Highflyer19 Publish time 3-9-2022 11:20 AM

Kuetiau, bihun 50 sen gerai abang bomba 'sado' jadi tumpuan

ALOR SETAR: Ketika ramai merungut dengan kenaikan harga barang, sekumpulan anggota dan pegawai bomba menjual pelbagai juadah berasaskan mi pada harga semurah 50 sen.

Disebabkan harga murah itu, Trak makanan Fire Kitchen Abang Bomba menjadi tumpuan pengunjung sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Kedah yang berlangsung di Stadium Darul Aman selama tiga hari bermula semalam.

Lebih menarik, anggota dan pegawai bomba bertubuh sasa atau 'sado' turut membantu melayani pelanggan yang sanggup berbaris panjang dalam keadaan hujan renyai untuk membeli juadah dan bergambar dengan mereka.

Seorang pengunjung, Aliah Ahmad, 34, dari Yan, berkata dia tertarik melihat ramai berbaris di trak makanan sebelum dimaklumkan harga menu di situ seperti mi, kuetiau dan bihun dijual anggota bomba pada harga 50 sen.


Katanya, teruja dengan harga sangat murah, dia bersama beberapa rakan sanggup beratur untuk membelinya dan rasanya pun sangat sedap.

Bagi Alias Mohd Noor, 42, pula bukan senang katanya nak menemui makanan dengan harga 50 sen ketika ini dan sebab itulah dia tidak melepaskan peluang untuk membelinya.

"Saya puas hati kerana ramuan dalam makanan itu agak padat dan rasanya sedap, malah tempoh beratur juga tidak terlalu lama walaupun panjang," katanya.

Sementara itu, Ketua Penyelaras Fire Kitchen Abang Bomba, Penolong Kanan Penguasa Shaharil Mohammad Hassan, berkata jualan membabitkan anggota dan pegawai jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor itu sebahagian daripada usaha kerja amal kepada orang ramai dengan menjual makanan pada harga murah

Beliau berkata, semalam sahaja 40 kilogram mi termasuk kuetiau dan bihun habis dijual dengan anggaran 500 pinggan melalui dua sesi jualan pada pagi dan petang.

"Trak kami dibuka jam 10 pagi semalam, tetapi ditutup pada tengah hari untuk solat Jumaat. Sebaik dibuka semula jam 4 petang, orang ramai dah serbu menyebabkan mi habis hanya dalam tempoh kira-kira sejam lebih.

"Hari ini kami akan tambah lagi kira-kira 60 atau 70 kilogram untuk 700 pinggan bagi tetamu yang datang," katanya ketika ditemui.

Shaharil berkata, lapan kru dari sekitar Selangor bertugas di Fire Kitchen Abang Bomba dan simboliknya semua makanan ini dijual dengan harga 50 sen adalah lebih kepada hendak berkhidmat kepada masyarakat.

Katanya, disebabkan itu ia dijual dengan harga paling murah supaya semua orang dapat merasai makanan disediakan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/996068/kuetiau-bihun-50-sen-gerai-abang-bomba-sado-jadi-tumpuan

dua_chzy Publish time 3-9-2022 11:22 AM

Abang2 masak memang sedap.

Highflyer19 Publish time 3-9-2022 11:22 AM

Highflyer19 Publish time 3-9-2022 11:34 AM

Cepat cepat nanti habis :lol:

Highflyer19 Publish time 3-9-2022 12:19 PM

Mat2 rempit woun tak sado tp ramai jugak peminat :lol:

Highflyer19 Publish time 4-9-2022 12:31 PM

lapan kru dari sekitar Selangor bertugas di Fire Kitchen Abang Bomba dan simboliknya semua makanan ini dijual dengan harga 50 sen adalah lebih kepada hendak berkhidmat kepada masyarakat...terima kasih abam bomba

jalfa Publish time 4-9-2022 12:35 PM

Tak dapat rasa kutiew atau mee tak apalah abam...nak pinjam lengan tuk rehat sebentar boleh?:lol:

kerunai Publish time 4-9-2022 12:57 PM

inilah dia realiti kegatalan burik acik2 kepam mesia yg melaungkan idop melayu idop isele

green~tea Publish time 4-9-2022 01:03 PM

Kalo jual Seringgit pun ada je beratur panjang membeli hahahaha

jfq Publish time 4-9-2022 01:14 PM

Abis kalau tiba2 ada emergency adakah abam bomba akan abandon the kitchen ahaks ;P

jfq Publish time 4-9-2022 01:15 PM

500 pinggan harga rm0.50 each
Dptla rm250

Skuau Publish time 4-9-2022 01:21 PM

kerunai replied at 4-9-2022 12:57 PM
inilah dia realiti kegatalan burik acik2 kepam mesia yg melaungkan idop melayu idop isele

camtu pon...hang dh nk 'demo,guling atas jln'...:lol:

Goodluckdontcry Publish time 4-9-2022 02:41 PM

Awat thn ni..hype lebih PSL Bomba ni?? Jgn hype berlebihan ok .ingt pepatah ni..jgn byk ketawa nanti berduka/menangis.. sekian adiós...

pooh~key Publish time 4-9-2022 02:44 PM

Ada tambah resepi istimewa also known as love juice sekali ke tu sister? Akak nak rasa sikit sis.

pooh~key Publish time 4-9-2022 02:47 PM

Berapa pulak caj harga untuk mintak tolong suap dek?

surfin_net82 Publish time 4-9-2022 03:01 PM

Tak senang duduk bini² abam bomba

sambaldurian Publish time 4-9-2022 04:48 PM

Cara jabatan buat duit, modal dh free, jabatan gomen dh sediakan. Ni cara nk 'biakkan' duit Dari modal tu. So untung boleh la wat jamuan raya ke, jamuan akhir tahun ke, g lawatan sambil belajar ke Hatyai ke. Xyah la peruntukan bnyk2. Kena kreatif kembangkan peruntukan yg sikit tu. Gituuu.

sharlenetexas Publish time 4-9-2022 04:51 PM

Lima posen ada berapa urat bihun kuetiau?


sharlenetexas Publish time 4-9-2022 04:52 PM

kerunai replied at 4-9-2022 12:57 PM
inilah dia realiti kegatalan burik acik2 kepam mesia yg melaungkan idop melayu idop isele

Samalah dgn jantan2 yg sibuk pasal aurat tapi mrnempel kat ig lizzie tan.


stingergrumpy Publish time 4-9-2022 04:54 PM

dua_chzy replied at 3-9-2022 11:22 AM
Abang2 masak memang sedap.

Standard tagline dari tino jenis pemalas
Pages: [1] 2
View full version: Kuetiau, bihun 50 sen gerai abang bomba 'sado' jadi tumpuan


ADVERTISEMENT