Raline Publish time 2-8-2022 02:07 PM

Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar Sultanah Kelantan

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/08/sultan-kelantan.jpg
Sultan Muhammad V

Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar Sultanah Kelantan

KOTA BHARU – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mengisytiharkan Che Puan Nur Diana Petra Abdullah sebagai Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini.

Pengisytiharan mengenai perkara itu dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di Istana Balai Besar di sini.

Ahmad dalam ucapannya berkata, pengisytiharan itu dibuat mengikut Fasal (1) Perkara 43 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/08/yaakob.jpeg
Ahmad (tengah) semasa membacakan teks pengisytiharan Che Puan Nur Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan di Istana Balai Besar, Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN


“Pangkat kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan ini turut dinamakan di dalam Bahasa Inggeris sebagai ‘Her Highness Sultanah of Kelantan’ dan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan sebagai ‘Her Highness Che Puan Mahkota of Kelantan.

“Baginda turut mengampuni perkenan untuk mengurniakan pangkat kemuliaan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan ke hadapan Yang Berbahagia Che Puan Sofie Lousie Johansson Petra iaitu isteri Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan,” katanya.

Katanya, sehubungan itu, Che Puan Sofie Lousie akan menggunakan gelaran Che Puan Mahkota Kelantan.

Tambah Ahmad, kesemua kurniaan pangkat kemuliaan adalah berkuatkuasa pada hari ini iaitu 4 Muharram 1444 Hijrah bersamaan dengan 2 Ogos 2022. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/08/02/che-puan-nur-diana-petra-abdullah-diisytihar-sultanah-kelantan/

bingai99 Publish time 2-8-2022 02:16 PM

Alaaaa...awal sgt masuk

awex^returns Publish time 2-8-2022 02:23 PM

mana gambarnya

QueenIsolde Publish time 2-8-2022 02:25 PM

Awalnya iols masuk..Sian Rihanna Petra, mesti pilihan abegong internesyenel gak ni

vanillaninja Publish time 2-8-2022 03:19 PM

I baru tau sebenarnya kahwin since 2010. Baru sekarang buat official announcement.

helicornia Publish time 2-8-2022 03:27 PM

benang dh ada

mendeluk Publish time 2-8-2022 03:58 PM

Muka muka org yg kerja yistana macam tak suka je matsalleh yg jadi sultanah.

nonarona Publish time 2-8-2022 04:31 PM

mana gamba sultanah, tak sabar nona nak tgk:$

bankerpencen Publish time 2-8-2022 06:15 PM

Taste omputeh aje
Pages: [1]
View full version: Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar Sultanah Kelantan


ADVERTISEMENT