CARI-MAL Publish time 25-8-2022 04:21 PM

Wanita Buat Tutorial Masak 'Baby Lebah', Tak Beracun Ke?

Kepelbagaian budaya yang wujud di Indonesia menyebabkan negara itu kaya dengan pelbagai hidangan enak, menarik dan pelik.


Menu seperti ayam penyet dan bakso bukan sahaja digemari rakyatnya, malah turut dijual secara meluas di negara jiran seperti Malaysia.


Terbaharu, seorang wanita Indonesia dikenali sebagai Sulastri Mayani tampil berkongsi video tutorial masakan anak lebah sehingga meraih lebih 3.3 juta tontonan di media sosial.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202208/25/161950svcl7jcsrcc7mlhr.jpgTikTok




Dalam video itu, Sulastri menunjukkan cara memotong kepingan sarang lebah kepada bahagian-bahagian kecil sebelum dia mengeluarkan anak-anak lebah ke dalam sebuah bekas.


"Yang hitam-hitam itu matanya. Kita terbalikkan sarangnya, kemudian kita keluarkan anak lebah. Itu lihat anak lebah dah mula jatuh. Yang warna putih masih muda, yang coklat sudah agak tua.


"Teman-teman pernah makan anak lebah ke? Kalau pernah, komen di bawah, biar teman-teman yang lain tahu bagaimana rasanya.


"Rasanya ada manis-manis begitu. Di Lombok ramai yang suka makan anak lebah," ujarnya.


Menjengah ke ruangan komen di akaun TikTok milik Sulastri, video itu bukan sahaja dihujani komen rakyat Indonesia malah turut meraih perhatian orang Malaysia.


"Sangat unik dan kagum melihat kepelbagaian makanan cuma kepada yang tidak makan, seharusnya tidak perlu menghina makanan yang lain dari tempat kita.


"Boleh makan ke anak lebah? Tak ada racun ke?


7133743991455108379


"Wah kali pertama aku tengok. Tak tahu pun ada baby lebah.


"Di Sarawak, orang makan anak lebah tu biasa," tulis beberapa netizen.


Jun lalu, mStar melaporkan kisah tular peniaga bertudung dan berkopiah di Indonesia yang memasak hidangan sate ular.


Awal Ogos lalu, seorang pelanggan di negara itu turut berkongsi video memaparkan seekor tikus yang dipercayai dimasak dalam hidangan ayam penyet.




Sumber: mStar

Gingerly Publish time 25-8-2022 04:32 PM

Bukan ke islam melarang membunuh lebah

shernazz Publish time 25-8-2022 06:45 PM

Iols pernah makan bubur anak lebah jr..
:funk:
Bukan lebah betul2 gini

Zaien Publish time 26-8-2022 10:51 AM

geliiiiiiiiiiiiiiiiiiii

n3ar Publish time 26-8-2022 03:07 PM

haram kan makan benda2 camni....

macam ulat mulong la haram dimakan.... tapi ramai masih makan sebab makanan tradisi sarawak

Supersirap Publish time 5-9-2022 02:35 PM

Baru tahu baby lebah boleh makan oleh manusia

dua_chzy Publish time 6-9-2022 08:07 AM

Where got beracun.

Sedangkan madu lebah, royal jelly segala pun ko makan.

SedihPedih Publish time 6-9-2022 08:37 AM

mmg dh xde makanan ke ni? adeh...

botol_tritan Publish time 6-9-2022 09:02 PM

I pernah tgk ayah i masak/gaul anak kerengga+telur kerengga. Tapi tu untuk buat umpan mancing. Alang2 nak buang sarang kerengga kat pokok mangga tu, ayah i buat sekali umpan utk dia mancing.

tenggilingpink Publish time 23-10-2022 04:24 AM

erkkkk.
kembang tekak den..

felinecat Publish time 25-10-2022 08:53 PM

Memang la xberacun, tp haram memakannya
Lebah dh le pollinator, kalau ramai makan, habis lah pupus

alaa Publish time 10-11-2022 11:21 AM

cara masakan pun kurang memberangsangkan
Pages: [1]
View full version: Wanita Buat Tutorial Masak 'Baby Lebah', Tak Beracun Ke?


ADVERTISEMENT