tatod Publish time 12-8-2022 11:18 AM

Tinggi ETO, Aiskrim Vanila Haagen-Dazs Ditarik Balik Dari Pasaran

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202208/12/103604h1jqj86rz1ogcj12.pngGambar hiasan


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan penarikan semula jenama aiskrim popular, Haagan-Dazs berperisa Vanila dari pasaran selepas dikesan mengandungi bahan karsinogenik jenis etilana oksida (ETO).


Memetik laporan BH Online, tindakan yang dibuat adalah berdasarkan laporan notifikasi Sistem Amaran Pantas untuk Makanan Suruhanjaya Amaran Makanan Eropah (EURASAFF).


"Notifikasi itu menyatakan berlaku penarikan balik produk aiskrim dari Perancis yang mengandungi ekstrak vanila dari Madagascar dikesan mengandungi ETO melebihi tahap dibenarkan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202208/12/104136v8rz3lntmpss3pt5.jpgNoor Hisham Abdullah


"Produk aiskrim berkenaan diedarkan ke beberapa negara termasuk Malaysia," katanya.


Jelasnya lagi, sejak isu itu dilaporkan, tindakan sewajarnya diambil yang mana syarikat mengimport menarik balik aiskrim terbabit di pasaran secara sukarela.


"Pemantauan berterusan dilaksanakan bagi memastikan produk terbabit tidak dipasarkan di negara ini.


"ETO adalah sebatian gas kimia bersifat karsinogenik dan sering digunakan menjalankan fumigasi atau pewasapan untuk membunuh makhluk perosak seperti serangga.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202208/12/104750tktofuhglgke8373.jpg



"Ia juga digunakan sebagai bahan aktif dalam bahan pencuci tetapi tidak dibenarkan penggunaannya pada permukaan dan bersentuhan makanan," katanya.


Dr Noor Hisham berkata, KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perklara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. - CARI



Adrif Publish time 12-8-2022 05:11 PM

jenama ais krim yang aku teringin nak makan dari kecik sampai le ke tua, tapi tak mampu

mahai sangat

musangbodoh Publish time 12-8-2022 11:07 PM

xde halal eh. walaupun sedap(kte org) dan mahai

kisahkeaku Publish time 23-8-2022 02:25 PM

HD ni mahal dr BR.i besday kek mampu BR jelah.tp eskrem coffee dia sedap gils.

Supersirap Publish time 6-9-2022 01:25 PM

Semoga kita semua dihindarkan daripada memakan bahan kimia tersebut
Pages: [1]
View full version: Tinggi ETO, Aiskrim Vanila Haagen-Dazs Ditarik Balik Dari Pasaran


ADVERTISEMENT