sfhzuraz Publish time 10-8-2022 08:58 PM

Umbut, siput, ular sawa jadi makanan

Edited by sfhzuraz at 10-8-2022 09:12 PM

Umbut, siput, ular sawa jadi makanan

Oleh Ruwaida Md Zain - Ogos 10, 2022 @ 7:15pm bhnews@bh.com.my




https://assets.bharian.com.my/images/articles/must_1660130106.jpg
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Datuk Abdul Wahab Mat Yasin menyempurnakan pemakaian lencana kepada anggota bomba Selangor yang ditauliahkan sebagai pasukan MUST - Foto NSTP/Ruwaida Md Zain



PELABUHAN KLANG: Terpaksa makan umbut, siput dan ular sawa sepanjang 21 hari latihan ala komando. Itu ujian getir dilalui anggota bomba terpilih sebelum diserap menyertai Pasukan elit Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikenali sebagai Multi Skill Team (MUST).
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, sepanjang tempoh itu, anggota bomba didedahkan dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran ikhtiar hidup di dalam hutan tanpa dibekalkan sebarang makanan.
"Mereka berjaya 'survive' dengan memakan apa sahaja di kawasan latihan. Difahamkan ular sawa dijadikan makanan, tumbuhan umbut, hidupan pinggir sungai dan bakau seperti siput demi kelangsungan hidup.
"Begitu juga air, mereka tadah air hujan untuk minuman. Jika tidak mereka cari air dari mana-mana sumber disuling dan dijadikan minuman. Ini beri kekuatan kepada mereka dari segi fizikal dan mental," katanya.
Beliau berkata, pasukan elit itu diwujudkan bertujuan melengkapkan tugasan seperti pendaratan di mana mereka menaiki pesawat dan melakukan terjunan untuk operasi menyelamat di air atau di hutan.
Mereka adalah anggota sedia ada, tetapi untuk menyertai pasukan khas ini mereka perlu melepasi proses pemilihan yang ketat termasuk kemampuan terjun pada ketinggian 10 meter, berenang dan tahan mabuk (laut).
"Mereka yang terpilih akan ikuti latihan 21 hari ini, kemudian ada latihan pengukuhan setiap tahun dalam usaha membina keyakinan mereka selain semangat jati diri setia kawan," katanya selepas menyempurnakan Majlis Pentauliahan Pasukan MUST TEAM JBPM Selangor di Pantai Aceh, Pulau Indah di sini, hari ini.
Beliau berkata, sebanyak lapan siri kursus membabitkan lapan JBPM negeri iaitu Selangor, Perak, Pahang, Johor, Melaka, Sabah, Sarawak serta Penang pada tahun ini.
"Bagi Siri 1 2022 yang tamat seramai 46 bomba pelbagai pangkat termasuk dua bomba wanita dari JBPM Selangor yang ditauliahkan untuk menyertai pasukan MUST.
"Kita menganggarkan jumlah keanggotaan tujuh negeri lain (jumlah) lebih kurang (anggota) yang dipilih di Selangor.
"Jumlah keanggotaan pasukan MUST adalah 561 anggota pelbagai pangkat di seluruh Malaysia setakat ini," katanya.
Katanya, pasukan yang diwujudkan sejak 1998 itu banyak melakar kejayaan operasi penyelamatan di dalam dan luar negara termasuk Tsunami di Acheh, kebakaran hutan di Riau juga di Filipina.
"Apa juga tugasan, baik dalam dan luar negara bomba sentiasa siap siaga dan akan memberikan komitmen penuh membantu dalam apa sahaja situasi yang dipertanggungjawabkan," katanya.

BOMBA





pokaibanktokyo Publish time 12-8-2022 09:53 AM

Kurang sikit ular berkeliaran
Pages: [1]
View full version: Umbut, siput, ular sawa jadi makanan


ADVERTISEMENT