Raline Publish time 29-8-2022 04:48 PM

Latar Belakang Kereta Api Tanah Melayu

Latar Belakang Kereta Api Tanah Melayu


Kereta Api Tanah Melayu Berhad (Malayan Railway; singkatan: KTMB) merupakan pengendali kereta api utama di Semenanjung Malaysia. Dahulunya ia dikenali sebagai sebuah agensi di bawah Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu, ia kini dikenali sebagai KTMB berikutan kesan kempen pengkorporatan yang diterajui kerajaan pada tahun 1992. Namun, KTM masih dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan. Sejarah system gerabaknya bermula sewaktu zaman penjajahan British apabila laluan kereta api asalnya dibina untuk mengangkut timah.

Namun, sejarah penting bagi perkhidmatan kereta api di Tanah Melayu bermula apabila laluan pertama dibuka iaitu dari Taiping ke Port Weld (kini Kuala Sepetang) pada 1 Jun 1885 di Perak. Kerajaan British telah menggabungkan kesemua perkhidmatan kereta api di setiap negeri dan menamakannya Kereta Api Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (KNMB) pada tahun 1901. Menjelang tahun 1941, KNMB telah memainkan peranan penting dalam pembangunan perkhidmatan kereta api Negara iaitu satu sistem jalan kereta api yang lengkap dibina di Tanah Melayu dan namanya telah ditukar kepada Kereta Api Tanah Melayu (KTM) pada tahun 1948. Pada 31 Julai 1957, kereta api yang digunakan telah dinaik taraf daripada lokomotif wap kepada lokomotif diesel elektrik yang mula beroperasi.

Nama Kereta Api Tanah Melayu telah ditukarkan semula kepada Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada 1 Ogos 1992, susulan keputusan Kerajaan menjadikan Kereta Api Tanah Melayu Berhad sebagai syarikat korporat. Langkah penambahbaikan infrastruktur juga terus dilaksanakan dengan peningkatan landasan tunggal kepada landasan berkembar elektrik bagi laluan Batu Caves ke Pelabuhan Klang dan Seremban ke Ipoh. Selain itu, projek landasan berkembar bagi laluan Seremban ke Gemas dan laluan Ipoh ke Padang Besar masih dalam pembinaan.

Pada 3 Ogos 1995, Unit Elektrik Berganda (EMU) pertama untuk perkhidmatan Tren Komuter telah memulakan perkhidmatannya. Dari Tren Komuter kelas 81, kelas 82, kelas 83 dan terbaru Tren Komuter enam koc.

Pada 19 Disember 2009, Kereta Api Tanah Melayu Berhad mencatat satu lagi sejarah apabila Set Tren Elektrik (ETS) yang boleh mencapai kelajuan maksimum 160 kilometer per jam, diterima dan mula beroperasi pada Jun 2010. Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan terus mengorak langkah dalam melaksanakan pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan yang akan meningkatkan ekonomi Malaysia.

https://1.bp.blogspot.com/-BA7p9JueA_M/XWU1jh3a-WI/AAAAAAAAHDI/3Pyy_KsG2LwLhLeziL7KKVVyO4orhUKOwCLcBGAs/s320/sejarah%2B1.png
Stesen Kuala Lumpur (Poskad bertarikh 1985) dengan dua platform.

https://1.bp.blogspot.com/-Wpq4Ewgh0SI/XWU17AcgQEI/AAAAAAAAHDQ/nzIG0ivkHz8A6UB8Xpi_L25uOzLvV9YeACLcBGAs/s320/sejarah%2B2.png
"The Railway Gazette", 11 November 1929. Gambar di dalam Stesen Kuala Lumpur dengan tajuk "Typical scene on No.4 platform, Kuala Lumpur Station, Federated Malay States Railway"

https://1.bp.blogspot.com/-w_OIBXMLsKU/XWU2SINJH4I/AAAAAAAAHDY/EiuyY_WeGugxblmwK98BHtxxRMQ9VunlwCLcBGAs/s320/sejarah%2B3.png
Bangunan Ibu Pejabat keretapi Kuala Lumpur awal 1920an


https://1.bp.blogspot.com/-ZAimFpjRLxs/XWU2g8Yg78I/AAAAAAAAHDc/VvcjlEhfCwI2lP8_8WvsTEkKCC8b7SygQCLcBGAs/s320/sejarah%2B4.png
Bangunan Ibu Pejabat keretapi Kuala Lumpur awal 1960an (kiri)

Sumber:https://sejarahktmkl.blogspot.com/2019/09/latar-belakang-kereta-api-tanah-melayu.html

epullipan Publish time 5-9-2022 11:59 AM

kalau boleh huraikan tentang laluan laluan yang telah ditutup skali..macam pulau sebang melaka, seremban port dickson etc.
Pages: [1]
View full version: Latar Belakang Kereta Api Tanah Melayu


ADVERTISEMENT