Nak Beli 'Bundle' Punya Pasal, Netizen Malu Tengok Wanita Dan Lelaki 'Berlaga'
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202208/02/105814u5bo7y00mt5mhmbo.pngSumber Oh My MediaPerkongsian sebuah video menerusi TikTok memaparkan situasi ketika sesi pecah guni 'bundle' di Parit Raja, Batu Pahat baru-baru ini menerima kecaman ramai apabila ada wanita dan lelaki masing-masing 'bertarung' untuk mendapatkan pakaian murah.
Kekecohan itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan segelintir netizen yang beranggapan wanita yang bertudung itu seolah-olah memalukan diri sendiri kerana tidak memikirkan ikthilat dengan pembeli lelaki serta membahayakan diri.
7126186610982538522
Tidak dinafikan, ada sesetengah pakaian yang walaupun terpakai tetapi mempunyai nilai jualan tinggi hingga mencecah ribuan ringgit. Ada kemungkinan, mereka yang bersaing untuk mencari barang 'jackpot' itu adalah 'reseller'.
Namun, kurang manis rasanya bagi wanita untuk menyertai aktiviti seperti itu apatah lagi tenaga lelaki lebih kuat dan bimbang tanpa sengaja mencederakan mereka. -CARI
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202208/02/111632lxpwz0r51x53zhwp.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202208/02/111631j3z5c5zs8cwbbwwb.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202208/02/111631m823826f6uf26iv0.jpg
Murah sgt ke smpi berebut ke ade harta karun dlm tu? Smpai terjun atas bundle tu Teruk sungguh demi sehelai baju buruk Edited by Thunderclouds at 2-8-2022 02:49 PM
Tgk gambaq,lom baca lg mati2 igtkn kejadian di negara seberang..rupanya;P;P Bongoknya lahai jackport gituh.. Thunderclouds replied at 2-8-2022 02:46 PM
Tgk gambaq,lom baca lg mati2 igtkn kejadian di negara seberang..rupanya
leluhur seberang la tu
Hodohnya perangai demi baju terpakai je pun Maaf cakap...tapi yang bangang nyata di situ adalah si perempuan.. Dah tau majoriti lelaki, nak jugak menyelit :( aku cukup tak gemar berebut2 mcm ni
ko tabur duit berjota2 pun aku tengok je dr jauh tak hingin aku nak 'berlaga' ;P Aku beli je baju bundle dpt rm5 sepasang utk tgn pnjg.. nak bwk masuk u.. kalo kena curi gasakkan je laa.. tp tak dinafikan lawa lawa bajunya dan branded kang tersiku, menjerit or merengek ko Beli je la kat kedai/mall dari seksa diri gini.... Bundle mn ni? Dulu2 menyelam sekarang kena bergasak macam ni ke? Sekarang ni bundle tgh up. Sape tau kat mane nak cari bale kids tolong pm iols... Iols tgh dok survey2 supplier ni whimsicalmusic: Murah sgt ke smpi berebut ke a ...
Ada penjual bundle dekat sini, ckp kekdg ada limited edition vintage punya clothes dlm bundle. Boleh kata dalam 1000 baju yang dia jual RM5, ada satu baju yg dia boleh lelong sampai puluh ratus ribu. Mungkin tu yg diorg aim. sebenarnya bundle ni dtg dari mana? derma2 first world countries kepada third world countries ke? atau baju2 yg x laku die negara membangun sana diderma /dijual murah oleh retailers sana ke? Laki x heran kot bdn gitu. Tgk laki2 tu pon lg sibuk rebut baju dari nk rebut akak tu. untongla senggol senggolan raba rabaan
Pages:
[1]