Raline Publish time 2-8-2022 09:16 AM

Bilionair termuda sangat ni

Bilionair termuda

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/NIGG8hm2_1659393026.jpg
GAYA hidup mewah Mompha Junior. FOTO Agensi


Abuja: Seorang kanak-kanak lelaki di Nigeria digelar 'bilionair termuda di dunia' kerana memiliki sebuah kereta dan rumah agam.

Daily Star melaporkan Muhammed Awal Mustapha, 10, yang digelar sebagai Mompha Junior dihadiahkan rumah agam pertamanya ketika baru berusia enam tahun.

Dia juga dikatakan mempunyai banyak wang simpanan.

Asetnya pula dikatakan bernilai lebih 12 juta pound sterling (kira-kira RM65.1 juta) iaitu lebih enam bilion dalam Naira Nigeria.

Jadi, secara teknikal ia menjadikannya sebagai bilionair di negaranya.

Kanak-kanak itu juga dilihat suka memakai pakaian berjenama dan anak tunggal kepada bintang internet Ismailia Mustapha, yang dikenali sebagai 'Mompha Senior'.

"Memiliki rumah sendiri adalah salah satu perasaan terbaik yang pernah ada. Ia tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, ia tidak boleh diukur dengan wang.

"Pemilikan rumah adalah perasaan yang menjadikan kehidupan seharian berbaloi untuk dihadapi.

"Ia meyakinkan anda bahawa selepas semua suka dan duka anda mempunyai tempat untuk pergi. Tempat yang tidak akan pernah menilai anda dan sentiasa menjemput anda dengan tangan terbuka.

"Tahniah anak saya atas rumah baharu awak. Hadiah hari ulang tahun kelahiran kamu daripada ayah," kata Mompha Senior selepas menghadiahkan rumah kepada anaknya.

Difahamkan, 'Mompha Senior' menjana pendapatan daripada perniagaan pertukaran wang di Lagos sebelum beralih ke pelaburan.

Walaupun usia 'Mompha Junior' masih muda, si bapa mendakwa anaknya itu sudah menerima ganjaran daripada usahanya

"Tuan tanah termuda yang memakai Gucci dan masih memiliki sebuah rumah," katanya.

Mompha Junior sering memuat naik gambar untuk pengikut media sosialnya.

Ia termasuk gambar di hadapan kereta mahal seperti Lamborghini Aventador dan Bentley Flying Spur.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/2022/08/867339/bilionair-termuda

Pages: [1]
View full version: Bilionair termuda sangat ni


ADVERTISEMENT