Raline Publish time 29-7-2022 09:41 AM

'Budak' berusia 27 tahun

'Budak' berusia 27 tahun

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/muda28hm_1659047410.jpg
PARAS rupa Mao Sheng saling tak tumpah seperti kanak-kanak.


Beijing: Seorang lelaki dari Dongguan, China menghadapi masalah mencari pekerjaan kerana dia kelihatan seperti kanak-kanak berbanding usia sebenarnya yang sudah lewat 20-an.

Mao Sheng, 27, kelihatan agak muda selama bertahun-tahun, namun ramai yang bersetuju dia kelihatan kebudak-budakan, lapor Oddity Central.

Walaupun sesetengah orang menganggap itu sebagai rahmat, Mao mendakwa ia adalah satu sumpahan, kerana ia menghalangnya daripada mendapat pekerjaan.

Kebanyakan majikan tidak percaya dia berumur seperti yang didakwanya, dan tidak mahu pihak berkuasa menuduh dia kanak-kanak kerana penampilannya yang muda.

Mao Sheng menjadi sensasi di China minggu lalu, selepas rakaman video di Dongguan tular di TikTok.

Dia mendedahkan usianya dan mengadu tidak dapat mencari pekerjaan untuk menyara bapanya yang sedang pulih daripada strok.

Mao meminta kerja di kilang-kilang tempatan bersama seorang rakan, tetapi dirinya tidak begitu bernasib baik.

Kisahnya menyentuh hati berjuta-juta orang di seluruh China, yang kebanyakannya menuduh majikan tidak memberinya peluang kerana wajahnya yang awet muda.

Mujur selepas dia menjadi terkenal dalam talian, ramai usahawan menghubungi dan menawarkan pekerjaan kepadanya.

Satu lagi video yang disiarkan di Tik Tok beberapa hari lalu mendedahkan Mao menerima salah satu tawaran pekerjaan.

Lelaki itu berharap mendapat pendapatan yang mencukupi untuk membantu bapanya pulih.

Dia juga berharap dapat mencari teman wanita dan memulakan hidup berkeluarga.

Walaupun kisah itu mendapat liputan beberapa saluran berita di China, tiada seorang pun daripada mereka menyebut soal perubatan untuk wajah muda berkenaan.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/2022/07/866119/budak-berusia-27-tahun

Pages: [1]
View full version: 'Budak' berusia 27 tahun


ADVERTISEMENT