Raline Publish time 2-8-2022 02:14 PM

Penamat kisah superhero Guardians of the Galaxy

Penamat kisah superhero Guardians of the Galaxy

https://assets.bharian.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2022-08-02_at_1.35.05_PM_1659419913.jpg
Pengarah, James Gunn beri bayangan karakter superhero diwujudkan berkemungkinan muncul dalam rangkaian filem lain terbitan Marvel. - Foto AGENSI


KUALA LUMPUR: Pengarah dan penulis Marvel Studios, James Gunn mengesahkan francais ketiga, Guardians of the Galaxy: Vol 3 menjadi naskhah terakhir menghimpunkan kelompok pelbagai karakter superhero.

Diperkenalkan buat kali pertama pada 2014 dengan judul Guardians Of The Galaxy, filem itu mengetengahkan karakter superhero termasuk Peter Quill atau Star-Lord lakonan Chris Pratt, Drax The Destroyer (Dave Bautista), Groot (Vin Diesel), Rocket (Bradley Cooper) dan Gamora (Zoe Saldana).

Seterusnya, francais kedua berjudul Guardians Of The Galaxy: Vol 2 ditayangkan pada 2017 dengan penambahan karakter dan pelakon termasuklah Slyvester Stallone dan Datuk Michael Yeoh.

Gunn mengesahkan francais ketiga yang bakal ditayangkan 5 Mei tahun depan itu menampilkan watak baharu termasuk High Evolutionary lakonan Chukwudi Iwuji, Maria Bakalova (Cosmo The Space Dog), Will Poulter (Adam Warlock), Daniela Melchior dan Nico Santos.

"Inilah pengakhiran kami. Ini kali terakhir penonton akan melihat pasukan Guardians ini.

"Saya hanya mahu menjadi benar kepada watak dan cerita. Saya mahu memberi orang ramai kesimpulan yang sepatutnya.

"Jadi, ia sentiasa menakutkan, tetapi saya sudah melakukan yang terbaik. Saya sedar filem ketiga dalam kebanyakan trilogi tidak bagus.

"Namun, naskhah ini sangat besar, gelap dan berbeza daripada apa yang penonton jangkakan," kata Gunn kepada portal Deadline.

Biarpun mengesahkan trilogi itu terakhir diterbitkan, Gunn memberi bayangan karakter diwujudkan berkemungkinan muncul dalam rangkaian filem lain terbitan Marvel Cinematic Universe.

"Sesetengah cerita ada penamatnya, tetapi tidak semua dimatikan," katanya dalam persidangan Comic Con International 2022 di San Diego, California, Amerika Syarikat, bulan lalu.

Menerusi laporan portal Comicbook, Gunn berkata, trilogi terakhir itu antara arahan kegemarannya, biarpun sukar untuk direalisasikan dengan pelbagai alasan.

"Trilogi terakhir ini sangat sukar dengan seribu satu sebab. Bermula dengan saiz dan kerumitan.

"Namun, ia mungkin menjadi filem kegemaran saya. Tetapi, bukanlah pengalaman penggambaran digemari, sebaliknya kasih sayang terhadap seluruh pasukan filem termasuk pelakon," katanya.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2022-08-02_at_1.35.17_PM_1659419911.jpg
Trilogi Guardians of the Galaxy antara arahan kegemaran James Gunn, biarpun sangat sukar direalisasikan dengan pelbagai sebab. - Foto AGENSI


Sebelum ditayangkan di pawagam, Guardians of the Galaxy Holiday Special akan disiarkan menerusi platform Disney+ pada Disember depan.

Guardians of the Galaxy: Vol 3 mengangkat kisah Peter Quill masih terkial-kial selepas kehilangan Gamora. Mengumpulkan pasukan untuk mempertahankan alam semesta dengan melindungi salah satu daripada mereka.

Jika tidak menyelesaikan misi, berkemungkinan besar membawa pengakhiran alam semesta.

Ironinya, trilogi ini asalnya bukan dipertanggungjawabkan di bawah arahan Gunn. Ini kerana Gunn pernah dipecat produksi Marvel selepas memuat naik status yang dianggap tidak sensitif dalam Twitter oleh pengedar, Walt Disney Studios Motion Pictures.

Hari demi hari menanti siapakah pengarah gerangan yang bakal mengarahkan trilogi ini terjawab, rezeki akhirnya kembali ke tangan Gunn.

Ada pihak beranggapan Marvel dan Disney tidak dapat mencari pengarah sesuai menggantikan posisi Gunn. Malah, berasakan tiada pengarah yang memiliki personaliti dan visi seperti Gunn.

Marvel dikatakan sanggup menunggu Gunn melunaskan tugas mengarahkan filem Suicide Squad 2, sebelum kembali mengarahkan Guardians Of The Galaxy: Vol 3.

Pengarah kelahiran Missouri, Amerika Syarikat berusia 55 tahun itu pernah mengarahkan filem Harley Quinn, Avengers: Endgame dan Scooby Doo. - AGENSI



Sumber:https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2022/08/983401/penamat-kisah-superhero-guardians-galaxy

September14 Publish time 3-8-2022 12:07 PM

Harap dpt tyg kat malaysia lah.. x sabar nak tgk adam worlock

delia3003 Publish time 3-8-2022 09:27 PM

Standard ler tu, trilogy. Banyak sgt sequel jadi merapu dan tak best. Mesti ada member dari team GoTG yg mati nanti. Dalam GoTG ni I suka Rocket dgn Groot.

buragazz Publish time 11-10-2022 04:30 PM

Maknanya tayang kat disney+ dulu ker yang vol 3 ni...

blakerainer Publish time 14-10-2022 06:42 PM

delia3003 replied at 3-8-2022 09:27 PM
Standard ler tu, trilogy. Banyak sgt sequel jadi merapu dan tak best. Mesti ada member dari team GoT ...

Hope tak jadi cm Thor la. Makin lama makin mengarut, unnecessary punchline tiap scene. GoTG ni excited nk tgk Rocket dgn Quill. Plus ada Nebula yg garang tu haha.
Pages: [1]
View full version: Penamat kisah superhero Guardians of the Galaxy


ADVERTISEMENT