Highflyer19 Publish time 17-8-2022 10:02 PM

Kecoh Billie Eilish berkunjung ke Sungai Wang Plaza, netizen syak datang buat kaca mata baharu

KELIBAT penyanyi terkenal Amerika Syarikat Billie Eilish yang berkunjung ke pusat beli-belah Sungai Wang Plaza di Bukit Bintang Kuala Lumpur mencuri perhatian peminat.

Mana tidaknya, ramai kagum dengan sikap rendah diri penyanyi itu memandangkan artis antarabangsa lain yang datang ke negara ini biasanya akan singgah ke pusat beli-belah lebih terkenal seperti Suria KLCC, Pavilion atau pun Star Hill Gallery.

Video memperlihatkan Billie berada di pusat beli-belah itu dirakamkan orang ramai yang terserempak dengannya ketika berjalan keluar memasuki kenderaan yang menunggu di luar Sungai Wang Plaza.

Di ruangan komen, ramai meninggalkan komen kelakar tentang kunjungan Billie ke pusat beli-belah itu dan ada secara berjenaka menyangka penyanyi itu ke sana bagi menempah cermin mata baharu atau mendandan rambut.

Umum mengetahui Sungai Wang Plaza cukup popular dengan pelbagai kedai perkhidmatan membuat cermin mata yang murah selain salon dan spa.

"Dia nak buat cermin mata baru la tu atau pun dandan rambut di Sungai Wang Plaza.

"Dalam banyak-banyak mall, Sungai Wang Plaza juga jadi pilihan Billie," antara komen netizen di TikTok.

Sementara itu, menerusi akaun TikTok Sungai Wang Plaza, Billie sebenarnya datang ke pusat beli-belah itu unuk bermain go-kart di Blastacars Malaysia.

Turut kelihatan bersamanya adalah abang Billie iaitu Finneas yang juga seorang penyanyi selain rakan-rakan dan pemuzik penyanyi itu.

Peminat turut memuji Billie yang dilihat mematuhi SOP ditetapkan dengan memakai pelitup muka apabila berada di dalam kawasan pusat beli-belah berkenaan.

Billie berada di Malaysia bagi menjayakan konsert Billie Eilish Happier Than Ever World Tour 2022 yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 18 Ogos.

Penyanyi itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada malam Selasa dan turut disambut peminat yang setia menantinya di sana.

https://www.mstar.com.my/spotlight/bintang-global/2022/08/17/kecoh-billie-eilish-berkunjung-ke-sungai-wang-plaza-netizen-syak-datang-buat-kaca-mata-baharu







Tembikaigoreng Publish time 17-8-2022 10:29 PM

Kenal pulak dorang itu Billie yer...

KIM.K Publish time 17-8-2022 10:57 PM

Lagu viral sheol, B* im stylist. Black top big t-shirt, Billie Eilish

Highflyer19 Publish time 17-8-2022 11:00 PM

How does Billie Eilish make her voice?
Billie Eilish usually uses a lot of breathy vocal tones, this means that she uses her chest a lot to project. The voice is also clear, and not nasal, which some “head singers” can struggle with. The depth of Billie's voice also makes her sound older than she is.

Kak-Rohana Publish time 17-8-2022 11:31 PM

The worst James Bond’s theme ever by the most overrated artist!! Vokal cam kentot sembelit dek. Next lah dek? :mad:

kemaruk Publish time 17-8-2022 11:31 PM

Dia ni ke yang nyanyi ooo i see u see u everytimee tu ke ?salah orang sorry bangkem tak tau sangat artis2 baru ni

dua_chzy Publish time 17-8-2022 11:57 PM

kemaruk replied at 17-8-2022 03:31 PM
Dia ni ke yang nyanyi ooo i see u see u everytimee tu ke ?salah orang sorry bangkem tak tau sangat ...

Bukan. Yang tu lagu Tones n I. Gemok penyanyinya tapi aktif.

kemaruk Publish time 18-8-2022 12:13 AM

dua_chzy replied at 17-8-2022 11:57 PM
Bukan. Yang tu lagu Tones n I. Gemok penyanyinya tapi aktif.

oo.. salah orang

lagu ini khas buat cikgu

U8qXjbM2Kxc

sekngucing Publish time 18-8-2022 12:16 AM

dia duduk MO kawan aku ckp

dua_chzy Publish time 18-8-2022 12:18 AM

kemaruk replied at 17-8-2022 04:13 PM
oo.. salah orang

lagu ini khas buat cikgu

Sank you. Aiol selalu karaoke lagu ni. Hada minus one key pompuan di Youtube. :loveliness:

syamzana Publish time 18-8-2022 12:24 AM

lagu dia ngan khalid suatu ms dulu tu best...music best+both sore pun best.
kencang mesia skrg manjang je konsert sana sini, enjoy la anak2 muda:P

Highflyer19 Publish time 18-8-2022 09:57 AM

Ramai juga peminat dia di sini…

royaldanish Publish time 18-8-2022 10:00 AM

Sheols pg cuci rambut kat sana.. saloon kan byk pilihan dlm tok ;P

Tak pun buat tattoo ;P

me12345 Publish time 18-8-2022 10:57 AM

Billie yg kaya shopping spek kat sungei wang jer...org mesia gigih menabung mkn maggie gi obersea shopping..

Artemesiaa Publish time 18-8-2022 11:53 AM

Dia gi main go kart kat atas tu ler, dia kan suka benda2 macam tu

lasagna Publish time 18-8-2022 11:54 AM

iols rse dia tak mau serabut nk kena serbu dek fans kot, kang stress puleks. tu yg ahhh belasah jer laa mall yg bhesa2. lps konsert kot sempat klcc sebelah jer ngan hotel dia stay skrg.

supernaturalee Publish time 18-8-2022 11:58 AM

grammy & oscar winner hoccay

Decaffeinated Publish time 18-8-2022 12:00 PM

aku salah bod ka salah time zone or both?

dua_chzy Publish time 18-8-2022 12:08 PM

supernaturalee replied at 18-8-2022 03:58 AM
grammy & oscar winner hoccay

Oh hada rupanya sheol menang Oscar? Hebat kau nyah Billie oi!

uori Publish time 18-8-2022 12:08 PM

anak sedara aku yang remaja2 tu boleh dikatakan semua minat dia
Pages: [1] 2
View full version: Kecoh Billie Eilish berkunjung ke Sungai Wang Plaza, netizen syak datang buat kaca mata baharu


ADVERTISEMENT