tatod Publish time 15-8-2022 03:31 PM

Gadis Bertubuh 'Comel' Minat Ride Kalis Kecaman Netizen

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202208/15/145324ix2ooccl23o93ocz.pngSumber mStar


Jantina, usia, latar belakang mahupun saiz fizikal seseorang bukanlah penghalang untuk meminati atau memiliki hobi tertentu.


Memetik perkongsian mStar, gadis Kelantan berusia 19 tahun, Nur Elisa Shafika Mohd Bakri ini mula meminati permotoran sejak zaman kanak-kanak lagi, namun menjadikan aktiviti itu sebagai hobi selepas tamat persekolahan.


Selesa disapa sebagai Icha, gadis itu kerap berkongsi video mengenai hobinya menerusi aplikasi TikTok sehingga salah satu video miliknya meraih setengah juta penonton.


Pun begitu, di sebalik sokongan daripada netizen, ada juga segelitir pengguna aplikasi tersebut yang mengecam mengenai fizikalnya.


7099794437445864731


"Sejujurnya, saya terkejut apabila video tular. Setiap video ada komen kecaman, seolah-olah menghina saya. Pada saya, boleh nak komen tapi jangan sampai menghina.


"Tapi, nak buat macam mana? Sebab itu hobi saya. Rasa sedih itu ada tapi saya tapi saya tak putus semangat. Biarlah orang hina.


"Ada sekali tu, seseorang komen, dia kata kesian dekat motor. Kalau motor boleh bercakap, mesti motor penat. Itu antara komen yang saya ingat." katanya.


7117496668861533466


Bagaimanapun, kata gadis itu, dia bersyukur kerana masih ramai memberi sokongan kepadanya menerusi media sosial.


Dedahnya, ada juga kaum hawa menghantar mesej kepadanya memohon tunjuk ajar untuk menceburi hobi permotoran itu.


"Kadang-kadang apabila saya keluar, ada orang datang tegur. Mereka kata kenal saya melalui video viral TikTok," ulasnya yang sebelum ini berhadapan dengan tetangan keluarga. - CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202208/15/150923w5sq9d5q41assp9y.png
Sumber mStar




cikatilia Publish time 15-8-2022 03:40 PM

apa aje content yg masuk medsos
dari masak ke bela ikan la... jahit baju mekap semua mmg akan kena kecam..
kdg2 yg decent pon kena kecam so mmg kena hadap nurtizen ni.. kalau tisu mmg xtahan le..
unless saiko mcm alip sukri iqbal bida etc

friedfishsoup Publish time 15-8-2022 04:06 PM

cikatilia replied at 15-8-2022 03:40 PM
apa aje content yg masuk medsos
dari masak ke bela ikan la... jahit baju mekap semua mmg akan kena...

Saiko macam Kuin juga

syaz_lina Publish time 16-8-2022 09:14 AM

biorlah hobi dia, bukan minta sedekah nurtizen pun

MadameOnion Publish time 16-8-2022 09:34 AM

tak kisah pasal hobi..tapi aku yg kecik berganda dari dia pun tak berani pakai ketat macam tu..konpiden betholll

insulin Publish time 16-8-2022 10:20 AM

Hobi menunggang motor tu dah ok. Hobi modding motor tu agak menyakitkan mata. :lol:

tootii Publish time 16-8-2022 06:04 PM

apa pun hobi adik, hati2 bawak motor tu ye. tp klau akak, takut nk bawak motor wpun aku kurus haha.. tak belen akak ni .. ;P

encikWawad Publish time 17-8-2022 07:49 AM

kesian moto ehh

ezacbee Publish time 22-8-2022 01:28 PM

Vid atas tu cam xmampu motor tu nak menampung. :funk:
Pages: [1]
View full version: Gadis Bertubuh 'Comel' Minat Ride Kalis Kecaman Netizen


ADVERTISEMENT