sfhzuraz Publish time 5-9-2022 02:38 PM

Hassan Embong dilantik Panglima 1 Divisyen Infantri yang baharu

Hassan Embong dilantik Panglima 1 Divisyen Infantri yang baharu

Mohd Roji Kawi
mdroji@bh.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm218meijen_1662358529.jpg
Datuk Dzulkafli Mustaffa (kiri) menyerahkan tongkat kuasa kepada penggantinya, Mej Jen Hassan Embong disaksikan Lt Jen Datuk Mardzuki Muhammad di Kem Muara Tuang, hari ini. FOTO ihsan PMTTD



Kota Samarahan: Bekas Ketua Pengarah
Operasi dan Latihan, Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD), Mejar Jeneral Hassan Embong dilantik sebagai Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) yang baharu menggantikan Mejar Jeneral Datuk Dzulkafli Mustaffa, yang bersara hari ini.
Majlis Majlis serah terima tugas Panglima 1 Divisyen berlangsung di Padang Kawad Kem MuaraTuang hari ini dengan disaksikan Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad.
Turut hadir, Panglima 3 Briged Infantri,
Brigedier Jeneral Mohd Kamil Abdul Latif, Panglima 9 Briged Infantri, Brigedier Jeneral Shauri Mat Piah dan Panglima 31 Briged, Brigedier Jeneral Abdul Jalal Zaidi Abdul Majid.
Perbarisan serah terima tugas pegawai tertinggi 1 Divisyen itu disertai 27 pegawai dan 461 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai Pegawai Memerintah Batalion Ke-10 Rejimen Sempadan, Lt Kol Shafiron Saad.
Hassan dilahirkan di Mersing, Johor pada 29 Oktober 1965 di Mersing, memulakan karier tentera dengan menyertai latihan sebagai Pegawai Kadet pada tahun 1985, seterusnya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada 4 Oktober 1986 di Batalion Ke-27 Rejimen Askar Melayu Diraja (27 RAMD).
Sementara itu, Dzulkafli, yang berkhidmat selama 40 tahun di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilantik sebagai Panglima 1 Divisyen pada 19 Jun 2020.
Berasal dari Jitra, Kedah, beliau menjalani latihan Pegawai Kadet pada tahun 1981 dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda di Batalion Ke-3 Rejimen Renjer Diraja (3 RRD) pada 22 Ogos 1982.
Sepanjang perkhidmatannya, Dzulkafli menjawat pelbagai jawatan penting termasuk Pegawai Memerintah Batalion Ke-7 RRD (Mekanize); Komandan Institut Pegawai Kanan (INSPEKA); Penasihat Ketenteraan Malawakil New Delhi, India dan Panglima Briged Ke-9 Infantri Malaysia.

Disiarkan pada: September 5, 2022 @ 2:15pm


TDM
Pages: [1]
View full version: Hassan Embong dilantik Panglima 1 Divisyen Infantri yang baharu


ADVERTISEMENT