tatod Publish time 16-8-2022 11:18 AM

"Event Gempak Tapi Mentaliti Jamb*n"- Netizen Geram Geng RXZ Tinggal Sampah Sarap

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202208/16/102514iu00cu4fqs5604a4.pngSumber Beautiful Nara


Dua tahun sepi tanpa sebarang aktiviti, sebuah program permotoran, RXZ Member 4.0 2022 telah dianjurkan dan berlangsung di Kompleks Sukan Gong Badak, Terengganu dan dipercayai kira-kira 30,000 hadir ke acara tersebut.


Bagaimanapun, kemeriahan program tersebut 'dicemari' dengan sikap tidak bertanggung jawab segelintir pengunjung yang membiarkan sampah sarap mereka memenuhi lokasi berkenaan sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai.


Gara-gara perbuatan tersebut, petugas pembersihan terpaksa berkumpul di lokasi terbabit bagi memastikan kesemua sampah sarap yang ditinggalkan oleh pengunjung dikutip sepenuhnya. -CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202208/16/103815ddci4y4dd4dddcl7.jpgSumber FB Bernama


Memetik perkongsian Bernama, perbuatan sedemikian mencerminkan tahap kesedaran masyarakat Malaysia terhadap kebersihan alam sekitar yang masih belum 'merdeka' kerana sentiasa mengharapkan pekerja pembersihan mengutip sampah dan sisa makanan serta minuman mereka.


Sikap mementingkan diri seperti ini tidak hanya akan menyusahkan diri sendiri tetapi juga bakal menjejaskan kehidupan orang lain sekiranya tabiat buruk tersebut tidak diubah.


Malahan, ia juga akan menjejaskan pihak penganjur yang sukar untuk mendapatkan lokasi bagi menganjurkan program seumpama ini pada masa hadapan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202208/16/104209klfmmm8uln1etnzf.jpgSumber FB Bernama


Meninjau di ruangan komen, rata-rata ramai yang mengecam tindakan segelintir pengunjung yang meninggalkan sampah sarap mereka tanpa rasa bersalah dan menyerahkan sepenuhnya tugas membersihkan kawasan itu kepada pekerja pembersihan.


Namun, ada juga komen yang menyalahkan pihak penganjur kerana tidak menyediakan tong sampah yang mencukupi untuk memudahkan pengunjung membuang sampah sarap mereka selain sentiasa mengingatkan dari masa ke masa agar tidak membuang sisa makanan dan minuman mereka merata-rata.


Hakikatnya, tanggung jawab menjaga kebersihan bukan hanya digalas oleh petugas pembersihan tetapi harus ditanam dalam diri setiap individu.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202208/16/105536v32wctb7sw1wzow1.jpgSumber FB Bernama









encikWawad Publish time 16-8-2022 11:26 AM

ada kat kt sama tarikh ngan event perkotoran ni. mmg bukan takat rxz nya team je ada
rempit2 suwey selain rxz pun ada
cam ziall dengan langgar lampu merahnya semua
mmmg hanat

elzy Publish time 16-8-2022 11:36 AM

Segilintir rakyat Malaysia masih mentality begitu.. Kebersihan dipandang remeh.. Tengok saja kedai makan, sampai kena spot check baru kantoi kotor padahal makanan. Belum lagi public toilet apatah lagi selepas majlis terbuka begini..

cikatilia Publish time 16-8-2022 12:36 PM

mmg kalau ko naik keta area yg ada gathering rempit2 tak kira motor apa mmg disaster
dah la main jalan aje xdulik keta ke apa ko main kona kiri kanan pusing suka hati abah dia

mcm 1 x event kat area stadium shah alam...
semak

sepiITUindah Publish time 16-8-2022 01:36 PM

inilahpantai timur

Artemesiaa Publish time 16-8-2022 04:31 PM

Masaalah sikap dan didikan masa kecil maka dituai bila dewasa

tootii Publish time 16-8-2022 05:46 PM

sikap rakyat Malaysia yang tak penah nk berubah ..
segelintir yg masih bangga dengan gelaran pengotor !
buah sampah merata-rata .. kesedaran sivik kat lutut :huffy
Pages: [1]
View full version: "Event Gempak Tapi Mentaliti Jamb*n"- Netizen Geram Geng RXZ Tinggal Sampah Sarap


ADVERTISEMENT