sfhzuraz Publish time 5-8-2022 08:59 PM

4 lagi poliklinik ATM bakal dibina

4 lagi poliklinik ATM bakal dibina



Mohd Roji Kawi
mdroji@bh.com.my



https://assets.hmetro.com.my/images/articles/5hmghb1_1659700431.jpg
Hishammuddin meninjau operasi Poliklinik Kesihatan ATM di Kem Penerrissen Kuching, hari ini. FOTO Nadim Bokhari.



Kuching: Kejayaan pembinaan Poliklinik Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pertama di Kem Penrissen, di sini menjadi ukuran kepada penambahan fasiliti kesihatan itu di seluruh negara.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, empat lagi kemudahan sama bakal dibina di Seberang Takir, Terengganu; Sungai Petani, Kedah; Kluang, Johor dan Kuantan, Pahang tidak lama lagi.
Katanya, fasiliti kesihatan terbaharu itu adalah antara usaha bersungguh kerajaan bagi menjaga kebajikan anggota dan veteran tentera, selain meningkatkan moral mereka yang berkorban masa serta tenaga dalam menjaga keamanan negara.
"Aset dan wang ringgit dapat kita cari, tetapi moral, semangat, kesungguhan keberanian dan kemampuan anggota kita banyak bergantung kepada layanan dan pembelaan kita kepada mereka.
"Sebab itu, selagi saya menjadi Menteri Pertahanan, isu kebajikan anggota dan juga veteran tentera terus menjadi keutamaan dan saya jamin ia tidak bermusim," katanya pada sidang media selepas merasmikan Poliklinik Kesihatan ATM yang pertama itu hari ini.
Majlis turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz; Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zamrose Mohd Zain.
Hishammuddin turut menggalakkan pihak swasta termasuk sektor minyak dan gas (O&G) untuk tampil menjayakan pembangunan fasiliti kesihatan itu, serta menyumbang peralatan perubatan diperlukan.
Poliklinik Kesihatan ATM di Kem Penrissen dibina pada 2017 dengan kos RM28.4 juta dan siap pada Mac lalu untuk memanfaatkan lebih 12,000 anggota ATM, keluarga mereka serta veteran tentera sekitar Kuching.


Disiarkan pada: Ogos 5, 2022 @ 7:54pm


ATM





Tapayana Publish time 16-8-2022 02:29 PM

satu tapak dengan RSAT - Rumah sakit angkatan tentera dlm kem penrissen batu 8
Pages: [1]
View full version: 4 lagi poliklinik ATM bakal dibina


ADVERTISEMENT