Acong Publish time 29-9-2010 01:00 AM

Edisi WTF - PRDM dikartunkan oleh zunar?!

Zunar: Polis pun tidak tahu apa yang ditanya

Chen Shaua Fui | Sep 25, 2010 11:56:49 pm

Bermula dengan perintah reman satu hari dari Majistret Sepang, disusuli pula dengan lawatan polis ke pejabat Malaysiakini, babak Cartoon-O-Phobia melabuh tirai pada hari ini apabila kartunis Zunar dibebaskan pada kira-kira jam 6.15 petang ini.Bagaimanapun, segala-gala ini gagal menundukkan Zunar, yang tidak akur dengan tindakan polis.

Ketika dihubungi MerdekaReview, Zunar atau nama asalnya Zulkiflee Anwar Ulhaque (gambar kanan) berkata, polis sendiri pun tidak tahu apa soalan yang hendak diajukan kepadanya sepanjang proses siasatan, tetapi sekadar mahu mendapat penjelasan tentang kartun lukisannya.

Untuk Zunar, tindakan polis ini bertujuan untuk menakut-nakutkannya, agar dirinya berhenti melukis kartun.Bagaimanapun, beliau tegas bahawa dirinya akan terus melukis, dan berpegang kepada prinsip dan falsafahnya berkartun, iaitu membongkar penyelewengan dan korupsi kerajaan.Malah, beliau tidak akan menyembunyikan pendirian dirinya dari karya kartunnya.

Zunar bagaimanapun perlu melaporkan diri di balai polis pada 7 Oktober 2010.

Majistret menafikan hak Zunar

Pada awal pagi tadi, polis berjaya mendapat perintah reman satu hari daripada mahkamah Majistret Sepang untuk terus menahan Zunar, tanpa kehadiran peguamnya.Fadiah Nadwa Fikri, peguam yang mewakili Zunar, berkata dirinya hanya diberitahu polis bahawa Zunar akan dibawa ke majistret pada jam 9 pagi, ketika dirinya menghubungi polis pada waktu itu juga.

Maka beliau pun bergegas ke Majistret Sepang, tetapi mendapati polis telah berjaya mendapat perintah reman satu hari.Ketika dihubungi MerdekaReview, Fadiah Nadwa Fikri (gambar kiri) menyatakan ketidakpuasannya kerana anak guamnya dinafikan hak untuk diwakili peguam.Bagaimanapun, beliau akan mengadu kepada Majlis Peguam berhubung kes ini.

Fadiah juga menambah bahawa penangkapan polis ini dipercayai bertujuan untuk menghalang Zunar daripada menghadiri majlis pelancaran buku kartunnya, Cartoon-O-Phobia semalam. 【CARTOON-O-PHOBIA: Pelancaran buku tanpa buku dan pengarang】

Pada kira-kira jam 3.45 petang tadi, tiga orang pegawai polis dari Shah Alam melawat ke pejabat Malaysiakini, dan mengambil keterangan daripada Ketua Pengarangnya, Steven Gan (gambar kanan).Bagaimanapun, tiada apa-apa yang dijumpai dan dibawa pulang ke balai polis.

Menurut Steven Gan, soalan yang ditanya berkisar pada operasi Malaysiakini, anak syarikatnya, Kinibook, buku terbitannya yang lain dan sama ada beliau menghadiri majlis pelancaran buku semalam.

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview.Disedut, diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=11125

razhar Publish time 29-9-2010 01:02 AM

1st reply...:lol:

Acong Publish time 29-9-2010 01:02 AM

http://i51.photobucket.com/albums/f361/pemudawilayah1/zunar1.jpg

sib baik PRDM tak mandikan zunar skali............. :shutup:

Acong Publish time 29-9-2010 01:07 AM

http://lucialai.org/wp-content/uploads/2010/06/zunar2.jpg


sempat lagik si zunar nie.............. :doh3:

idz Publish time 29-9-2010 01:09 AM

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview.Disedut, diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

ayat ni yg tk blh tahan ni.....:lol:

xpdckelate Publish time 29-9-2010 01:11 AM

aku memang minat nga kartun zunar,mmg lawak giler,hu2...;P
ujang pun sama,apo best jugak,gile-gile pun best,semua kartun best la,hu2...:lol:

Acong Publish time 29-9-2010 01:14 AM

http://4.bp.blogspot.com/_MiWpcc60BEw/TCYF1x6MZPI/AAAAAAAAC2s/qm7HPIxuZPw/s1600/Cartoon+by+Zunar.GIF

nie lawak maut punya.......! :shutup:

xpdckelate Publish time 29-9-2010 01:15 AM

nie lawak maut punya.......!
Acong Post at 29-9-2010 01:14 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

hahahahahaha,dah ler tu,sakit perut dah gelak ni,hu2...;P

Acong Publish time 29-9-2010 01:29 AM

hahahahahaha,dah ler tu,sakit perut dah gelak ni,hu2...
xpdckelate Post at 29-9-2010 01:15 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


http://img837.imageshack.us/img837/2544/kartonzunar.jpg

;P

ChildrenOfBodom Publish time 29-9-2010 01:33 AM

zunar mmg best,hahahahhaha:lol:

penyo. Publish time 29-9-2010 01:50 AM

Zunar Kerala ke nih?;P

ChildrenOfBodom Publish time 29-9-2010 01:58 AM

Ulhaque - tipikal nama dlm bahasa urdu/punjabi. mai pakistan kowt zunar nie...

penyo. Publish time 29-9-2010 02:18 AM

Ulhaque - tipikal nama dlm bahasa urdu/punjabi. mai pakistan kowt zunar nie...
ChildrenOfBodom Post at 29-9-2010 01:58 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Thanks for the info.....OOo maknanya ada bau2 kari ngan Mahboobs Omar le nih:lol:

ChildrenOfBodom Publish time 29-9-2010 02:30 AM

tak ada bau2 kari dgn benazir but0h:re:

nazurah Publish time 29-9-2010 05:53 AM

setau aku la... KDN ada bgtau, ada 2 perkara yang kita tak boleh tulis atau sentuh atau kutuk dalam penulisan iaitu polis dan perdana menteri... kitatak boleh tulis polis kena tembak. polis mesti sentiasa dipotretkan sebagai wira.

jadinya kalau tanak buku/majalah kita jadi haram di sisi undang2... hehehe, sila jangan tulis atau sentuh 2 perkara ini. nak puji boleh, nak mengampu boleh... tapi kutuk takda boleh!

hearts Publish time 29-9-2010 06:53 AM

teruskan perjuanganmu wahai ZUNAR.......

memang best kartun zunar nie......

voizze Publish time 29-9-2010 07:25 AM

Reply 7# Acong


   Ringgit Malaysia = ahkak pink ke tu :lol:

dauswq Publish time 29-9-2010 07:38 AM

Reply 7# Acong


comeii akak pink duduk kt kerusi depan:$

ikanpekasamasam Publish time 29-9-2010 09:24 PM

Reply 18# dauswq


hahahhaha...bini najib akak pink. bini nik aziz akak hape plak

atira Publish time 29-9-2010 09:26 PM

patut le najib hangen... :lol:
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Edisi WTF - PRDM dikartunkan oleh zunar?!


ADVERTISEMENT