Saintis dakwa makan strawberi dapat bantu otak sihat
https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/07/EA440C69-81CF-4652-9F44-505F595349DA.jpegStrawberi dipercayai bertindak mengurangkan keradangan dalam otak. - Deposit Photos
Saintis dakwa makan strawberi dapat bantu otak sihat
CHICAGO – Sekumpulan saintis di Universiti Rush, negeri Illinois mendedahkan tabiat makan strawberi boleh membantu melindungi otak daripada penyakit Alzheimer (nyanyuk), lapor portal berita MailOnline semalam.
Pakar-pakarkesihatan mendapati strawberi bertindak mengurangkan keradangan pada otak yang biasanya ditemui dalam kalangan pesakit Alzheimer.
Kumpulan penyelidik itu mendapati orang dewasa berumur lebih 65 tahun yang kerap makan strawberi mempunyai sedikit protein ‘tau’ di dalam otak mereka. Protein itu dalam jumlah berlebihan boleh membawa kepada penyakit Alzheimer
Strawberi adalah salah satu sumber utama pelangonidin yang mempunyai manfaat antiradang. Lain-lain makanan yang mempunyai fungsi sama adalah raspberi, kacang ginjal, plum dan lobak.
Bagaimanapun, saintis-saintis memberi amaran bahawa kajian itu berbentuk pemerhatian dan tidak dapat membuktikan sama ada strawberi sebenarnya yang melindungi daripada penyakit itu atau faktor lain.
“Kami mengesyaki sifat antiradang pelargonidin boleh mengurangkan keradangan saraf yang mungkin mengurangkan pengeluaran sitokin,” kata pakar neuropatologi yang mengetuai kertas kajian, Dr. Julie Schneider.
Sitokin ialah protein dihasilkan oleh sel manusia yang boleh mencetuskan tindak balas keradangan.
Keradangan padaotak juga mungkin disebabkan oleh banyak faktor lain termasuk kurang tidur, jangkitan dan tekanan yang melampau. Ini juga merupakan faktor risiko untuk mengaktifkan penyakit Alzheimer.
Ahli epidemiologi pemakanan, Dr. Puja Agarwal yang turut terlibat dalam penyelidikan itu berkata,ia adalah perubahan mudah danboleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dalam diet mereka. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07/30/saintis-dakwa-makan-strawberi-dapat-bantu-otak-sihat/
I like strawberries but salu dpt yg masam, so jd x suka. but i like anything with strawberry flavour in it, like, strawberry ice cream, strawberry shake, strawberry preserves, strawberry pie, biscuits with strawberry filling, strawberry cake, etc, etc. so, does this count? is my brain protected? Scheherazade replied at 20-8-2022 02:57 PM
I like strawberries but salu dpt yg masam, so jd x suka. but i like anything with strawberry flavour ...
hehehe it doesnt count at all, instead adding on more ur sugar level.
btw my mak kata tenyeh strawberry kat gigi jadi putih, tips dari tiktok:funk:
adila39 replied at 23-8-2022 11:18 AM
hehehe it doesnt count at all, instead adding on more ur sugar level.
ha? but sedapp! anything with strawberry is simply irresistable except for the fruit itself. bkn klu tenyeh kat gigi satgi gigi jd merah ka? :laugh3:
Pages:
[1]