Racurve Publish time 18-8-2022 11:29 PM

Firdaus Geram Dengan Golongan Belum Muslim Yang Menghina Islam, Tiberr Sibuk Pasal Hukum Minum Susu Isteri Dan Zakar Pendek Dipanjangkan!

“Selalu Sebut Jangan Hina Agama Orang” – Firdaus Wong Terkilan Ada ‘Non-Muslim’ Pertikai Hukum Islam?

Portal berita berbahasa cina lapor soal jawab ustaz Azhar Idrus, ramai golongan bukan muslim pertikai hukum Islam

Umum sedia maklum sebarang isu berkaitan dengan hukum hakam agama merupakan perkara yang sensitif di Malaysia, apatah lagi jika hal tersebut disentuh oleh golongan yang bukan menganuti agama yang diperkatakan tersebut.

Baru ini menjengah ke Instagram Firdaus Wong, di mana dalam muatnaik terkini milik pendakwah bebas terkenal ini mencuri perhatian ramai di media sosial beliau.
“Ada Udang Di Sebalik Mi?”

Firdaus Wong memuatnaik dua tangkap layar berita dari portal berbahasa cina di laman Facebook media tempatan.

      “Dalam dua minggu ini, portal berita berbahasa cina, China Press telah melaporkan dua berita tentang soal jawab dari ustaz Azhar Idrus. Tiba-tiba mereka berminat pula dengan sesi soal jawab Islam. Ada udang di sebalik mi?

      Pada 10 Ogos 2022, tajuknya: ‘Pendakwah Islam: Minum Susu Isteri Tidak Haram’

      Pada 16 Ogos 2022 pula, tajuknya: ‘Zakar pendek, halal dipanjangkan! Daie Islam: Haram kalau nak kekal lama” Tulisnya

Pertikai Hukum Islam

Dalam entri yang ditulis Firdaus, beliau mendedahkan bahawa ramai pengguna media sosial memberi komen yang tidak baik dan mempertikaikan hukum Islam berdasarkan berita yang dilaporkan oleh portal berkenaan.

Menurut Firdaus, segala jawapan yang diberi oleh ustaz Azhar Idrus semasa sesi soal jawab adalah berdasarkan dari segi hukum agama Islam.

Namun ramai golongan bukan muslim memandang serong dan mempertikaikan hukum Islam, sedangkan mereka sering menyebut agar tidak menghina agama orang lain. Susulan itu, Firdaus menganggap mereka hipokrit kerana masuk campur tentang agama Islam.

      “UAI menjawab soalan yang dikemukakan dari segi hukum Islam. Namun di ruangan komen, terdapat ramai golongan belum muslim yang mempertikaikan hukum Islam.

      Golongan belum muslim selalu sebut jangan hina agama orang dan jangan masuk campur hal agama orang. Namun di dalam hal Islam pula mereka masuk campur.

      Jikalau ini bukan hipokrasi, perkataan apa lagi yang sesuai?” Coretnya

Melihat entri terakhir yang ditulis Firdaus, pihaknya sedang memantu ruangan komen dan menangkap layar komen yang menghina dan mempertikaikan tentang hukum agama Islam. Menurut pendakwah ini lagi, beliau juga bakal mendedahkan komen-komen tersebut akan datang.

Racurve Publish time 18-8-2022 11:29 PM

https://murai.my/wp-content/uploads/2022/08/collage1-16.png

Racurve Publish time 18-8-2022 11:30 PM

https://murai.my/wp-content/uploads/2022/08/collage2-16.png

Racurve Publish time 18-8-2022 11:30 PM

ZqlQzHLY9yk

Racurve Publish time 18-8-2022 11:31 PM

Aho8YEu95-I

Racurve Publish time 18-8-2022 11:34 PM

https://www.instagram.com/p/ChMwjCgvrb4/

Racurve Publish time 18-8-2022 11:36 PM

https://www.instagram.com/p/Cf-bEo6vP-0/

Racurve Publish time 18-8-2022 11:42 PM

https://www.instagram.com/p/ChTWNDXv89F/

che-cikL Publish time 18-8-2022 11:51 PM

,,,dan gosip retisnya???

slyfynx Publish time 19-8-2022 12:09 AM

Jap, sape retis yang jadi OKG kali ni?
Pages: [1]
View full version: Firdaus Geram Dengan Golongan Belum Muslim Yang Menghina Islam, Tiberr Sibuk Pasal Hukum Minum Susu Isteri Dan Zakar Pendek Dipanjangkan!


ADVERTISEMENT