo.

Supersirap Publish time 6-9-2022 10:08 AM

Comel nya robert ni

terpaling Publish time 6-9-2022 03:24 PM

curlastttt oyen nama robert.. :$

Cokoro Publish time 7-9-2022 11:58 AM

Comeynya robert. Nak kucing oyen gakkk. Mcm mana robert skrg ni? Try letak kamera dkt kalung dia tu

theflash Publish time 7-9-2022 12:49 PM

nyoyoyenye replied at 6-9-2022 12:06 AM
try la letak kamera kt loceng tengkuk dia. spy mana dia pegi. tak pun yg tag apatah yg apple punya t ...

boleh cuba hihihihi

theflash Publish time 7-9-2022 12:50 PM

Cokoro replied at 7-9-2022 11:58 AM
Comeynya robert. Nak kucing oyen gakkk. Mcm mana robert skrg ni? Try letak kamera dkt kalung dia tu

Elok je bermain dgn adik adik dia.
hihi

theflash Publish time 7-9-2022 12:50 PM

terpaling replied at 6-9-2022 03:24 PM
curlastttt oyen nama robert..

hoho sekali sekala

Mokcu Publish time 7-9-2022 01:50 PM

Nak tanya mungkin OT sikit kot sebab tak seram.....
Mokcu baru hilang kucing dah 10 hari lebih....soalannya macam mana nak cari kucing yang hilang dah cari rata2 dah tiap2 hari pusing kampung cari dia jiran2 pun tolong cari...Geng2 jogging Mak2 pun tolong cari tapi tak jumpa...Rindu sangat dengan kucing ni. Bela dari belum bukak mata lagi.... :(
Ada tak petua cari kucing hilang.









/ dah cari rata2

s@s@ Publish time 7-9-2022 03:36 PM

Mokcu replied at 7-9-2022 01:50 PM
Nak tanya mungkin OT sikit kot sebab tak seram.....
Mokcu baru hilang kucing dah 10 hari lebih....so ...

ada org kata, pesan kt kucing gelandangan, kalau jumpa kucing yg hilang tu suruh dia balik rumah

raihaneem Publish time 7-9-2022 03:45 PM

theflash replied at 5-9-2022 04:28 PM
ini robert

Mgkin ada kwn dgn kucing bunian kot..

Lamaa..tk nmpk flash bukak cerita..

nyoyoyenye Publish time 7-9-2022 09:09 PM

theflash replied at 7-9-2022 12:49 PM
boleh cuba hihihihi

pernah tengok omputeh buat camtu kat kucing dorg. bila check cam/airtag tu merata kucing dia pergi :lol:

Addrianna Publish time 8-9-2022 12:00 PM

comey robert kelas kau oyen dapat nama urban:lol:

tbh cerita kita hampir masa, aku kecik family aku ada bela kucing dari mata belum terbuka.lepas agak besar lepas tu memang kami kasi lepas macamna pun dia tetap akan balik setiap hari.kami bela ni 2 ekor ya adik beradik dan antar dua beradik ni si adik paling nakal asal keluar ja dah malam baru balik entah macam ia dapat cari makan pun tak tahu sebab lepas balik kami bagi makan sikit je dia makan.si abang pulak kalau keluar 2-3 jam misti balik makan lepas keluar lagi tapi selalu sebelum magrib misti balik.Dipendikan cerita sma macam cerita tt seminggu berturut2 kami perasan si adik asal balik misti bawa balik bau wangi macam bau minyak attar.mula2 tu kami terpikir mungkin ada pakcik tua yang nak pergi masjid suka pegang dia tapi lama2 sejak kejadian itu tengok si adik ni lain macam. dia lah yang paling awal pagi duduk tepi pagar rumah tunggu pagar tu terbuka padahal sebelum ni relax2 je dia tghari atau petang baru keluar.bila bau wangi kat badan dia tu makin hari makin kuat bau nya ayah aku pesan jangan suruh dia keluar lagi.jadi mula lah si adik ni lompat2 nak cuba panjat pagar walhal sebelum ni bila kami x buka pagar ok je dia main dengan abang dia tu.

lepas sebulan kejadian tu si adik ni mula sakit demamdan kurang makan ayah memang ada bawa klinik tapi macam terlalu cepat kejadian tu lepas dua hari sakit tu terus dia mati.sedih betul kami sefamily masa tu siabang lagi lah sedih x nak makan sangat.sesekali nampak ada air mata dekat mata siabang dan aku percaya misti dia rindu walaupun dia binatang tapi rasa dia sama macam manusia.lepas tu family aku baru terfikirmungkin si adik rindu dengan seseorang yang bau melekat kat badan dia tu.aku harap ttcuba siasat siapa dia jumpa tu dan tolong jangan halang dia keluar takut end up macam kucing aku.sedih tau sampai sekarang pun kami x bela kucing lagi.

berrygurl Publish time 8-9-2022 03:45 PM

Addrianna replied at 8-9-2022 12:00 PM
comey robert kelas kau oyen dapat nama urban

tbh cerita kita hampir masa, aku kecik family aku ...

Sedih nyer ????

Btw tt..memang ada "org" bela dia kot..tapi yg kesian robert mcm x happy kan

Mokcu Publish time 9-9-2022 09:37 AM

Alamak.... Mokcu teringat actually ini kali kedua kucing Mokcu tu hilang lama. Kali pertama dia hilan 10 hari juga Bila jumpa dia semula, bau dia wangi tapi tak de la wangi sangat cuma wangi macam baru lepas mandi (sedangkan dia hilang dah 10 hari) dan dia kelaparan bagi wetfood 2 pack dia tibai. Lepas seminggu dia hilang kali pertama tu Mokcu buat solat hajat sampai 3 kali. Kali ketiga buat esok pagi tu terus kat group wasap taman Mokcu masuk gambar dia ada jiran nampak dia kat belakang rumah. Sedangkan tempat tu hari2 Mokcu dengan anak2 jalan2 cari dia. Kali ni hilang Mokcu tak tau nak mintak dia balik ke tidak....Adakah dia pun di culik juga.... Taman Mokcu tu pun bekas ladang kelapa sawit dan sekeliling taman tu masih ada lagi ladang2 kelapa sawit.

cik_sssara Publish time 21-9-2022 04:08 PM

Handsome betul dak robert ni.

Kucing I pulak jennifer.

Pendapat I, takde apa yang mistik pun. Mungkin dia jumpa kucing/binatang lain atau sesuatu yang bukan luar biasa kat luar tu. Biasalah kucing outdoor. Lagipun sejenis bangsa oren. Kan special case :lol:

Untuk taknak dia selalu keluar rumah, apa kata tt bagi perhatian lebih kat dia. Ikut pengalaman I kucing oren ni lebih manja. Main dengan dia, belikan mainan yang dia minat. Macam oren I, dia suka toy tikus yang I beli kat Mrdiy. Suka betul toy tu, tak puas main. Mungkin sebab toy tu bentuk&fizikal macam tikus betul, so masa dia main tu seolah main dengan mangsa dia yang sebenar siap bunyi lagi. Adik beradik dia yang lain (bukan oren) takde lah sampai macam tu.

Ataupun mungkin jugak robert bosan dengan makanan kat rumah u. So dia nak cari makanan lain kat luar. Tukar2 selalu makanan dia, jadi dia tak bosan. I suka pelbagaikan my cats diet. Kibbles + treats. Kibbles tu pun beberapa flavour I gilir2. Sesekali jugak bagi real food isi ayam / daging / ikan rebus.
Pages: [1] 2
View full version: Misteri kucing aku bernama Robert ????


ADVERTISEMENT