sfhzuraz Publish time 1-9-2022 06:33 PM

Abdul Malik dilantik Ketua Polis Daerah Nilai

Abdul Malik dilantik Ketua Polis Daerah Nilai

oleh NORAFIDAH ASSAN 01 September 2022 04:15pm





https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2022/09/01/1895579.jpg
Mohd Fazley (kiri) ketika majlis terima tugas kepada Abdul Malik (kanan) disaksikan Ruslan (tengah).



NILAI - Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (KBSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Selangor, Superintendan Abdul Malik Hasim dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Nilai, Negeri Sembilan, yang baharu berkuat kuasa pada Khamis.
Pelantikan beliau bagi menggantikan Asisten Komisioner Mohd Fazley Ab Rahman yang bertukar ke Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sebagai Ketua Penolong Pengarah Pendakwaan dan Undang-Undang (D5).
Majlis serah terima tugas itu berlangsung di IPD Nilai disaksikan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ruslan Khalid.
Ruslan berkata, Mohd Fazley menjawat jawatan sebagai Ketua Polis daerah Nilai selama satu tahun sembilan bulan dan telah banyak menyumbang bakti malah menabur jasa kepada pasukan khususnya di Kontinjen Negeri Sembilan.
"Saya percaya beliau sentiasa bersedia berkhidmat menabur bakti kepada masyarakat dan pasukan walau di mana saja berada khususnya di Jabatan Siasatan Jenayah nanti," katanya ketika berucap pada Majlis serah terima tugas itu berlangsung di IPD Nilai pada Rabu.
Pada majlis sama turut berlansung serah terima tugas jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) IPD Nilai di antara Siti Rozaida Aripin dengan Wan Norulain Wan Hamid.
Dalam pada itu, beliau berkata, dengan kepercayaan dan amanah yang telah diberikan oleh pucuk pimpinan, percaya Ketua Polis daerah Nilai yang baharu, Abdul Malik mampu mengorak langkah dalam melaksanakan tugas ini dengan penuh dedikasi.
"Berdasarkan pengalaman yang dimiliki, saya yakin beliau bersedia meneruskan legasi kecemerlangan yang dicipta oleh kepimpinan terdahulu untuk melakar sejarah gemilang pada masa hadapan.



"Saya menyeru kepada seluruh warga IPD Nilai memberikan kerjasama sepenuhnya kepada beliau nanti termasuk Wan Norulain," katanya.
Sebagai rekod, Abdul Malik adalah anak kelahiran Semporna, Sabah memulakan kerjayanya sebagai konstabel pada 18 tahun lepas iaitu sejak 2003.
Abdul Malik seterusnya dilantik sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (KBSJ) IPD Klang Selatan, Selangor pada 21 Julai tahun lepas sebelum dilantik ke jawatan sekarang.

PDRM

Pages: [1]
View full version: Abdul Malik dilantik Ketua Polis Daerah Nilai


ADVERTISEMENT