Raline Publish time 19-8-2022 12:01 PM

Saab 900 Turbo 1987 dilelong RM646,000

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/08/saab-900.webp
Saab 900 Turbo ini masih berada dalam keadaan baik dan kelihatan seperti baru dikeluarkan dari kilang. – Bring A Trailer


Saab 900 Turbo 1987 dilelong RM646,000


LONDON – Sebuah kereta klasik jenis Saab 900 Turbo buatan tahun 1987 dilelong pada harga mencecah £120,000 (RM646,215), lapor akhbar The Sun kelmarin.

Kereta berwarna merah ceri itu masih berada dalam keadaan baik dan kelihatan seperti baru dikeluarkan dari kilang.

Ia hanya dipandu sejauh 395 kilometer dan mempunyai rekaan dalaman yang menarik.

Tempat duduk kenderaan itu menampilkan material kulit berwarna coklat muda selain papan pemuka, stereng dan tuil gear masih seperti dalam keadaan baharu.

Meskipun telah berusia 35 tahun, model Saab 900 itu mengetengahkan teknologi moden.

Antara cirinya termasuk sistem kawalan memandu di lebuh raya, tingkap elektrik, pendingin hawa dan tempat duduk dengan fungsi haba ketika cuaca sejuk.

Selain itu, enjin petrol 2.0 liter pengecas turbonya menghasilkan 160 kuasa kuda yang dihantar ke tayar hadapan melalui kotak gear manual dengan lima kelajuan.

“Beberapa kerja pembaikan dilakukan pada 2022 termasuk menanggalkan dan membersihkan tangki bahan api, menukar cecair penyejuk dan klac hidraulik, menukar minyak hitam dan menggantikan pam bahan api, termostat, gasket kepala silinder serta bolt,” demikian menurut iklan pada lelongan tersebut.

Kereta Saab 900 Turbo itu dilelong menerusi sebuah laman lelongan online, Bring A Trailer. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/08/19/saab-900-turbo-1987-dilelong-rm646000/

musangbodoh Publish time 19-8-2022 11:10 PM

negara J senyum sinis;P
Pages: [1]
View full version: Saab 900 Turbo 1987 dilelong RM646,000


ADVERTISEMENT