Mulotkoyak Publish time 26-8-2022 11:02 AM

Hentikan penggunaan ‘The Movie’ dalam filem.

Jika anda kaki wayang dan mengambil tahu tentang perfileman Malaysia mesti anda akan perasan yang kebanyakkan filem Malaysia mesti meletakkan hujung tajuk filem mereka dengan perkataan ‘….The Movie’. Ini sangat membosankan penonton dan tiada idea bernas serta kreatif dalam memberikan tajuk yang sesuai bagi naskah mereka.

Apakah mereka ini kekeringan idea sehinggakan baru-baru ini penulis ternampak suatu komen dari seorang peminat filem tempatan yang menyuarakan pandangan mereka tentang penggunaan … The Movie.

Walaupun tiada salah dalam penggunaan ayat tersebut tetapi bayangkan harapan penerbit dan pengarah ingin membawa filem le antarabangsa tetapi dalam memberi tajuk filem pun hampir kesemua tajuk filem hampir sama. Bagaimana orang antarabangsa mahukan originaliti kita?

Mohonlah semua pengarah dan penerbit memberi idea untu memberi tajuk filem yang kelainan juga. Lagipun bukannya filem-filem ini ada series dalam tv pun.


Cokoro Publish time 26-8-2022 04:27 PM

Setuju. Kreatif la sikit. Bukan zaman 90an dah ni

bedahmenjuyah Publish time 16-10-2022 11:30 PM

Setuju sangat. Dah tayang kat wayang haruslah movie takkan teater plak.
Pages: [1]
View full version: Hentikan penggunaan ‘The Movie’ dalam filem.


ADVERTISEMENT