sfhzuraz Publish time 24-8-2022 10:02 AM

KD Lekiu sertai empat eksesais

KD Lekiu sertai empat eksesais

Noor Hidayah Tanzizi
am@hmetro.com.my



https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Tldm2408_1661305890.jpg
KD Lekiu. FOTO NSTP



Lumut: Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Kapal Diraja (KD) Lekiu melaksanakan misi pelayaran Regional Partnership Exercise 2022 bagi menyertai empat siri eksesais bermula semalam hingga 17 November depan.
TLDM berkata, eksesais itu membabitkan Eks Malindo Jaya 26/22, Eks Kakadu 2022, Eks Kerismas 2022 dan Eks Malapura 30/22 yang dilaksanakan di perairan Laut China Selatan, Indonesia, Australia dan Singapura.
Menurutnya, KD Lekiu yang memulakan pelayaran dari Tambatan Pangkalan Lumut (TPL) dengan diketuai Pegawai Memerintah Kepten Mohd Reduan Ayob itu dijadualkan kembali ke TPL pada 17 November depan.
"Pembabitan KD Lekiu dalam empat siri eksesais secara berterusan semasa pelayaran Regional Partnership Exercise 2022 ini membuktikan ketersediaan dan kebolehoperasian aset pertahanan maritim negara serta profesionalisme warga di tahap yang tertinggi.
"Selain komitmen TLDM ke arah memperkasakan diplomasi pertahanan di peringkat antarabangsa seiring angkatan laut di peringkat global melalui kerjasama serantau," katanya dalam satu kenyataan, di sini, tengah malam tadi.
Terdahulu, Majlis Pelepasan Tali KD Lekiu sempena misi pelayaran itu disempurnakan oleh Timbalan Panglima Armada Barat, Laksamana Pertama Farizal Myeor di Pangkalan TLDM di sini, semalam.
Menurut kenyataan itu, eksesais pertama yang akan disertai adalah Eks Malindo Jaya 26/22 di Surabaya, Indonesia yang juga eksesais bilateral bagi memperkukuhkan kerjasama serantau Malaysia-Indonesia dalam melaksanakan operasi bersama.
Katanya, sebanyak dua aset utama TLDM yang akan terbabit iaitu KD Lekiu dan KD Sri Indera Sakti disamping aset sokongan yang lain.
"Eks Kakadu 2022 pula adalah eksesais multilateral yang membabitkan angkatan laut dari pelbagai negara dengan pembabitan aset yang besar di Darwin, Australia.
"Ia adalah latihan dwitahunan perdana antarabangsa serantau yang dianjurkan oleh Tentera Laut Diraja Australia. Eksesais ini menyediakan peluang pembabitan kepada semua negara sahabat untuk melaksanakan aktiviti maritim secara multinasional meliputi operasi dan peperangan tahap tinggi," katanya.
Katanya, seterusnya, KD Lekiu akan meneruskan pelayaran dari Darwin ke perairan Laut China Selatan bagi menyertai Eks Kerismas 2022 yang mana ia adalah eksesais berskala besar TLDM yang dianjurkan secara tahunan.
Menurut kenyataan itu, pada ada penghujung pelayaran, KD Lekiu akan menyertai satu lagi eksesais bilateral bersama Tentera Laut Republik Singapura (TLRS) iaitu Eks MALAPURA 30/22 di Changi Naval Base, Singapura.



Disiarkan pada: Ogos 24, 2022 @ 9:51am




TLDM




Pages: [1]
View full version: KD Lekiu sertai empat eksesais


ADVERTISEMENT