boca120879 Publish time 22-8-2022 10:36 AM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Gambar & Patung

Edited by boca120879 at 22-8-2022 03:24 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Yahya bin Yahya, daripada Malik, daripada Nafi', daripada Al Qasim bin Muhammad, daripada 'Aisyah,
"Aisyah membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar.
Tatkala Rasulullah s.a.w. melihat bantal-bantal tersebut,Rasulullah s.a.w. berhenti di pintu dan tidak terus masuk.
Aisyah segera tahu daripada wajah Rasulullah s.a.w. bahawa Rasulullah s.a.w. tidak suka.
Kata 'Aisyah,'Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah salahku?"
Rasulullah s.a.w. kembali bertanya,"Bantal-bantal apa ini?"
Jawab 'Aisyah,"Aku beli untuk tempat duduk anda, atau tempat anda bersandar."
Rasulullah s.a.w. bersabda,"Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa kelak di hari kiamat,seraya dikatakan kepada mereka,"Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!"
Kemudian sabda Rasulullah s.a.w.,"Malaikat tidak mahu masuk ke dalam sebuah rumah yang di dalamnya terdapat gambar-gambar."
(Hadith Muslim no. 3941)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 22-8-2022 11:05 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Adam, diceritakan oleh Ibnu Abu Dzi`b, daripada Az Zuhri, daripada 'Ubaidullah bin Abdullah bin 'Utbah, daripada Ibnu Abbas, daripada Abu Thalhah r.a.,Nabi s.a.w. bersabda,
"Malaikat tidak akan masuk ke rumah
yang di dalamnya terdapat anjingdan patung."
(Hadith Bukhari no. 5493)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Pages: [1]
View full version: Al-Qur'an & Hadith: Bab: Gambar & Patung


ADVERTISEMENT