CARI-MAL Publish time 25-8-2022 04:49 PM

Cari Gambar Kasut Tumit Tinggi Dalam Peta, Itulah Itali!

Pelbagai cara unik dan kreatif digunakan guru dalam usaha memastikan pelajar memahami sesuatu perkara dengan mudah.


Pada masa sama, ia juga mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan di dalam kelas.


Malah, kini terdapat kaedah pembelajaran VAK iaitu visual, auditori dan kinestetik yang menggunakan tiga jenis deria iaitu penglihatan, pendengaran dan pergerakan.


Begitulah yang dialami seorang guru sewaktu mengajar berkaitan sejarah yang mana salah seorang muridnya mempunyai sifat ingin tahu yang menebal.


Menurut Asraf Selajudin di Facebook, muridnya bertanya kedudukan negara Itali di dalam peta.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202208/25/164728f21252do0v1esrb2.jpg



Menurut guru tersebut, dia terus menghulurkan kepada murid berkenaan sekeping kertas yang memaparkan peta benua Eropah tanpa dinyatakan nama negara.


"Aku sebut, Kalau nak tahu kat mana negara Itali, cuba kamu cari gambar kaki perempuan pakai kasut tumit tinggi dalam peta ini.


"Kemudian cari dua ketulan batu paling besar di sebelah kakinya. Bila dah jumpa, bulatkan dengan marker merah ini. Dekat situlah negara Itali," katanya mengimbas kembali bagaimana dia memberi penjelasan kepada murid berkenaan.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202208/25/164730d8llowx8bulga2jb.jpgFB Asraf Selajudin




Dengan wajah yang ceria, murid berkenaan menjelaskan bahawa panduan yang diberikan oleh guru membolehkannya mendapat jawapan dengan mudah.


Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara guru berkenaan mengajar yang turut dilihat membantu meningkatkan daya ingatan dalam kalangan orang dewasa.


Malah, mereka mengagumi murid tersebut kerana memberi tumpuan kepada penerangan gurunya sehingga membolehkannya mendapat jawapan dengan mudah.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202208/25/164722qgc4p2wcz466wtn6.jpg



Dalam pada itu, Cikgu Asraf di ruangan komen menjelaskan bahawa sebagai guru, dia perlu menyampaikan ilmu secara kreatif terutama melibatkan fakta seperti sejarah.


"Kalau ajar macam level PhD (Doktor Falsafah), hilang minat budak tu," katanya.




Sumber: mStar

Beribear Publish time 26-8-2022 02:13 PM

Teringin nak pergi sardinia

whimsicalmusic Publish time 26-8-2022 02:50 PM

Bkn kasut tumit tinggi tp boot la la lg sng

ReginaGeorge Publish time 26-8-2022 04:58 PM

Gigih hakak cari kasut tumit

AznieBunnie Publish time 29-8-2022 10:54 AM

kaki wanita ini ada taji macam ayam.. ;P

apa-apap pun tahniah cikgu. dgn kami-kami pun dah kenal dan boleh cari negara itali dalam peta.

Weller Publish time 29-8-2022 12:24 PM

peta europe nampak la

guna globe huhuhuhu jelah....

budak-budak cari Malaysia pun tak jumpa

Supersirap Publish time 5-9-2022 02:34 PM

Como Lake yang terindah
Pages: [1]
View full version: Cari Gambar Kasut Tumit Tinggi Dalam Peta, Itulah Itali!


ADVERTISEMENT