Raline Publish time 1-8-2022 11:44 AM

Tentukan arah kiblat dengan tepat, mudah

Tentukan arah kiblat dengan tepat, mudah

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Screenshot%202022-08-01%20at%208.33.22%20AM.png
Mencari arah kiblat lebih mudah dengan aplikasi Waktu Solat Malaysia.

PERKEMBANGAN teknologi memacu banyak perubahan dan menawarkan pelbagai kemudahan dalam kehidupan masyarakat masa kini.

Jika dahulu, kebanyakan tugas harian lebih rumit kerana terpaksa dilaksanakan secara manual, namun dengan adanya teknologi, segalanya menjadi lebih mudah dan efisien.

Bagi umat Islam, antara keperluan penting yang sentiasa menjadi perhatian dalam kehidupan seharian adalah penentuan arah kiblat yang tepat kerana ia adalah salah satu syarat sah solat.

Kiblat menjadi titik rujukan penting buat umat Islam seluruh dunia bagi memastikan mereka yang ingin menunaikan solat menghadap ke arah Kaabah.

Menurut Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (LAPAN), arah kiblat dapat ditentukan menggunakan kompas atau penunjuk mata angin.

Namun, dengan kemajuan teknologi yang canggih, orang ramai boleh memanfaatkan aplikasi di telefon pintar masing-masing untuk mendapatkan arah kiblat yang betul dan tepat.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Screenshot%202022-08-01%20at%208.37.13%20AM.png
Antara aplikasi yang boleh dijadikan panduan adalah Waktu Solat Malaysia.


Selain memberi rujukan mengenai waktu solat harian, aplikasi ini juga hadir dengan rekaan kompas besar di paparan antara muka aplikasi bagi memudahkan pengguna memeriksa arah kiblat.

Pendek kata, jika ada keluar mengembara di luar negara atau mana-mana lokasi sekalipun, aplikasi ini bakal menjadi teman setia anda kerana ia dilengkapi panduan yang sempurna.

Lebih menarik, aplikasi Waktu Solat Malaysia boleh dimuat turun secara percuma dan dibangunkan sepenuhnya dalam bahasa Melayu bagi memudahkan pengguna muslim di Malaysia.

Jangan lepaskan peluang untuk muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia menerusi Google Play, App Store atau HUAWEI AppGallery.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/08/867060/tentukan-arah-kiblat-dengan-tepat-mudah


Pages: [1]
View full version: Tentukan arah kiblat dengan tepat, mudah


ADVERTISEMENT