tatod Publish time 8-8-2022 01:45 PM

Filem The Lord Musang King Gabung Pelakon Malaysia, Korea

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202208/08/121430iv6cec5vv456b4ev.pngSumber BH


Melihat pada 'kegilaan' rakyat Malaysia terhadap gelombang K-Pop serta ingin mempertingkatkan sektor pelancongan negara, syarikat produksi, Hundred Years Popcorn Production bakal menghasilkan filem aksi berjudul The Lord Musang King.


Memetik laporan Berita Harian, naskhah itu tidak hanya menggabungkan dua negara tetapi mengetengahkan durian Musang King yang dikenali dengan nama jolokan raja buah sebagai duta menjayakan misi produksi berkenaan.


Penerbit Eksekutif, Ong Peng Chu berkata, impian untuk menggabungkan dua negara dalam satu naskhah filem tercetus selepas dia dan pengarah filem, Lee Mon Ho yang juga warga Korea Selatan menikmati keenakan Musang King.


"Kami memang peminat durian musang king dan ada makan bersama dua bulan lalu. Melihat Moon-Ho begitu berselera menikmati raja buah itu mencetuskan idea untuk menghasilkan filem usaha sama antara Malaysia dan Korea Selatan, sekali gus menjadikan musang king sebagai subjek utama.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202208/08/125123f7f45wf755cmmu5n.pngSumber The Star


"Lagi pun kita belum ada filem yang menggabungkan Malaysia dengan Korea Selatan berbanding negara serantau lain, Jadi, saya minta tolong Moon-Ho untuk mengarahkan filem The Lofs Musang King memandangkan kami sudah lama berkawan dan dia juga banyak hasilkan filem di China.


"Walaupun agak sukar meyakinnya dia akhirnya bersetuju menerima tawaran selepas melihat kejayaan beberapa filem terbitan Malaysia seperti Paskal The Movie," katanya.


Bermodalkan RM1.5 juta, Peng Chu menjelaskan filem itu akan menampilkan pelakon dari Malaysia dan Korea Selatan manakala lokasi penggambaran akan dibuat sepenuhnya di Malaysia.


"Saya terharu, kebanyakan kru dan penggiat seni yang terbabit dalam pembikinan filem termasuk Moon-Ho tidak meletakkan bayaran tinggi kerana mengenangkan persahabatan yang terjalin.


https://www.instagram.com/p/Cg9o4jQJh_I/


"Begitu juga dengan bayaran pelakon dari Korea Selatan yang disifatkan sangat rendah. Walaupun kos pembikinan tidak semahal filem usaha sama lain tetapi kami mengutamakan kualiti.


"Kami menggunakan peralatan diimport dari China dan teknik imej janaan berkomputer untuk filem ini," katanya yang turut memohon dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk promosi dan pemasaran. - CARI



Pages: [1]
View full version: Filem The Lord Musang King Gabung Pelakon Malaysia, Korea


ADVERTISEMENT