CARI-MAL Publish time 31-7-2022 11:23 PM

Syukur Atas Kegigihan Usaha Guna ‘Cable’, Dapat Juga Akak Ni Beli Perodua Alza Baharu

Model terbaru kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza meraih permintaan tinggi sejurus dilancarkan pada 20 Julai lalu.


Dikhabarkan, ramai pelanggan terpaksa menunggu giliran untuk memiliki kenderaan itu yang dijual pada harga bermula RM62,500.


Namun, lain pula ceritanya di Facebook apabila seorang individu mendakwa dia berjaya 'memotong' giliran kerana sepupu bapanya bekerja sebagai pengurus di sebuah cawangan Perodua.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202207/31/232000fnz8lkizzvi9ysnk.jpgFoto: WapCar




Dalam posting sama yang dikongsi semula Facebook Brainless Driver Malaysia Edition, wanita itu memanjatkan rasa syukur kerana urusannya dalam memiliki kereta idaman dapat dilalui dengan lancar dan mudah.


Rata-rata netizen menyelar kenyataan wanita itu yang dilihat dangkal kerana bersyukur dapat memiliki kereta melalui sistem yang tidak adil.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202207/31/232001sw8acjnjanc4nn4f.jpg



Malah, netizen meluahkan rasa berang kerana masih wujud individu yang tergamak menggunakan 'kabel' dan menyalah guna kuasa untuk kepentingan sendiri.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202207/31/232001hf1hvmhahpm05zxz.jpg


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202207/31/232000dg89j7988z2h9nj8.jpg



Untuk rekod, model Perodua Alza serba baharu yang itu menerima lebih 30,000 tempahan sejak dibuka tempahannya pada 23 Jun lalu, lapor The Star.


Kereta itu dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu majlis yang diadakan di ibu negara pada 20 Julai lalu.




3dqyHJqo7rQ


Perodua Alza serba baharu dijual secara rasmi pada harga RM62,500 untuk varian X, RM68,000 untuk varian H dan RM75,500 untuk varian AV (harga di Malaysia Barat dan tanpa insurans).




Sumber: mStar

musangbodoh Publish time 1-8-2022 12:53 AM

tahniah....ader cabel guna jerlah...kannn;P

margo20 Publish time 1-8-2022 12:55 AM

Ok la tu kot janji bulanan akak bayau bukan cable bg free

eyansss Publish time 1-8-2022 02:06 AM

baru je baca owner new alsa kondem alza yang dia baru dapat…hahaha…

kotakominami Publish time 1-8-2022 08:48 AM

Bodo nye...pakai kabel tak reti nak senyap.tak pasal2 sedara kau kena menjawab nanti...pastu kau ambik pulak turn org lain...jgn dapt yg faulty sudah la dek termakan sumpah orang....

bottombikini Publish time 1-8-2022 09:04 AM

dia tak pikir pulak piuk nasik manager yg sepupu abah dia tu camne lak pas meriak tu :lol:
tapi takpe la, selagi boleh membangga buat apa simpan ye dak

myakayina Publish time 1-8-2022 09:08 AM

alah..ramai je yg buat mcm ni..cuma tak sebongok akak ni nak viralkan.. ada kabel gunakan sebaiknya gituh..

KamikuP Publish time 1-8-2022 10:12 AM

Ceh pakai kabel utk Alza je pon nak canang kat medsos.. hauk sungguh kau kak

prettyuglybabe Publish time 1-8-2022 10:13 AM

pada i booking ni depends on SA yang fight untuk dapatkan kereta customer..
macam brand lain, ada yang kena tunggu lama gila..
tapi mana yang dapat SA bagus, cepat je dapat kereta..
cumanya SA tu cakap tak boleh pilih color la..
apa yang ada, kalau nak, amik..
kalau fav color, tunggu je la sampai ada..
cumanya yang ni, luck dia sedara manager kat situ..
waiting list tu macam la kau boleh check nama kau no berapa..

nadie90 Publish time 1-8-2022 10:18 AM

Tetap nak cerita kat semua kan:lol:....itulah sifat sstgh manusia kt muka bumi ni

Cokoro Publish time 1-8-2022 10:25 AM

Kena jgk cerita kt seluruh alam

Samerosie Publish time 1-8-2022 11:53 AM

Kenapa kereta sekarang walaupun lain2 manufacturer tapi rupa sama je semua.Ketandusan idea kah designer kereta?

bakingsoda Publish time 1-8-2022 12:29 PM

pergj nak kira senang dia jha ganti kete lama, mcmn dgn org booking yg dah kena tolak ke blkg kalau terdesak jugak perlukan kenderaan baru utk mudahkan urusan? nk bodoh boleh, tapi SIMPAN

Themilo Publish time 1-8-2022 04:18 PM

entah2 kat dealer tu takde sapa pun yang booking / takde sales. hahaha.. biasanya kalau nak cepat, cari je la dealer / branch yang sendu..

supernaturalee Publish time 1-8-2022 05:08 PM

alza je pun nk membongak
kot igt merc ke, bm ke pun

imransulaiman Publish time 1-8-2022 05:37 PM

Lawa jugak alza baru ni

Artemesiaa Publish time 1-8-2022 05:41 PM

Kesian pada mangsa cantasan beliau terpaksa menunggu lebih lama tak rasa bersalah ke melakukannya

Mary_jane Publish time 1-8-2022 05:41 PM

Ini pun nak dibanggakan ke? Dapat awal tu rezeki lah. Yang penting bulanan tu jangan lupa bayar.

HuoJingJue Publish time 1-8-2022 06:21 PM

ada kabel kena la cerita..kalo tak orang tak tau..
biasa pompuan perangai camni:lol:

liyamariska Publish time 1-8-2022 08:52 PM

malas nk layan kebodohan manusia...
Pages: [1] 2
View full version: Syukur Atas Kegigihan Usaha Guna ‘Cable’, Dapat Juga Akak Ni Beli Perodua Alza Baharu


ADVERTISEMENT