CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1923|Reply: 1

Bangkok destinasi percutian utama dunia Agoda

[Copy link]
Post time 28-7-2022 10:25 AM | Show all posts |Read mode

Bangkok menjadi pilihan utama bagi destinasi pelancongan paling digemari pada musim panas kali ini. – Getty Images


Bangkok destinasi percutian utama dunia Agoda

BANGKOK – Platform tempahan percutian online, Agoda mendedahkan bahawa Bangkok berada di kedudukan pertama sebagai destinasi  pelancongan paling digemari di dunia pada tahun ini, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Penghapusan syarat kemasukan berkaitan Covid-19 seperti Uji & Pergi serta Pas Thailand dikatakan menjadi pemacu kepada pemilihan kota raya itu untuk mengungguli  senarai utama musim panas kali ini.

Bandar-bandar lain yang turut berada dalam kedudukan 10 teratas selepas Bangkok adalah Pulau Jeju di tempat kedua diikuti oleh  Kuala Lumpur, Tokyo, Seoul, Singapura, Pulau Bali, Pattaya, Manila dan Pulau Pinang.

Menurut Agoda, pelancong dari India adalah yang paling banyak menempah lokasi percutian di Thailand, dan diikuti dengan pengembara Indonesia, Singapura, Perancis dan Switzerland.

Negara Gajah Putih itu juga merupakan pilihan utama bagi pengembara Jepun, Malaysia dan Vietnam yang menempah percutian luar negara pada musim panas kali ini.

“Di peringkat global, kami melihat pelancong antarabangsa kembali mengembara tahun ini apabila sekatan perjalanan dilonggarkan. Ia memberi peluang kepada orang ramai yang ingin melancong ke luar negara sepanjang tempoh dua tahun lalu.

“Pelancong memanfaatkan percutian mereka sepenuhnya dan berminat untuk melawat destinasi-destinasi domestik serta antarabangsa di Asia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Agoda, Omri Morgenshtern.

Senarai terkini itu menggunakan data daripada percutian-percutian yang telah ditempah di Agoda.

Sementara itu, Thailand turut berada di tangga pertama sebagai destinasi yang paling banyak dicari di laman web tersebut pada Mac lalu.

Bagi percutian luar negara oleh rakyat Thailand pula, data tempahan antara Mei hingga Ogos 2022 mendapati bahawa Korea Selatan, Singapura, Vietnam, Perancis dan Britain merupakan lima destinasi utama pilihan mereka selepas tempoh pandemik. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... -utama-dunia-agoda/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2022 10:53 AM | Show all posts
Thanks for the sharing.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.081244 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list