Raline Publish time 31-7-2022 08:26 PM

Kakak Neelofa,Noor Nabila padam gambar nikah heboh 1 dunia

Noor Nabila padam gambar nikah

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/07/noor-nabila-engku-emran.jpg
Noor NABILA bersama Engku Emran dan anak mereka Jebat Jayden dan Engku Aleesya.


Oleh KOSMO!
31 Julai 2022, 7:15 pm

PETALING JAYA – Rumah tangga usahawan yang juga kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa, Noor Nabila menjadi teka-teki lagi apabila wanita itu memadam semua foto di media sosial bersama suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin semalam.

Lebih menjadi tanda tanya apabila Nabila, 37, memuat naik beberapa perkongsian berupa petikan kata-kata tentang hubungan dan perasaannya sebagai seorang isteri.

Malah, Noor Nabila turut memuat naik petikan tentang kehadiran yang tidak dihargai.

“Anda layak dapat seseorang yang berasa betul. Seseorang yang membalas cinta anda, yang memelihara cinta anda. Seseorang yang jatuh cinta kerana mencintai anda,” ungkap beberapa petikan dalam ayat tersebut.

Sebelum ini, status hubungan antara Noor Nabila dan Engku Emran mula diperkatakan selepas pasangan itu dilihat jarang berkongsi gambar bersama-sama di media sosial.

Bagaimanapun, usaha Kosmo! untuk mendapatkan kenyataan berhubung perkara itu daripada Noor Nabila tidak berjaya apabila mesej dihantar tidak berbalas.

Status hubungan pasangan itu bukan kali pertama menjadi spekulasi ramai selepas ada mengatakan hubungan mereka bermasalah.

Namun, Noor Nabila ketika itu menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu rumah tangganya bersama suami berada dalam keadaan baik.

Kata Nabila, dia memilih untuk menjaga privasi perkahwinan mereka daripada tatapan umum dan tidak berkongsi gambar di media sosial bukan bermaksud rumah tangganya retak

Engku Emran kemudiannya melangsungkan perkahwinan dengan selebriti terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 2017 namun ikatan itu juga berakhir dengan perceraian pada 2020. Bagaimanapun hasil perkahwinan tersebut, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Sementara Noor Nabila pernah berkahwin dengan aktor, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07/31/noor-nabila-padam-gambar-nikah/

Raline Publish time 31-7-2022 08:26 PM

rindu nak naik BELON

Raline Publish time 31-7-2022 08:27 PM

SEMENTARA ITU....




Laudya bernikah dengan lelaki Arab?


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/belhhaengku2_1659253855.jpg
LAUDYA Chintya Bella. FOTO Instagram Laudya Chintya Bella




Jakarta: Pelakon jelita, Laudya Chintya Bella, 34, kini menjadi perhatian netizen Indonesia di media sosial apabila dia didakwa sudah bernikah dengan seorang pemuda kacak, asal Dubai, baru-baru ini.


Laudya yang difahamkan menetap di Dubai sekarang, dikatakan juga sudah menemui cinta baharunya bersama lelaki kaya dari Arab itu selepas bercerai dengan ahli perniagaan Malaysia, Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2020 lalu.


Memetik laporan media Indonesia, dakwaan berita pernikahan Laudya itu bermula di TikTok selepas tular video pernikahan seorang wanita yang didakwa pelakon filem Di Bawah Lindungan Kaabah dan Syurga Yang Tak Dirindukan itu dengan pemuda berkenaan.


Bagaimanapun, pengurus Laudya dikenali Rita tampil menafikan berita pernikahan itu, sekali gus membantah tegas dan menyifatkannya khabar angin tidak benar yang bertebaran di media sosial.


"Mohon maaf, itu berita yang sangat tidak benar. Semoga kita semua terhindar dari fitnah ya. Barakallahufik," katanya ringkas yang ditemubual media tempatan.


Terdahulu, kisah perhubungan cinta Laudya dengan pemuda Dubai itu sudah hangat diperkatakan netizen Indonesia di media sosial sejak beberapa bulan lalu terutama selepas pelakon Shireen Sungkar bertemu dengannya di negara berkenaan.


Sebelum ini, Laudya bernikah dengan Engku Emran dalam satu majlis tertutup di Kuala Lumpur pada 2017.


Selepas tiga tahun berumah tangga, mereka memaklumkan bercerai pada 2020. Hasil perkongsian hidup mereka, tidak dikurniakan cahaya mata.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/2022/07/866905/laudya-bernikah-dengan-lelaki-arab

Dolmat Publish time 31-7-2022 08:33 PM

DIA PADAM SEMUA GAMBOR DENGAN GAMBOR EE IKUT ADEK DIA.. TAKUT AIN.. NAK TAMPAL STICKER NANTI KENA KUTUK COPY MACAM ADEK DIA.. JADI DIA DELETE TERUS LAIN DARI ADEK DIA! ;P

EE MUKA COMOT KEPAMSSS PUN BOLEH KENA AIN HOKEY! SO DELETE! ;P

Raline Publish time 31-7-2022 08:35 PM

Dolmat replied at 31-7-2022 08:33 PM
DIA PADAM SEMUA GAMBOR DENGAN GAMBOR EE IKUT ADEK DIA.. TAKUT AIN.. NAK TAMPAL STICKER NANTI KENA KU ...

ya x ya juga :lol:

msdummy.2018 Publish time 31-7-2022 08:45 PM

Retis kwr dia ni? Bukan benang ni patut duk peeosnaliti jah?

slyfynx Publish time 31-7-2022 08:48 PM

Bukan ade dh ke thread ni hari ni? Or smlm?
Tp cari udah x jumpe.
Tp retis ke pun laki bini ni?

fadz84 Publish time 31-7-2022 08:51 PM

Laki bini bukan retis.. sekadar kakak n mantan retis...

Hoshhi Publish time 31-7-2022 08:51 PM

Edited by Hoshhi at 31-7-2022 10:05 PM

Bosannn btol. Xde gosip artis lain ke. X abis2 dgn family jah. Next week news anggota family jah yg mana plk la yg dihebohkan

Hoshhi Publish time 31-7-2022 08:52 PM

Edited by Hoshhi at 31-7-2022 09:02 PM

Deleteddddd

dudaberhias Publish time 31-7-2022 09:05 PM

sooo???
apa lagi jom la kita pakat2 beliak bijik mata hantar ain... nampaknya berkesan sampai tuan empunya gigih delete gambar memerang ;P

Nurul_007 Publish time 31-7-2022 09:06 PM

Dunia?you mimpi ke?artis pun bkn

awekjepun Publish time 31-7-2022 09:25 PM

Hoshhi replied at 31-7-2022 08:51 PM
Kak Nab ni sejenis x ngam dgn anak tiri..syg anak dia sorg je..kau dh kawin dgn bapak dia, kau kena...

Info dari mana ni diorg x ngam. Dgn laudya dlu siap pnggil bonda kan. Rapat btul

nazurah Publish time 31-7-2022 09:57 PM

Ada lagi gambo kumbre kat IG mekna cuma x semeriah dulu la…

oness Publish time 31-7-2022 10:02 PM

nazurah replied at 31-7-2022 09:57 PM
Ada lagi gambo kumbre kat IG mekna cuma x semeriah dulu la…

Eh yeke. Tapi tengok macam dah takda

jihyomelly Publish time 31-7-2022 10:14 PM

Dolmat replied at 31-7-2022 08:33 PM
DIA PADAM SEMUA GAMBOR DENGAN GAMBOR EE IKUT ADEK DIA.. TAKUT AIN.. NAK TAMPAL STICKER NANTI KENA KU ...

bleh terima pakai explaination ni..apa pun Ain tetap dipersalahkan ;P

ctnorpropa Publish time 31-7-2022 10:22 PM

Tt kan thread ni dah ada pun. Mod siap dah pindah kat bod personaliti sosial media tu tau. Asal la nak bukak tu tak reti cek dulu ? Tah pape tah tt ni

spy_caridotdot Publish time 1-8-2022 12:00 AM

Bini je beli beras. Mana boleh tahan! :lol:

virgo19 Publish time 1-8-2022 12:34 AM

Udah2 la pasal dua orang ni. Yg sorang kakak retis/ bekas bini retis, yg sorang lagi bekas laki retis. Diorg bukan artis pun. Yg reporter gigih sangat nak kejar2 diorg tu kenapa?

bored_atticus Publish time 1-8-2022 08:26 AM

parallel universe la kot kecoh pasal ni..
kalau tak buka forum tak saya tau pun pasal dia delete gambar.
LOL..
Pages: [1] 2
View full version: Kakak Neelofa,Noor Nabila padam gambar nikah heboh 1 dunia


ADVERTISEMENT