mattzzx Publish time 1-9-2022 01:28 PM

Izzah raih dua emas di Thailand

https://assets.bharian.com.my/images/articles/izah_1661932722.jpg
Nurul Izzah (kiri) ketika berada di pentas podium Piala Asia di Thailand, baru-baru ini. - Foto Instagram Nurul Izzah

KUALA LUMPUR: Kejayaan meraih dua pingat emas dan satu perak pada saingan Piala Asia 2022 di Thailand baru-baru ini bakal menjadi tonik tambahan buat pelumba basikal muda, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mengungguli Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022 dari 16 hingga 24 September ini.

Pada saingan di Suphan Buri yang melabuhkan tirainya Isnin lalu, Nurul Izzah berjaya meraih emas dalam acara keirin wanita yang turut menyaksikan rakan seperjuangan, Anis Amira Rosidi menamatkan saingan dengan gangsa.

Atlet berusia 19 tahun dari Kedah itu turut membantu skuad pecut berpasukan wanita yang disertai Anis dan Nurul Aliana Syafika Azizan memenangi emas.

Dalam pada itu, perak diraih Nurul Izzah dalam acara ujian masa yang menyaksikan pelumba Hong Kong, Yeung Cho Yiu memenangi emas manakala gangsa dibawa pulang wakil Indonesia, Wiji Lestari.


"Untuk kejohanan ini, saya sangat berbangga dan bersyukur kerana dapat menamatkan saingan dengan meraih dua emas dan satu perak selain satu emas dalam acara keirin dan perak (pecut) bersempena sambutan ulang tahun ke-62 Persatuan Berbasikal Thailand.

"Satu perlumbaan yang mencabar dari segi mental dan fizikal kerana cuaca di sini agak panas. Saya perlu menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca sebegini.

"Apapun, Alhamdulillah saya mampu mengatasinya. Terima kasih kepada jurulatih yang sentiasa memberikan sokongan serta pelajaran baharu di isni. Saya akan melakukan yang terbaik di SUKMA nanti," kata Nurul Izzah dalam akaun Instagram.
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2022/08/995121/izzah-raih-dua-emas-di-thailand
Pages: [1]
View full version: Izzah raih dua emas di Thailand


ADVERTISEMENT