Highflyer19 Publish time 4-9-2022 07:02 PM

Wanita berbibir besar tidak serik jalani lebih banyak pembedahan

SOFIA, Bulgaria – Seorang wanita dari Bulgaria yang mendapat perhatian ramai kerana memiliki bibir besar merancang untuk melakukan lebih banyak pembedahan plastik bagi memastikan gelaran bibir paling besar di dunia menjadi miliknya, lapor akhbar The Sun semalam.

Gadis bernama Andrea Ivanova itu mendakwa dia layak menerima gelaran tersebut selepas mendapatkan 30 suntikan asid hyaluronik pada bibirnya dalam kuantiti yang sangat banyak.

“Saya telah melakukan semua prosedur kosmetik ini di Sofia tetapi saya bercadang untuk menjalani pembedahan seterusnya untuk payudara yang lebih besar sama ada di Turkiye atau Jerman,” katanya.

Andrea memulakan transformasi dalam impian untuk menjadi ‘Barbie’ dalam kehidupan sebenar pada 2018.

Doktor yang merawatnya pernah memberi amaran agar dia memberi perhatian kepada sebarang kesakitan pada bibir besarnya kerana prosedur tambahan lain sangat berisiko menyebabkan kematian.

Penampilan Andrea itu telah menarik lebih daripada 20,000 pengikutdi media sosial dan dia berkata, peminatnya yang kaya selalu menawarkan untuk membiayai percutian mewah di seluruh dunia.

“Setiap hari, ramai peminat berbeza dari seluruh dunia menghantar beribu-ribu mesej di platform media sosial dan menjemput saya bercuti di negara yang berbeza.

“Siapa tahu mungkin satu hari nanti, saya akan menerima tawaran tersebut,” ujarnya. – Agensi

Highflyer19 Publish time 4-9-2022 07:04 PM

Oh wow...:laugh3:

Tinot7 Publish time 4-9-2022 07:18 PM

Awat buat cenggitu?
Dah mcm daisy duck..

Supersirap Publish time 5-9-2022 10:25 AM

Dia nak bibir tebal mana lagi?

Buritan Publish time 5-9-2022 10:27 AM

Highflyer19 replied at 4-9-2022 07:04 PM
Oh wow...

Gila agsknyaa.. yg Allah bg tuu dah cantik dah.. repair tara mana lg.. dik.. ekau perlukan doc gila bkn doc bedah

shernazz Publish time 5-9-2022 10:34 AM

Barbie tak tebal pung bibirnya
Puas iols telek patung barbie ..tang mana tebal tak tau la
Kalau bunny playboy tu layak.la..;P

liyamariska Publish time 5-9-2022 01:53 PM

Cmne dia bercakap dgn bibir setebal itu... :o

ifanonline Publish time 5-9-2022 02:00 PM

mcm jubo ayam

supernaturalee Publish time 5-9-2022 02:17 PM

klu cucuk dgn jarum menjahit tu pop up x agak2

pinkball Publish time 6-9-2022 11:53 AM

A well-known song system and a variety of genres, from classical to modern, may be found in heardle game. Additionally, to prevent boredom, the songs that play in this game are logically constructed and the majority of them include a variety of rhythms, from mellow to exhilarating.
Pages: [1]
View full version: Wanita berbibir besar tidak serik jalani lebih banyak pembedahan

ADVERTISEMENT