lizsha Publish time 31-8-2022 10:12 AM

Update #41 Baru pindah perumahan baru tapi jiran dah start berpuak

Edited by lizsha at 8-4-2023 01:11 AM

Salam semua. Aku nak cerita masalah aku, semoga ada yang sudi bagi pendapat bernas dan yang penting jangalah kecam aku ye. :sweat3:

First meh aku ceritakan dulu ciri-ciri aku. Aku seorang yang nak kata peramah takdela peramah sangat. Kadang- kadang kalau orang tak tegur aku dulu aku jarang nak tegur sebab aku tak reti nak start macam mana.aku juga perasan sejak aku start wfh daripada tahun 2020 until now aku dah mcm start develop perangai introvert aku.. dulu aku perasan aku takdela seintrovert macam sekarang aku okay je kenal orang baru dan berborak kan. Tapi sekarang macam aku jadi rimas tempat ramai orang berkumpul or nak start beramah mesra dengan orang lain.

So ni baru aku nak cerita masalah aku. Sorry panjang intro and bercampur-campur pulak. Aku baru berpindah dekat satu perumahan baru ni. Kawasan ni 100% orang melayu je. Rumah aku siap awal tahun dan dpt kunci bulan january haritu. Few jiran dah masuk dari awal dapat kunci lagi means january dah ramai start masuk. Tapi aku delay pindah sebab aku setelkan beberapa perkara untuk rumah aku. Plus aku dah ada rumah lain sebelum ni so aku setelkan dulu hal rumah lama sekali. Sebelum ada yang bertanya kenapa aku pindah. Sebelum ni aku tinggal condo so bila anak dah start membesar aku rasa perlu duduk landed. Senang untuk mereka bermain and explore kat luar. Tapi aku suka sgt rumah lama aku dan jiran2 kat sana baik2.

Nak dijadikan cerita, Aku baru je pindah dua bulan yang lalu. Area lorong rumah aku ni dlm 50% dah start orang duduk. Sepanjang aku tinggal kat sini aku perhati beberapa jiran lorong aku yang dah masuk awal2 dulu dah kamceng dan siap buat satu whatsapp group untuk diorang lagi. Geng kamceng diorang ni dlm 8 buah rumah.Kira tiap2 minggu ada je aktiviti diorang macam main badminton ke, makan2, masak2 bersama bbq bersama, pergi spa bersama dan banyak lagilah. Tapi semua aktiviti tu xpernah ajak aku dan suami. Diorang pun suka melepak geng2 diorang je kat luar rumah and adalah port rumah mana2 dalam geng diorang yang diorang rotate untuk buat port berbual or melepak. Geng suami akan keluar melepak bersama dan geng wife melepak sama2 wife berborak dalam rumah. Aku and suami tak kisah sangat sebab kami memang jenis tak suka bersembang petang2 ke malam ke hari2 sebab kami pun busy dengan life sendiri. Office hour memang aku berkurung je dalam rumah sebab buat kerja n siapkan anak2 nak pergi sekolah. Kemas rumah dan masak lagi. Kadang2 kami satu family byk keluar bersama buat aktiviti. If weekend or public holiday pulak banyak pergi bercuti or jumpa kaum keluarga kami. Sebab adik beradik kami suami isteri kebanyakkan tinggal satu negeri dengan kami.

Tapi aku kecik hati la jugak. Bila banyak kali terjadi dorang buat makan2 ke event ke, aku & family lalu tepi rumah diorang buat tak tahuuntuk ajak join sekali pun. Bayangkanlah ada jiran sebelah rumah aku ni buat birthday party anak dia. Dia buat kecik2 je tapi panggil jiran kamceng dia tu yg seramai 7 buah rumah lagi. Jiran2 lain lorong tu termasuk aku dia tak panggil. Aku lalu depan rumah dia masa tu sebab nak pergi rumah kawan aku selang satu lorong diorang buat xnampak je. Kecik hati aku. Padahal aku ni sebelah rumah je. Aku pun tak tahu kenapa dorang pinggirkan kami. Memangla satu lorong tu ada dlm 60 buah rumah dan tak semua masuk lagi. Tapi atleast aku dah menetap kat sini dua bulan kot. Aku pun tak paham semangat kejiranan diorang tu macam mana pilih2 je ke nak kawan dengan jiran mana. Masalahnya diorang pun baru je kenal dari awal tahun rapat pun sebab diorang masuk sama2. Masa salah sorang geng dia buat open house haritu aku pergi je n bersembang je dengan bini2 tu walaupun ada yang muka cam kekwat. ;P

Lagi satu anak2 aku berkawan dengan anak2 diorang tau. So bila geng 8 rumah tue berkumpul kdg2 anak2 dia dtg ajak anak2 aku main. Pastu dorang tanya kenapa family kami xjoin. Pastu mula lah anak aku akan tanya balik kat aku. Kenapa mommy xpergi rumah kawan mommy yg buat mkn tu. Mcm2 la kadang aku terkedu nak jawab.

So kwn2 dalam forum boleh tak bagi pendapat bernas untuk aku. Aku takdelah berharap dapat join diorang sangat pun. Sebab aku pun bukan jenis bersosial sangat. Cuma aku jadi xselesa bila diorang berpuak2. Kadang bila dorang berkumpul dan aku lalu dengan kereta or aku jalan kaki untuk pergi rumah kawan aku ke, aku tak tahu kena buat reaksi muka macamana, kalau senyum takut takde yang tengok or senyum kat aku. Nak stop berhenti untuk tegur takut cam awkward dan krik2 disitu or menganggu diorang berbual. kadang2 serabut gak aku dengan keadaan berjiran yang macamani. Paham tak rasa macam terpinggir dan dipulau :'(:(

Naatasha Publish time 31-8-2022 01:24 PM

Edited by Naatasha at 31-8-2022 01:31 PM

Assalamualaikum

Ingat kan masa sekolah je ada masalah kawan berpuak2 camni :lol: pada i masalah ni besar juga, sbb buat kita tak selesa. Tapi kalau i, i prefer untuk abaikan je masalah ni sbb kalau tak berkawan dgn dorang pun tak menjejaskan apa2. Let say kalau berkawan or masuk group dorang, bayaran rumah setiap bulan turun 50%, then i akan cuba berbaik untuk join dorang. Tapi kalau bayaran rumah tetap sama setiap bulan, baik enjoy je life dgn suami & anak2.;P

Hari lain masa dorang berkumpul u spend time lah dgn husband dan anak2. Kadang2 orang yg nampak berkawan baik ni, belum tentu baik sebenarnya. Entah2 masing2 tak puas hati sesama sendiri. Buat hal sendiri sudah. Jumpa senyum. Itu je.

Dan kalau anak tanya kenapa tak join, terangkan lah apa yang betul. Koserr nak pikir jawapan lain. Hidup ni straight forward je, org jemput kita pegi. Org tak jemput kita enjoy la life dekat rumah. Org berpuak? Lantak dorang lah, u hidup bukan dgn duit dorang.

Kalau ada rasa nk berbaik dgn jiran, bila masak hantar la kat rumah sebelah2.

lattehazelnut Publish time 31-8-2022 05:05 PM

Kau la start dulu.. buat open house sambut bday ke apa..

Nnoor2 Publish time 31-8-2022 05:32 PM

Aku punya perangai x suka berkumpul2 dgn jiran...apatah lagi nk bergeng2 dan bergroup2 sampai ke wasap...kalau jenis aku..lantak la hangpa...aku lagi suka sendiri tapi jenis aku x dela menyombong...aku jenis suka bg Salamdan senyum tapi aku x suka berlepak2 dan bergeng2 dan aku jenis malas nk terasa2 sb aku lagi suka aku x dijemput masuk dlm geng2 mcm tu...tu mesti kalau bergroup atau melepak akan kekuar 1001 gosip mengumpat..tu yg aku x berkenan...

ezacbee Publish time 31-8-2022 06:39 PM

Edited by ezacbee at 31-8-2022 06:41 PM

Aku jenis introvert sgt. Orang tegur baru aku layan. Nak tunggu aku mulakan memang tak laa.. Umah aku memang selalu lambat dapat jemputan klo jiran ada buat majlis atau jamuan. Cam umah aku xwujud tp aku selesa. Jiran2 aku ni memang baik tapi cuma 1 je jenis suka cakap belakang. Baik aku jauhkan diri xrasa pun dipulaukan ke apa buat hal sendiri senang. Kalau ada apa2 nak pinjam barang ke reti cari umah aku gak.

{:smileo

Lagubestbest Publish time 31-8-2022 06:41 PM

Edited by Lagubestbest at 31-8-2022 06:44 PM

Baikla pergi balik masjid perumahan tu cik puan oi. Mmgla on surface nampak meriah tapi kau kutuk aku aku kutuk kau je semua tu. Kalau you introvert bagitau semua orang you introvert tak reti nak sembang sangat. Yang penting jgn sombong berat tulang sangat, kalau jiran perlu pertolongan pergi bantu, kalau kamu pula perlu pertolongan pergi minta tanpa perlu segan silu. N.. jangan jatuh miskin yang tu paling utama dalam masyarakat sekarang ni.

zasrfikri Publish time 31-8-2022 06:55 PM

ezacbee replied at 31-8-2022 06:39 PM
Aku jenis introvert sgt. Orang tegur baru aku layan. Nak tunggu aku mulakan memang tak laa.. Umah ak ...

same here. better avoid awal awal jiran camtu sebabawal awal dorg dah show sikap toksik memasing. anggap dorg tak wujud pun takpe sebab tak beri faedah apa pun. kalau anak tanya, cakap je takde jemputan. tak yah cover cover. geng2x jiran camnie jenis hauk dan toksik. nanti takut bila dah kenal, banyak pula masalah lain datang pula. ni juga reason nape ramai org duk bandar suka wat hal memasing sebab nak elak jiran toksik cmnie la. selalu geng cmnie lambat laun akan gaduh gak nanti. tgk la nanti.

penmerah Publish time 31-8-2022 07:01 PM

Ntah le
Kalo Aku syukur nikmat takde berpuak2 ni
Entah2 nanti gado kecik hati or ngumpat ke Kan susah

Aku dah dok bertahun2 kat Kawasan kejiranan
Haram Aku tak kenal Nama mahupun Rupa, apatah lagi berbual2 jiran Kiri Kanan depan
blakang

Ok je kehidupan Aku
Aman damai

sardintin Publish time 31-8-2022 07:01 PM

area u ada surau? may be u & husband kene pergi selalu sbb biasanya klu g surau senang kamcing especially utk org lelaki la. sbb lelaki sllnya x ambik pusing sgt hal2 remeh. so situ bole kenal2 ngn jiran2 tu.

u pon ckp ada lg rumah2 blm masuk org kan? so may be org2 br yg akan jd kawan u kt situ. don wori.
klu ada org br masuk umah, cpt2 terjah utk kenal sblm geng2 wasap tu rebut ngn u ;P...

musangbodoh Publish time 31-8-2022 10:28 PM

bang buat doa selamat masuk rumah....jemput org surau/masjid....
kalo bleh g surau selalu.....tunjuk muka buat baik dgn imam/bilal{:thumbo

ninnakarinna Publish time 31-8-2022 10:30 PM

Kalau ikut resam..yg kemudian kena bg salam dulu.. Means kita yg baru kena rendah diri mulakan silaturahim tu.. Tp i boleh bayang tt ni introvert.. Aku pun sama.. Mesti susah nak initiate hubungan tu.. Tt ckp nak senyum x senyum pun serba salah.. Mmg tt introvert sungguh ni.. I introvert jgk tp paksa diri fake ramah2 dgn orang bila perlu. Bila dah selesai fake tu rasa letih sgt. Org introvert mmg mcm tu bila ramai2, environment akan sedut energy dia.. Introvert perlu charge energy bila dia bersendirian.sorry panjang pulak explain psl introvert ni.

Anyway.. Tips i nak mulakan hubungan dgn sapa2 pun x kisah la family, in laws, colleagues atau jiran.. Melalui makanan.. Tt standby la apa2 makanan yg senang nak bg jiran2.. Mcm sponge cake ke.. Cookies ke.. Atau kalau tt rajin, beli brg2 standby buat puding atau cocktail ke..kuih simple2.. Bila tt nampak je drg tgh kumpul2 tu, tt dtg bawa la makanan tu.. Just manis muka dan hantar je.. Chit chat lebih kurang.. Tengok masa tu.. Ada x diorang ajak tt stay and join.. Kalau x ajak, tt minta diri dan balik..i lg suka mcm ni.. Sbb nti awkward nak borak apa.. Masa nak balik tu ckp la ada hal ke apa ke..

Tt buat skali, kalau drg x ajak, xpe.. Next, tt hantar lg makanan... Tgok diorang ajak tak... Kalau dah 3-4 kali tt buat mcm tu drg still takde walau ajak2 ayam pun... Maknanya thry are not worth la nak baik2.. So, lps2 tu ikut tt lah nak bg lg makanan... Tak salah kan.. Cuma pastikan kita bg mknan tu ikhlas la... Bukan nak harap anything in return..

lizsha Publish time 31-8-2022 10:36 PM

Naatasha replied at 31-8-2022 01:24 PM
Assalamualaikum

Ingat kan masa sekolah je ada masalah kawan berpuak2 camnipada i masalah ni...

Waalaikumussalam wbt

Aku pun sebenarnya suka buat hal sendiri dengan family aku je. Kalau tiba2 nk rotate buat majlis makan2 ikut geng whastapp tu buat aku pun rasa lama2 aku akan annoy. Yela penat weh kalau tiap minggu program dengan jiran geng yang sama je. Tak cukup pulak masa aktiviti weekend kena berkumpul hari biasa pulak. Aku rasa kalau asyik berkumpul akan bertambah aktiviti baru iaitu mengumpat hal orang lain pulak.

Laki aku pun sekarang aku tengok dah start xjoin sgt if nampak geng laki whatsapp tu bersidai kat luar. Maybe dia pun malas nk layan perangai berpuak2 dorang tu.

Untuk anak aku jela aku kena bg dorang paham kalau nampak ramai2 kat rumah jiran depan ke sebelahke tak payah la nak pergi or tanya kenapa mommy daddy tak pergi sana. Nanti aku akan bagitau je dia kalau kawan tanya kenapa mommy daddy awak takde kat rumah geng ber8 tu aku akan cakap je kat anak aku bagitau je mommy takde dapat undangan kat sana takkan mommy nak datang tak elok datang rumah orang and orang tak undang :shutup:;P

lizsha Publish time 31-8-2022 10:38 PM

lattehazelnut replied at 31-8-2022 05:05 PM
Kau la start dulu.. buat open house sambut bday ke apa..

Aku masih fasa tak larat lagi. Birthday anak2 pun dah lepas. Maybe next yearla aku buat makan2 tapi masa tu maybe ukhuwah diorang makin utuh dan aku makin menjauh :sweat3:

lizsha Publish time 31-8-2022 10:41 PM

Nnoor2 replied at 31-8-2022 05:32 PM
Aku punya perangai x suka berkumpul2 dgn jiran...apatah lagi nk bergeng2 dan bergroup2 sampai ke was ...

Betul samalah dengan aku. Memang kalau ada masa terluang pun aku sibuk buat hal sendiri dalam rumah. Lipat baju ke, basuh pinggan ke tengok netflix ke. Memang banyakla aktiviti kat rumah ni. Sampai aku rasa takde masa sangat aku nk bersosial kat luar. Tambah rasa lagi bahagia dalam rumah sendiri. Yang aku perasan bila dorang start berkumpul memang akan adalah episod membawang. Haritu aku nampak dorang berkumpul kat salah satu rumah geng dorang sambil bercakap tangan tunjuk2 kat rumah2 jiran tak pastilah dorang cakap apa :lol:

lizsha Publish time 31-8-2022 10:43 PM

ezacbee replied at 31-8-2022 06:39 PM
Aku jenis introvert sgt. Orang tegur baru aku layan. Nak tunggu aku mulakan memang tak laa.. Umah ak ...

Hmm tak best jugak jenis cakap belakang. Macam aku kat sini belum kenal lagi hati budi jiran2 tapi tuela dorang dah start buat geng pulak. Tak best je rasa. Kadang memang xselesa bila time dornag berkumpul dan tiba2 terpaksa lalu depan rumah dia rasa awkward disitu ;P

lizsha Publish time 31-8-2022 10:45 PM

Lagubestbest replied at 31-8-2022 06:41 PM
Baikla pergi balik masjid perumahan tu cik puan oi. Mmgla on surface nampak meriah tapi kau kutuk ak ...

Suami aku banyak g surau area rumah. Aku biasa perempuan banyak kat rumah dengan anak2 :loveliness:
Aku kalau berjumpa kat majlis jiran2 lain memang aku tegur je and tolong mana patut. Cuma ada yang masa berkumpul jiran ramai2 satu lorong tu aku ada la try bertegur n berborak dengan wife dalam geng 8 orang tu kan boleh katakan dorang macam sombong nak cakap dengan sama dia je:mad:

lizsha Publish time 31-8-2022 10:48 PM

zasrfikri replied at 31-8-2022 06:55 PM
same here. better avoid awal awal jiran camtu sebabawal awal dorg dah show sikap toksik memasing ...

Aku suspek pun diorang tak lama camtu yela main hari2 berkumpul and buat aktiviti sama2 mesti akan ade je perselisihan ke salah paham ke sebab ramai kan. Aku lagi suka if kejiranan yang takde konsep berpuak gini layan je sama rata. If ada majlis sama tolong and saling menjemput. Malangnya kat sini dah jadi berpuak pulak terus rasa tak best.:(

lizsha Publish time 31-8-2022 10:50 PM

penmerah replied at 31-8-2022 07:01 PM
Ntah le
Kalo Aku syukur nikmat takde berpuak2 ni
Entah2 nanti gado kecik hati or ngumpat ke Kan susa ...

Alhamdulillah. Masa aku kat rumah lama pun aku bahagia sangat sebab jiran2 buat hal sendiri tapi ada apa2 kesusahan ke or apa2 nak minta tolong senang je nak tolong. Kat sini aku tak pastila. Cuma aku bernasib baik sebab keluarga aku dekat dengan aku. So memang if ada pape aku harapkan keluarga aku je tak mengharap pada jiran2 sini

lizsha Publish time 31-8-2022 10:54 PM

sardintin replied at 31-8-2022 07:01 PM
area u ada surau? may be u & husband kene pergi selalu sbb biasanya klu g surau senang kamcing espec ...

Suami kalau hari dia tak masuk opis memang dia pergi surau je. Cuma tuela kat surau yang ramai sekarang ni pakcik2 yang pencen dah baru pindah area umah kami. If baya2 kami tu maybe waktu weekend ramai. Tapi bagus jugak boleh tanya and belajar banyak benda dengan pakcik2 tu kan

lizsha Publish time 31-8-2022 10:56 PM

musangbodoh replied at 31-8-2022 10:28 PM
bang buat doa selamat masuk rumah....jemput org surau/masjid....
kalo bleh g surau selalu.....tunjuk ...

Ni akak ni bukan bang ;P… belum sempat lagi buat majlis kat rumah ni. Plan nak buat tahun depan panggil jiran2 and orang surau sekali. Haritu buat solat hajat keluarga je. :)
Pages: [1] 2 3
View full version: Update #41 Baru pindah perumahan baru tapi jiran dah start berpuak


ADVERTISEMENT