Raline Publish time 3-9-2022 09:59 AM

Berhenti amal petua kencing pada sengatan obor-obor

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/09/99EED9EF-1E7C-4BE1-941B-E677BA046AE9.jpeg
Tindakan kencing pada bahagian badan yang disengat obor-obor adalah mitos dan tidak berkesan. - Novant Health

Berhenti amal petua kencing pada sengatan obor-obor

LONDON – Penduduk Britain digesa untuk berhenti membuang air kecil padakesan sengatan obor-obor yang kononnya mujarab bagi menghilangkan bisa, lapor portal berita MailOnline, kelmarin.

Pakar-pakarmengeluarkan amaran serius mengenai mitos popular bahawa air kencing membantu meredakan kesakitan disengat obor-obor.

Pihak London Aquarium menafikan mitos bahawa sengatan obor-obor paling baik dirawat dengan air kencing. Penafian itu disiarkanselepas tinjauan baharu mendapati hampir satu pertiga rakyat Britain masih percaya mitos tersebut adalah benar.

London Aquarium menggesa orang awam untuk mengelakkan cecair badan mereka sendiri atau keluarga atau rakan dan sebaliknya membilas bahagian yang terjejas dengan air laut, keluarkansesungut yang tertinggal daripada sengatan menggunakan penyepit dan merendam kaki yang disengat di dalam air panas untuk mengurangkan kesakitan.

Pakar di London Aquarium, Jack Willans berkata, orang ramai perlu berhenti mempercayai semua yang mereka pernah lihat di televisyen dan mendapatkan nasihat pihak pakar.

“Kencing pada sengatan obor-obor jelas mitos.

‘Kami menasihatkan orang ramai untuk mengelakmengikuti petua kencing pada sengatan obor-obordan ikuti beberapa langkah mudah yang tidak melibatkan penggunaan air kencing sebagai penawar,” tegas Willans.

Peningkatan bilangan obor-obor di kawasan pantai Britain pada musim panas ini adalah berpuncadaripada suhu tinggi dan peningkatan cahaya matahari pada bulan Julai dan Ogos lalu. Keadaan itu menyaksikan terdapatlebih banyak plankton yang merupakan makanan obor-obor, mengakibatkan populasi hidupan marin itu meningkat. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/09/02/berhenti-amal-petua-kencing-pada-sengatan-obor-obor/

Scheherazade Publish time 18-10-2022 02:46 PM

tingat one episode of Friends. Monica kot kena sengat obor2 ni, pastu x ingatjoey ke chandler yg peed on it. ke the other way round? but funny laa.

ipes2 Publish time 18-10-2022 11:06 PM

ha ha ini semua mitos negara omputeh
Pages: [1]
View full version: Berhenti amal petua kencing pada sengatan obor-obor


ADVERTISEMENT