7 Bulan Tak Jumpa Lepas Nikah Online, Sebak Tengok Pasangan Ini Berpelukan Kali Pertama Bertemu
Akibat pandemik melanda negara, sepasang suami isteri ini tidak pernah berjumpa walau sudah tujuh bulan berkahwin secara online.Menerusi perkongsian @NatasyaBunny di TikTok, dia berkongsikan detik-detik kali pertama bertemu dengan suaminya di lapangan terbang.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202207/27/230736uqdbofxero1toqb1.jpg
Kelihatan dia bergegas mendakap erat suaminya sejurus lelaki itu keluar dari ruang ketibaan.
Dalam kapsyennya, difahamkan mereka tidak pernah bersemuka dan bercinta tanpa pernah bertemu dua mata.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202207/27/230735s0xx2syzjejltet6.jpg
Bukan itu sahaja, mereka juga bernikah secara dalam talian ketika wanita itu berada di Malaysia manakala lelaki tersebut berada di Australia.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202207/27/230736d21fff13jfwgwd9d.jpg
Meskipun mengakui hubungan jarak jauh bukan sesuatu yang mudah untuk mereka, wanita itu yakin dengan jodohnya dan bersyukur jodoh mereka terpelihara.
202207up_165893450265
TikTok @NatasyaBunny
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terpegun dengan ketabahan pasangan itu, selain ada yang turut sebak melihat detik manis berkenaan.
Sumber: OhBulan errrrr blur kejap
btw tahniah.... Alhamdulillah.. tp berani n cekal pompuan ni. Kawen tanpa jumpa.. Tak paham..tp ppuan tu cntik
jodoh rezeki ajal rahsia Allah.. jumpa dulu family inlaw yg ok, why not, even tak jumpa laki lg kan.. kat fb ramai argue kesahihan cerita sebab katanya kalau tak pernah jumpa mesti malu2…ni terus serbu…hahaha…siap ada kata : diorang practice peluk online…ekekeke… nampak gedik dah tu hahahahaa eyansss replied at 28-7-2022 10:22 AM
kat fb ramai argue kesahihan cerita sebab katanya kalau tak pernah jumpa mesti malu2…ni terus ser ...
Iols time aussie bukak border terus apply visa and fly sne. Ppuan ni dok msia tggu laki dia hbis contract keje ke? Ptut g la sne honeymoon eyansss replied at 28-7-2022 10:22 AM
kat fb ramai argue kesahihan cerita sebab katanya kalau tak pernah jumpa mesti malu2…ni terus ser ...
Haihh org dh lama tahan rasa gelora:$, iols lak yg rasa semacam gara2 tgk depa berpelukkan kat eport ittewww:'( ;P
Katanya dah sokmo vc jd dh tak malu la cuma tinggal tak bertentang mata je lagi.
Kenal kt social media tak lama la terus dia ajak kawen, kira pemeli kat malaysia la yg uruskan.
Si suami keje DHL kat victoria nk transfer malaysia amik masa tu yy sampai 7 bln baru dpt balik.
Hantaran leh tahan 22k gituhhh.
Huntungla bebudak skrg leh kapel pjj gini pastu nikoh pun on9 mesti la bebeza rasa rindu bila pertama kali jumpa pasangan dah la terus boleh sntuh.
eyansss: kat fb ramai argue kesahihan c ...eyansss: kat fb ramai argue kesahihan c ...
Meols pon pikir yg sama...takde malu² macam terkena karan ponnn Helehhhh, makna nye, dah video call berkali2 lah kann?? :curse: Dah tgk lah muka memasing :curse:
Gebang macammm la tak penah tau muka laki cemana :curse:
Tapi nak ckp satu. Kau lawa. Ok dah :lol: immaryjane replied at 28-7-2022 01:09 PM
Iols time aussie bukak border terus apply visa and fly sne. Ppuan ni dok msia tggu laki dia hbis c ...
aah...katanya laki habis contract n transfer balik malaysia bulan ni...tu yang dia tak ke sana kot...
Suchi replied at 28-7-2022 03:54 PM
Haihh org dh lama tahan rasa gelora, iols lak yg rasa semacam gara2 tgk depa berpelukkan kat epo ...
mungkin budak alaf baru kot walau sekadar jumpa online tetap rasa ok bila jumpa depan2...huhuhu...banyak gak hantaran dia dapat...rezeki...
Mini.Me replied at 28-7-2022 06:05 PM
Meols pon pikir yg sama...takde malu² macam terkena karan ponnn
hahaha...budak zaman la ni memang camtu kot... semoga life lepas ni lebih indah:$ leh lar prepare tuk majlis bersanding pasni.... Mungkin dia mereka jenis ramai kenalan jadi kurang rasa segan
Pages:
[1]