CARI-MAL Publish time 27-7-2022 08:41 PM

T20 Panas Bont*t B40 Berangan Makan Oyster Mentah Di Gerai

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu, trend kopi dalgona yang dihasilkan sendiri di rumah menjadi fenomena dalam kalangan netizen.


Sejak kebelakangan ini, video-video memaparkan 'TikTokers' yang menikmati tiram mentah turut tular sehingga ia menjadi ikutan ramai.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202207/27/204001jhx4q9i7x277nxpe.jpg



Namun, lain pula ceritanya di Facebook apabila wujud individu yang kurang senang dengan trend tersebut.


Posting itu dikongsi menerusi Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini sehingga dihujani hampir 200 komen netizen.


Rata-rata netizen mengecam kenyataan itu yang dianggap riak dan tidak berakal.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202207/27/204001u4hrmzv3b0dv8szk.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202207/27/204001bi20giv27vitg9t5.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202207/27/204001sm2hxgcyrrbrzc1b.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202207/27/204001k47vx7vtx4d44vt7.jpg



Untuk rekod, selain trend makan tiram mentah, hidangan kunafa dari Timur Tengah turut menjadi kegilaan ramai sehingga mendapat liputan mStar menerusi segmen Xpose pada 11 Julai lalu.




Sumber: mStar

surfin_net82 Publish time 27-7-2022 08:56 PM

Binatang jenis clamp ni besar fungsinya dalam ekosistem. Air laut jd bersih kalau bnyk oyster.

Meiizu Publish time 27-7-2022 09:18 PM

Pengkelasan sosial ni bertujuan ekonomi & pentadibiran negara...sudahnya netizen mcm kasta yendia plak..ada yg malu jadi b40, atas pagar m40
T20 mengepak bangga

Adrif Publish time 27-7-2022 10:03 PM

Meiizu replied at 27-7-2022 09:18 PM
Pengkelasan sosial ni bertujuan ekonomi & pentadibiran negara...sudahnya netizen mcm kasta yendia pl ...

itu la paseii :lol:

selagi dapat rasa superiority complex tu, sanggup buat apa saje asalkan dapat membezakan diri diorang

lama2 detached dengan reality

dalan Islam, rezeki, harta dan kesenangan ni,
boleh jadi ganjaran, boleh jadi ujian

ada harta, tapi berbakti dak menggunakan harta dia? atau dok peram?
ada harta, tapi berbelanja macam orang melampaui batas?
ada harta, tapi riak dan takbur, kufur nikmat?

dengan harta tu la boleh jadi lesen ke syurga,
atau jadi rantai yang tarik ke neraka

Daripada Ibnu Abbas dan ‘Imran bin Hussain r.a, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: “Aku melihat ke dalam syurga, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada kalangan orang-orang fakir miskin. Dan (apabila) aku melihat ke dalam neraka, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada golongan perempuan.” (Hadis riwayat Muttafaqun ‘alaih)

Jika kita merenung kepada mafhum hadis di atas, bahawa ramainya orang miskin di syurga, maka ada sesuatu yang patut kita pelajari daripadanya. Iaitu, jika orang kaya mahukan syurga, maka mereka mestilah berhati-hati dalam mengendalikan harta kekayaannya. Misalnya, wajib dilunasi zakat hartanya, diringi pula sedekah kepada sesama manusia. Baharulah harta itu tidak menjadi bebanan di akhirat sana.

Dalam konteks yang lain, orang-orang miskin memang patut dianugerahi Allah SWT kelebihan di akhirat, kerana sejak di dunia lagi mereka sudah begitu banyak bersabar menahan ujian kesusahan. Mereka selalu kelaparan kala orang kaya kekenyangan, mereka hidup serba kepayahan kala orang kaya dalam dakapan kesenangan dan mereka banyak berkorban kala si kaya menikmati pelbagai kelebihan. Kita ambil contoh dalam majlis kenduri sahaja sudah memadai, siapakah dianggap VIP,si miskin atau si kaya?

Justeru, itulah senarionya di dunia ini. Si kaya hidup mereka sering diulit kemewahan; si miskin digayuti kesengsaraan. Maka tidak peliklah mereka diberikan ganjaran berupa syurga oleh Allah SWT, sebagai imbalan terhadap kesabaran mereka di dunia ini. Dengan syarat mereka menjadi si fakir yang taat dan si miskin yang ahli ibadat. Jika mereka taat, sabar dan kuat imannya, percayalah, mereka akan memasuki syurga Allah SWT 500 tahun lebih awal* berbanding dengan orang-orang kaya di dunia ini yang pasti sahaja banyak hisabnya di akhirat sana. Wallahua’lam.

* (Mafhum hadis riwayat at-Tirmizi daripada Abu Hurairah r.a).

Sumber: Utusan Jawi/05/07/2010

sumber >>> “KULIHAT, RAMAI PENGHUNI SYURGA ITU ORANG MISKIN…”

matbad Publish time 27-7-2022 10:25 PM

Meiizu: Pengkelasan sosial ni bertujua ...
Tu la malaysia takdak kasta yg ada smua ni la t20 la b40 bagai haha..tp alhamdulillah keliling aku walaupun ramai yg t20 dan m40, tp syukur tak riak. Mgkin Allah syg aku kot bgi sekeliling aku yg positif

akies Publish time 28-7-2022 12:21 AM

Ada baiknya tak semua benda kita tulis atau cerita di mediasoc.
Private kan life anda untuk hidup lebih aman.
Ada ramai je yang akan komen ‘bukan-bukan’ dan buat kita sakit hati.

NengGos Publish time 28-7-2022 01:01 AM

doakan saja heollss terkena food poisoning.. hahhaha

Omai Publish time 28-7-2022 09:22 AM

meleisia skrg dah ade kasta

rospinki Publish time 28-7-2022 09:59 AM

tapi otak B40

esbok Publish time 28-7-2022 10:19 AM

entah lah, ada t20 pengotor ada m40 pengotor b40 pengotor ada b40 pembersih ada m40 pembersih ada t20 pembersih

pepandai la hidup

yenil95 Publish time 28-7-2022 11:33 AM

Mohon T20 yang riak ni ingat2 la di kemudian hari yang korang lamaaa kena hisab..{:3_88:}

Lavender85 Publish time 28-7-2022 01:55 PM

last mkn kat pullman dinner buffet. semoga yg teringin nk mkn diberikan rezeki oleh Allah utk mkn.

lattehazelnut Publish time 28-7-2022 02:44 PM

B40 knp sensitif sgt..
Dgn fake account pun amik kisah..

Suchi Publish time 28-7-2022 03:46 PM

Hanya mampu makan sos tiram Lifeje:'(

Tu pun bukan diperbuat drpd tiram sebenar pun kan:lol:

Jadi laa janji ada tiram kat situ boley la meriak acah2tituwenti:C

Samerosie Publish time 28-7-2022 03:47 PM

Kenapa mamat tu bitterina?Bukan lah specialty dah, affordable dah kat Shucked Oysters tu pun semua orang boleh merasa.Kat Australia jual kat supermarket je, B40 ke M40 ke semua boleh beli.

Cokoro Publish time 28-7-2022 08:16 PM

Murah je kt pntai timur ni. Ok lh hrga xde lh kayangan sgt pun

bottombikini Publish time 29-7-2022 09:28 AM

T20, M40, B40 ni macam telo vs ayam
dua2 rasa dia betul

lantak la korang

bakingsoda Publish time 29-7-2022 06:53 PM

hotel pon ada hidang oyster busuk, tak caya tanya mrbean ;P

Zack8hunter Publish time 29-7-2022 10:45 PM

aku pernah mkn sekali kt buffet hotel.. tak boleh blah rasanya..mujur aku mmg tekak melayu tulen, idokla nk bertekak ala2 T20 B40 bagai ;P

felinecat Publish time 30-7-2022 08:18 AM

bakingsoda replied at 29-7-2022 06:53 PM
hotel pon ada hidang oyster busuk, tak caya tanya mrbean

haha..sampai cirit mr bean makan bebanyak
Pages: [1] 2
View full version: T20 Panas Bont*t B40 Berangan Makan Oyster Mentah Di Gerai


ADVERTISEMENT