EJALTI Publish time 16-8-2022 09:13 AM

Pemilik Roti Canai Janda, 48 tahun, kini tunangan lelaki 29 tahun

Pemilik Roti Canai Janda kini tunangan lelaki 29 tahun

https://www.kosmo.com.my/2022/08 ... an-lelaki-29-tahun/

Oleh KOSMO!
16 Ogos 2022, 8:55 am

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/08/2nd-story.jpeg?v=1660561405
Norasiah (kanan) bakal melangsungkan perkahwinan dengan duda anak sorang dikenali Adam Affendi pada Oktober depan.

ALOR SETAR – Cinta tidak mengenal usia. Itu diibaratkan hubungan yang terjalin antara pemilik kedai Roti Canai Janda di Kampung Baru Derang di Pokok Sena dengan pemuda berusia 29 tahun.

Setelah 15 tahun menjanda, pemilik kedai itu, Norasiah Abdul Rahman, 48, akan mengahwini buah hatinya berusia 29 tahun pada Oktober depan.

Menurut Norasiah, perkahwinan dengan duda anak seorang yang dikenali menerusi aplikasi TikTok itu juga direstui anaknya termasuk yang sulung, Nurul Nadia Ismail, 28.

“Itulah dinamakan jodoh. Dulu memang cakap tak bersedia walaupun ramai yang datang. Tetapi, semua berubah setelah dilamar dan bertunang selepas Hari Raya Haji lepas,” katanya.

Cerita Norasiah, dia menerima jodoh dengan lelaki yang jarak usia 19 tahun dikenali Adam Affendi ke­rana terpikat dengan kejujurannya yang bersungguh-sungguh untuk berkahwin dan bukan sekadar main-main.

“Kami kenal pun beberapa bulan sahaja dan selepas itu dia terus ajak saya kahwin,” kata ibu tunggal anak tiga itu.

Ketika ditanya adakah mereka akan menukar nama kedai makan kerana status janda itu, Norasiah memberitahu, katanya, perkara itu masih dalam perbincangan mereka.

“Mungkin tukar jadi kedai Roti Canai Kahwin atau kekal sahaja sebab anak saya (Nurul Nadia) masih janda,” ujarnya.

Katanya, sejak tular kisahnya, restoran tersebut menjadi tum­puan termasuk dari luar Kedah.

“Saya pernah mendapat panggilan dari Kelantan dan Sarawak minta kami poskan roti canai ke tempat mereka.

“Walaupun sudah berkahwin, saya berharap untuk terus berniaga di sini. Apa pun saya dan bakal suami akan bincangkan dengan teliti kerana dia bekerja di Kulim,” ujarnya.

adm7 Publish time 16-8-2022 09:14 AM

So apa faedah dr berita ni?:o

Belibis Publish time 16-8-2022 09:19 AM

adm7 replied at 16-8-2022 09:14 AM
So apa faedah dr berita ni?

Nak citer la,mutiara bakal digilap tak lama lagi..:$

supernaturalee Publish time 16-8-2022 09:24 AM

owh belum la kawennya lg
eh jap...laki tu 29
anak die 28, pun janda...

get ready la klu ada plot twist lps ni

bakawali_04 Publish time 16-8-2022 09:35 AM

benda macam gini pun jadi story
takleh brain
dorang nie suka2 ek pasal janda
janda ginilah yg buat org pk
mostly janda buruk perangai
mcm bangga gila plak bergelar janda
mengambik kesempatan sungguh

jalfa Publish time 16-8-2022 10:01 AM

Ya ampon kak...larat ke nak layan napsu duda 29 tahun:lol:

manehnya Publish time 16-8-2022 10:13 AM

mak jan 48, somi 29, anak tiri 28, jumpa kat tiktok... erm... sedapkan mkn pucuk muda cicah sambal belacan kt kuala kedah tu

Prickford Publish time 16-8-2022 10:18 AM

“Kami kenal pun beberapa bulan sahaja dan selepas itu dia terus ajak saya kahwin,” kata ibu tunggal anak tiga itu. Kenal dah la dekat TikTok, macam budak2.

“Mungkin tukar jadi kedai Roti Canai Kahwin atau kekal sahaja sebab anak saya (Nurul Nadia) masih janda,” ujarnya. Elok sangat la si duda umur 29, mak janda pulak ada anak yang janda jugak umur 28. Hurmmmm elok sangat2.

mizruncing Publish time 16-8-2022 10:20 AM

kemain banner ;P

ifanonline Publish time 16-8-2022 10:23 AM

pasti lelaki 29 tahun tu akan menyesal semasa malam bersama janda 48 tahun itu...

insulin Publish time 16-8-2022 10:24 AM

Anak beranak janda. Hmmmmmm...... :shutup:

harkktuih Publish time 16-8-2022 10:33 AM

harap x ada plot twist ajak kawin janda 48 tahun, tetiba nikah ngan anak janda yg juga janda umo 28 tahun..

ifanonline Publish time 16-8-2022 10:35 AM

bakawali_04 replied at 16-8-2022 09:35 AM
benda macam gini pun jadi story
takleh brain
dorang nie suka2 ek pasal janda

dalam porum ni pun ramai janda, ex-janda dan andartu...bilangan mereka meningkat dari hari ke hari di malaysia...sebab apa? sebab wanita2 di malaysia sudah menjadi low quality...

ezacbee Publish time 16-8-2022 10:36 AM

Jangan pasni tersalah bilik lak.. Anak dah sebaya bapak tiri. Bahaya ooo.. :funk:

AznieBunnie Publish time 16-8-2022 10:36 AM

ifanonline replied at 16-8-2022 10:23 AM
pasti lelaki 29 tahun tu akan menyesal semasa malam bersama janda 48 tahun itu...

kenapa kah menyesal?

so, mak nya, anak sulung nya pun jada... hence the name.... okey, okey

gigahertz Publish time 16-8-2022 10:42 AM

jalfa replied at 16-8-2022 02:01 AM
Ya ampon kak...larat ke nak layan napsu duda 29 tahun

mak x larat anak kan ada

ifanonline Publish time 16-8-2022 10:58 AM

AznieBunnie replied at 16-8-2022 10:36 AM
kenapa kah menyesal?

so, mak nya, anak sulung nya pun jada... hence the name.... okey, okey

mana2 wanita secara umumnya yg berumur 40 tahun keatas, tenaga batinnya adalah lemah, dan ada juga yg menopause...hence, the schedule below should be of reference:

andartu junior 28-34 tahun
andartu senior 35-39 tahun
andartu forever 40 tahun keatas

woman are best married below the age of 27 tahun...28 is considered old for woman's standard...

AznieBunnie Publish time 16-8-2022 11:17 AM

ifanonline replied at 16-8-2022 10:58 AM
mana2 wanita secara umumnya yg berumur 40 tahun keatas, tenaga batinnya adalah lemah, dan ada juga ...

oooh...
baru ku tahu.
baik, terima kasih atas perkongsian info ini. {:1_551:}

sukacactus Publish time 16-8-2022 11:18 AM

Euwwnya banner tu!

salimrock Publish time 16-8-2022 11:33 AM

wow cougar juga ek makcik ni...


wa pn pernah kena serang dgn cougar...

tp perut cougar tu besar bangat...dia tak larat kejar wa...haha...wa pn tak perlu lari laju utk selamatkan diri dari cougar tu, sekadar lari2 anak je haha..




Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: Pemilik Roti Canai Janda, 48 tahun, kini tunangan lelaki 29 tahun


ADVERTISEMENT