Raline Publish time 23-8-2022 05:15 PM

Pemuda iklan cari jodoh tetapi antijanda

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/08/WhatsApp-Image-2022-08-22-at-3.26.04-PM.jpeg
Lelaki ini menyatakan beberapa syarat untuk calon isterinya. – Twitter


Pemuda iklan cari jodoh tetapi antijanda

JAKARTA – Sebuah hantaran yang memaparkan usahaseorang lelaki mencari calon isteri menjadi tular di media sosial kerana kriteria yang digariskan menyebut bahawa dia sama sekalitidak suka kepada janda, lapor laman berita Berita Hits semalam.

Dalam hantaran yang dikongsikan di laman Twitter,lelaki berbaju kuning itu memberitahu hasratnya untuk mencari calon isteri tetapi meletakkan beberapa syarat utama.

Syarat-syarat tersebut termasuk calon isterinya perlu berusia 20 hingga 25 tahun dan seorang gadis.

“Maaf saya tidak menerima janda. Saya antijanda,” tulisnya.

Turut dinyatakan adalah calon isterinya perlu memiliki kewangan yang kukuh dan sekurang-kurangnya bekerja sebagai pegawai kerajaan.

“Supaya boleh memberi wang kepada saya,” katanya.

Tidak dinyatakan sama ada hantaran itu adalah asli atau sengaja direka pihak tertentu namun, ia menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

“Buat yang ketawa, semoga jodoh anda begini,” kata seorang netizen. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/08/22/pemuda-iklan-cari-jodoh-tetapi-antijanda/

Buritan Publish time 23-8-2022 07:28 PM

Hahaha.. nak keje gomen.. gambo org asli mana la ni

Buritan Publish time 23-8-2022 07:33 PM

Sape minat remy sehak leh try.. hohoho

merrissa Publish time 23-8-2022 07:44 PM

dia xtahu ker janda berpengalaman :lol:

mijot Publish time 24-8-2022 05:46 AM

spesis biawak dikenal pasti...
Pages: [1]
View full version: Pemuda iklan cari jodoh tetapi antijanda


ADVERTISEMENT