qimi08 Publish time 15-11-2010 12:26 PM

Replyqimi08

wokey..
saper nk jd organizer??
midar Post at 15-11-2010 12:10 http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif

Hari tu kan dah lantikmikoo he he he he

detox Publish time 15-11-2010 12:42 PM

Reply 137# qimi08


   Kak Qimi, tq...saya hanya berani letak gambar kecik kat avatar , sbb sinopsis dan lain2 tak siap lagi.   Akhirnya, JS beri tajuk 3 Jantung Hati .... :)

Jaza2008 Publish time 15-11-2010 02:48 PM

Replyqimi08


   Kak Qimi, tq...saya hanya berani letak gambar kecik kat avatar , sbb sinopsis ...
detox Post at 15-11-2010 12:42 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    Tahniah Detox.... dah ada sinopsis nnti post kat sini dan apa2 urusan oder mengoder sila buat link kat

http://mforum.cari.com.my/forumdisplay.php?fid=294

BOD Pusat Komersial Cari -> Jual Beli Barang -> Majalah.
lepas tu link kat sini dan kat umah borak... suh depa wat urusan kat situ.

Thanks.:)

detox Publish time 23-11-2010 04:39 AM

Reply 143# Jaza2008

ok Jaza, tq..

detox Publish time 23-11-2010 04:41 AM

Post Last Edit by detox at 23-11-2010 05:29

http://www.jemariseni.com/01/images/stories/COVER-3JH.jpg



menahan diri daripada menerima Nadim samalah seperti menelan paku payung

Benarkah cinta seorang perempuan terhadap seorang lelaki itu seumur hidupnya? Biarpun lelaki itu telah tiada di alam fana ini, benarkah cintanya tidak pernah berusik? Biarpun waktu berlalu, benarkah kasihnya takkan berubah?

Lalu bagaimana pula andainya muncul seorang lelaki lain yang setara? Kalaupun tidak lebih baik daripada si jantung hatinya yang telah pergi itu, apakah cintanya akan beralih arah? Susahnya memahami hati perempuan, kadang-kadang dalamnya tidak terduga; kadang-kadang berkata ‘ya’ di dalam, di luar tetap mengaku ‘tidak’!

Sukar sungguh hidup Nadira setelah suaminya mati, meninggalkan dia merana bersama anak kecil si jantung hatinya. Ah, bertambah sukar hidupnya setelah menjadi ibu tunggal itu, tiba-tiba muncul dia! Dia yang berebut mahu jadi jantung hatinya yang ketiga. Sanggupkah dia membiarkan hatinya diisi lagi, kalau kasihnya pada Imran sudah penuh?

* * * *

NISYAH menulis tentang hati seorang perempuan yang tersepit antara kenangan cinta lama dengan munculnya ‘orang baharu’ yang begitu mengharap cintanya. NISYAH begitu berhati-hati membuat keputusan dalam 3 Jantung Hati untuk mengubah hidup Nadira selamanya.
ISBN: 978-967-5118-50-0
Harga: RM19.00 (Sem. M'sia)/RM22.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan online mulai 6 Dis. 2010
http://www.jemariseni.com
juga dah diwar2kan di Jual Beli Barang http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=514336&extra=page%3D1

qimi08 Publish time 23-11-2010 09:31 AM

Post Last Edit by qimi08 at 23-11-2010 09:34

Salam MOD...boleh ye akak letak disini promosi ini
memberi peluang pada semua2 penulis yg berbakat
di WR untuk menghadiri Asas Pembinaan Kreatif Anjuran
Jemari Seni
(Note: Kalau salah rumah blh je MOD delete)

Asas Pembinaan Kreatif
(Novel Umum)

Tarikh         
12 Disember 2010 (Ahad)

Masa
9 pagi-5 petang

Tempat               
Bandar Baru Bangi

Pengendali Bengkel
Noor Suraya (Munshi Dewan Bahasa Dan Pustaka)

Jumlah Peserta
20 orang

Bayaran Kursus      
PERCUMA (dan makanan disediakan)

untuk maklumat lanjut dan syarat penyertaan
sila lawat webJemari Seni

http://www.jemariseni.com

Jaza2008 Publish time 23-11-2010 09:45 AM

Reply 146# qimi08


    hanya information untuk penulis saja ... tak pe lah...

qimi08 Publish time 23-11-2010 09:51 AM

Reply 147# Jaza2008

Terima kasih jaza

Jaza2008 Publish time 23-11-2010 10:37 AM

Reply 148# qimi08


    sama-sama..... tgh duk kira2 balang tacang .... rupanya mek dah bagi dah...;P

jingga007 Publish time 23-11-2010 10:54 AM

Reply 149# Jaza2008


    ekekekeke ;P balang tgh banyak .. mek kasi je la dulu :lol:

allamanda Publish time 24-11-2010 05:35 PM

Akak Detox....
Tahniah....tahniah...tahniah...3 Jantung Hati....
klu tak masuk cni hari nie mmg tak tau pasal buku nie....
Sedihnya....banyak tetinggal keteapi...
Akak saya nak buku nie...siap ngan t/tgn Nadim ngan Nadira tau...

lyza2474 Publish time 9-12-2010 01:20 PM

wah tahniah detox ... {:1_152:}{:1_152:}{:1_152:}

sakura2503 Publish time 29-12-2010 11:16 AM

congtraz detox,
ai dh beli 3jantung hati ni, tapi belum start baca lagi...

lesprincesse Publish time 29-12-2010 05:38 PM

congtraz detox,
ai dh beli 3jantung hati ni, tapi belum start baca lagi...
sakura2503 Post at 29-12-2010 11:16 http://eforum5.cari.com.my/images/common/back.gif


i dah beli, dan dah baca dan dah promote kat kengkawan... hihihi

Tapikan detox.. one day we must meet up nak mintak u autograph kat my copy... :D

Hasmuniah Publish time 1-1-2011 08:17 PM

Dah baca.. memang best sgt2...
tak sabar nak tgu sekuel dia...
pasal ensha hani lak...

sakura2503 Publish time 3-1-2011 03:39 PM

i dah beli, dan dah baca dan dah promote kat kengkawan... hihihi

Tapikan detox.. one day w ...
lesprincesse Post at 29-12-2010 17:38 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

yessss, berjaya gak khatam novel ni..
betol princesse, cite ni wat i baca x reti nk berenti.
best sgt2...sure ai pomot kat adik & kawan2
ade sekuel ke? bile publish nye?
sure, ai beli.
detox, ai pon nk mintak autograf gak kt novel ai...

bungaros Publish time 24-1-2011 10:42 AM

selamat khatam malam tadi... so sweeeeeeeeeet... ai pun dah jatuh cinta dgn Nadim Syah... tahniah pada detox{:1_152:}

midar Publish time 8-2-2011 02:04 PM

congratulation bunick...
dh tgk dh cover dia & dia kt website js..

RosesAre_Red Publish time 9-2-2011 04:50 PM

tahniah juga kepada Bunick!{:1_152:}
baru perasan kt website JS td
wah, npknya ramai penulis berbakat lahir dr bod ni ye...
tahniah & bangga:$

qimi08 Publish time 10-2-2011 12:23 AM

BUNICK.........

http://i281.photobucket.com/albums/kk205/qimi08/jambangan%20bunga/congratulations.gif

http://i281.photobucket.com/albums/kk205/qimi08/novel/COVER-DiaDia-web.jpg

Dia hadir dalam hidupku untuk menyembuhkan rawan yang bersarang di dada. Sedangkan dia yang pernah hidup dalam hatiku ini terpaksa mengusung dukanya sendirian. Kejamkah aku pada dia andainya aku tidak mampu mencintai dia sepertimana aku mencintai dia yang seorang lagi?”

Cinta dan kasih yang saling menagih; yang mana satu pilihan Arissa?

Mahupun Irfan biarpun Fazril; dia dan dia sering sahaja membuat hati gadisnya keliru. Telah pun Arissa cuba melarikan hatinya ini jauh-jauh, dayanya entah hilang di mana? Apa yang tidak kena dengan hatinya yang sekeping ini?

Dia memang lelaki penyayang. Namun selembut mana pun dia cuba mengubati hati Arissa yang luka, mana mungkin Arissa melupakan cinta pertamanya. Apatah lagi pada saat Arissa hampir menggapai bahagia, ujian pula datang bertimpa-timpa!

Antara memori dan harapan, yang mana satu jadi pilihan? Antara dikasihi dan mencintai, yang mana satu harus dicari?

* * *

Nukilan pertama BUNICK FIRDAUS ini cuba menyelami bilau hati seorang wanita pada dia yang mahu berkongsi hati dengannya. Bukankah ‘keliru’ itu maknanya hati sudah tersentuh? Biarlah Dia & Dia menjelaskan semuanya!

SBN: 978-967-5118-54-8
Harga: RM21.00 (Sem. M'sia)/RM24.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan online mulai 24 Feb. 2011
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 [8] 9 10 11 12
View full version: RUANGAN KHAS UNTUK PENULIS/FORUMNER YANG DAH TERBIT NOVEL DIPASARAN-LIST PAGE 3


ADVERTISEMENT