Raline Publish time 29-8-2022 10:26 PM

Paparan makan makanan bekas kunyahan teman lelaki buatkan netizen geli

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/08/kunyah-makanan-1536x977.jpeg
TANGKAP layar memaparkan senario seorang gadis makan makanan bekas kunyahan teman lelakinya. – Instagram

Paparan makan makanan bekas kunyahan teman lelaki buatkan netizen geli

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita hanya ingin makan makanan yang terlebih dahulu dikunyah oleh teman lelakinya sebagai bukti cinta mereka, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @video_medsos.

Rakaman menunjukkan sepasang kekasih duduk bersebelahan dengan makanan dihidangkan di hadapan mereka.

Lelaki itu meniup makanan itu perlahan-lahan sebelum cuba menyuapnya ke mulut teman wanitanya tetapi ditolak.

Dia kemudian mengunyah makanan itu lalu memuntahkannya kembali. Setelah itu, dia menyuapnya ke mulut teman wanitanya.

Aksi itu membuatkan netizen beranggapan ia menjijikkan dan mendapat perhatian di ruangan komen.

“Mungkin gadis itu tiada gigi, semua giginya luruh,” kata seorang netizen.

“Nak muntah bila tengok,” komen netizen lain. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/08/29/paparan-makan-makanan-bekas-kunyahan-teman-lelaki-buatkan-netizen-geli/

belacan_gurl Publish time 1-9-2022 08:57 AM

Wehhh aku ada tertengok video nih. Gila nk muntah aku hahahahahha...dgn muka laki yg berminyak gigi kuning...adoiii hilang selera

Supersirap Publish time 5-9-2022 01:12 PM

Jijik dan tiada kesedaran kesihatan kendiri
Pages: [1]
View full version: Paparan makan makanan bekas kunyahan teman lelaki buatkan netizen geli


ADVERTISEMENT