Hayla25 Publish time 1-9-2022 01:28 PM

Surirumah Bekerja Semula (help)

Salam/hai semua.
Saya try cari kat search tapi tak jumpa. Saya nak tanya pendapat semua. Situasinya, saya merupakan seorang surirumah yang mempunyai pengalaman bekerja selama 3 tahun. Semasa saya mengandung anak pertama, disebabkan masalah ekonomi, ramai pekerja tidak disambung kontrak dan salah seorangnya ialah saya. Sehingga ke hari ini, sudah 6 tahun saya tidak bekerja. Saya telah mencari kerja sepanjang tahun2 ini tetapi tak dapat. Antara sebab saya sukar mendapat pekerjaan ialah kerana sebelum ni saya kerap berpindah randah berikutan tugas kerja suami. Selain daripada itu, saya mempunyai anak seramai 2 orang. HR merasakan anak saya masih kecil dan nanti saya akan kerap cuti dan mereka hendakkan pekerja yang kurang komitmen macam ni.

Tahun 2022 ni, dengan keadaan harga barang dan lain-lain yg semakin meningkat, saya merasakan yang saya sangat perlu bekerja. Saya pun dah cuba mohon kerja sedari dulu lagi tapi tak pernah ada yang panggil. Saya rasa mungkin disebabkan oleh faktor pengalaman kerja saya yg sedikit dan terlalu lama tu. Walaupun saya mohon kerja kerani, saya tetap tidak dipanggil.

Mesti ada yg tanya kenapa tak kerja promoter ke cashier ke kan? Saya bukan taknak, tapi suami saya boleh kata banyak berada di tempat kerja (ada shift & oncall). Kalau saya kerja yg ada shift, anak2 akan kurang jumpa kedua2 parents nya. Jadi sebab tu saya banyak mencari kerja yang office hour macam kerani dan lain2. Saya pun tak boleh nak apply kerja yg gaji terlalu rendah sebab hantar anak2 ke pengasuh saja memerlukan kos yg banyak.

Sehingga ke hari ini juga, saya telah menjalankan perniagaan dari rumah iaitu home-bakery. Cuma itulah, sejak harga barang semua naik, dan saya juga terpaksa menaikkan harga makanan, pelanggan pun dah sangat2 kurang membeli. Dulu tak perlu promote pun orang akan tempah. Sekarang, dah promote pun masih sangat2 kurang pembeli. Selalu saya boleh juga belikan barang dapur sebulan utk mak ayah dan adik2 tapi sekarang dapat hulur duit je tapi tu pun takat rm50.

Persoalan saya, apa saya boleh buat untuk memberi impak lebih ke resume saya ya? Saya telah terfikir utk belajar bahasa mandarin supaya saya ada kelainan berbanding calon lain. Selain daripada ini, apa lagi yang boleh saya buat? Kot2 kalian semua ada pengalaman macam situasi saya ni.


lattehazelnut Publish time 2-9-2022 12:13 PM

Kalau nak tambah sikit2, maybe try jd cikgu tadika ke.. kje half day dan sambil2 boleh tgk anak kalau tempat sama..
Tp kalau nak kje office and pengalaman bekerja, carik je la bidang u.. n cakap yes sir je soalan2 hr menyakitkan hati..
n soalan tentang gap year, cakap u buat part time bakery and freelance apa2.. bukan duduk rumah semata.. now u ready to join work force..

Purplehaz Publish time 2-9-2022 12:45 PM

Edited by Purplehaz at 2-9-2022 02:25 PM

Dah daftar nama kat myFuturejobs.gov.my ?
bagus byk offer kerja, juga majikan yg akan cari kita. Karnival kerja dll..byk.

Purplehaz Publish time 2-9-2022 12:50 PM

Mase kena terminate kerja kontrak tu , ada tak daftar name kat Perkeso (eis portal). Sbb macam2 benifit ada, pegawai yg akan tolong kita cari kerja dan ada thousand kursus/skill kalau kita nak..ada allowance lagi.
pampasan insurance pekerja Perkeso (eis), byr about 20k selagi kita x bekerja (ada kiraannya).

Purplehaz Publish time 2-9-2022 12:53 PM

Cth, mcm u pandai bakery..tp u tak tau nak kembangkan mcmane..or u nak belajar skill yg lagi advance, semua tu Perkeso akan bantu. Kursus pendek pun ada. Cara nak online product u, semua tu free jer..ada dpt byrn lg.
Cubalah.
Pages: [1]
View full version: Surirumah Bekerja Semula (help)


ADVERTISEMENT